Peraduan kecantikan memang masih menjadi acara yang disukai ramai wanita. Menjadi ratu cantik adalah suatu kebanggaan tersendiri bagi setiap kaum hawa. Namun, tak hanya ada kisah yang membanggakan saja. Ada pula kisah-kisah menarik dan unik yang terjadi.
Ada pemenang yang mengamuk kerana tak menjadi juara pertama dan seperti yang satu ini, membawa lari mahkota.Seperti yang dilaporkan oleh allkpop.com...
May Mat Noe ratu cantik asal Myanmar memenangi gelaran sebagai Miss Asia Pacific World Super Talent 2014 di Seoul, Korea Selatan. Namun kerana ketahuan tidak jujur dan berperilaku buruk, ia harus dilucutkan gelarannya sebagai ratu cantik pada pertengahan 2014 yang lalu..
Yang lebih menghebohkan lagi ia membawa lari mahkota beserta hadiah lainnya.

Namun, pihak Korea tak mahu hubungannya buruk dengan Myanmar. Pihak penyelenggara juga sudah memberikan wang sejumlah Rm. 390,000 untuk operasi dan menyiapkan 2 album, koreografer dan juga akomodasi. Namun Noe memanfaatkan situasi ini dengan tinggal lama-lama di Seoul dengan ibunya.

Sebulan kemudian dia mengaku bahawa ia dipaksa untuk melakukan semua operasi plastik namun ia menolak. Ia juga membantah bahawa ia membawa lari mahkota kemenangan kerana dia saat itu sudah di atas pesawat menuju Myanmar dan tak mengetahui bahawa gelarannya sudah dilucutkan. Dia pun menahan tiara mewah tersebut jika penganjur tidak meminta maaf kerana telah mempermalukannya.
No comments:
Post a Comment