Thursday, 26 February 2015

JIKA PAS MEMERINTAH MALAYSIA!

Jika Pas memerintah Malaysia satu masalah pasti akan dihadapi oleh rakyat!

Jika sekiranya kepimpinan Pas tidak boleh dipersoalkan tindakan mereka,maka hancurlah demokrasi bagi sesebuah negara.

Hari ini betapa banyak tindakan pemipin negara ini dipertikaikan oleh rakyat termasuklah Pas sendiri yang
sering membantah dan mempersoalkan tindakan kerajaan.

Mengapa dibolehkan pula?

Andainya atas nama ulama yang memimpin jika Pas memerintah nanti maka tindakan kepimpinan negara 
masa itu tidak boleh dipertikaikan,maka ia sama dengan konsep "Wilayatul Faqih" yang dipegang oleh Khomeini 
dan Syiah di Iran.

Maka jadilah Malaysia sebuah negara Mullah yang 
hampir sama dengan sejarah kuasa pope di Vatican 
dahulu yang telah mencetuskan sengketa dan perang 
saudara antara katholik dan protestan.


Segala impian rakyat untuk melihat negara yang telus,bertanggung jawab dan boleh dipersoalkan 
atas dasar kemaslahatan politik kenegaraan,akan 
musnah!

Rasulullah saw. dan khulafa al Rasyidin sendiri 
sering ditanya dan dipersoalkan oleh rakyat 
tindakan politik dan strategi mereka,maka 
siapalah kita semua???

Jika ini impian kenegaraan PAS,maaf,rakyat beriman 
dan berfikiran waras adalah antara yang tidak mampu mengundi mereka(PAS)!!!

p/s: Kita boleh tengok bukti depan mata,ada tak ahli-ahli Pas yang berani menegur tindakan pemimpin mereka yang nyata salah dan bangga dengan dosa-dosa???

3 comments:

Anonymous said...

Belum cuba belum tahu KD!

Undilah Pakatan.

Anonymous said...

Bukankah Nabi telah menlaksanakan hudud.

Kenyataan "KERANA ITULAH KERAJAAN ISLAM SEJAK 1200 TAHUN DAHULU TIDAK DAPAT MENJALANKAN HUDUD KERANA TIDAK MENEPATI SYARATNYA!" ikut sejarawan mana? Islam ke? Hadis ke?

Yang pasti 1200 tahun tu..... tak de isteri pemimpin cuci rambut lebih rm1000

ustaz roslankama said...

dah mulalah tu nak mengumpat!kau ada akal,carilah sendiri dan kenalah banyak membaca buku sejarah islam,kitab2 karangan sjarawan islam barulah ada ilmu nak bercakap tentang sejarah islam!ini asyik main game aje mana nak berkembang otak tu!

yang meletakkan harga cuci rambut tu salon rambut! duuit dia bukan duit mak bapak kau!bersepah orang kaya cuci rambut dgn harga yang mahal! mereka bukan beli perkhidmatan cuci rambut tapi mereka beli status!

nabi laksanakan hudud kerana umatnya masa itu terlalu beriman!mereka mengaku sendiri dan mintak di hukum! tak guna empat saksi pun!sekarang jelas dengan video pun masih tak mengaku dah tu tuding jari kat orang lain! konspirasi konon!dah tu nak lepaskan diri cakap video it besi yang tak boleh jadi saksi!