Tuesday, 24 February 2015

ALLAH TAK SUKA MANUSIA YANG MELAMPAUI BATAS!



Didunia, setiap manusia boleh menafikan apa jua perilaku mereka. Didunia kamu boleh menidakkan 

Wajah kamu yang terakam di CCTV. 


Didunia kamu boleh gunakan Wang untuk menutup 
atau memfitnah.. Didunia kamu boleh tersenyum bila melakukan jenayah atau zina. 


Namun, kesemua perlakuan mereka itu tanpa pengetahuan kamu, dirakam oleh yang Maha 
Esa dan akan ditayangkan semula kelak diakhirat. 


Mulut kamu terkunci tanpa bahasa, dan anggota 
kamu pula berkata yang sebenarnya diatas apa 
yang dibuat dulu didunia. Terkantoi segala 
perbuatan kamu. 


Apakah Ini semua tidak ditakuti kamu ?. 


Rakan seperjuangan sibuk dengan masalah sendiri. Jawatan dan kuasa habis semua entah kemana.
Tinggallah kamu seorang dibelenggu oleh segala perbuatan kamu dulu. 


Dipenjarakan dimuka bumi Ini masIh lagi ciptaan manusia. Diakhirat kelak semuanya entah kemana. Tinggallah seorang diri, dibelasah dan diterlanjangkan dosa-dosa lampau tiada segan dan tiada pula malu, kerana masa itu harga diri, kekayaan dan kuasa tidak membantu. Nauzubillah



sememangnya Allah s.w.t yang maha mengetahui dan maha berkuasa dalam apa jua peristiwa di muka bumi yang penuh fenomena. 



Namun kita sebagai khalifah Allah ni harus berfikiran secara positif dan percayai Qada dan Qadar Allah s.w.t.


Aku percaya bahawa Allah s.w.t tidak akan menzalimi hambanya melainkan sebagai pengajaran untuk hambanya bertaubat atas segala kesalahannya. 



Namun kita sebagai khalifah Allah s.w.t tidak perlu memperbesarkan isu ini kerana ketentuan ilahi yang telah ditakdirkan.



Yang penting adalah hala tuju kita dalam memastikan Malaysia ini terus sejahtera dan aman dalam konsep perpaduan negara. Maka hormatilah pemimpin negara bagi mendukung hasrat murni untuk rakyat.



Berselawatlah! 


Berisytifarlah!


Berdoalah!


Agar Malaysia terus aman dan damai. Selagi Malaysia 

ini sejahtera, kita perlu bekerjasama untuk membawa perubahan positif demi rakyat Malaysia secara keseluruhan...


Subhanaallah..!!!


Allahuakbar!!!

5 comments:

Anonymous said...

cuci rambut beribu ringiit MELAMPAUI BATAS TAK KD?

KAH2X

Kutukandewata said...

semua yang melampaui had adalah melampaui batas!dan jangan sesekali melampaui batas akidah!

Anonymous said...

Had untuk laksana hukum hudud berapa tahun KD? Dah 50 tahun lebih nie....

Sokong Pakatanlah KD.

Anonymous said...

Bang,

Statement "Namun, kesemua perlakuan mereka itu tanpa pengetahuan kamu, dirakam oleh yang Maha
Esa dan akan ditayangkan semula kelak diakhirat" sebenarnya tak berapa tepat...

Orang islam TAHU yang kesemua perlakuan mereka dirakam oleh Allah.

keep up the good work. saya mmg selalu ikut blog ni...

Kutukandewata said...

MELAKSANAKAN HUDUD TIADA HADNYA!CUKUP SYARAT TERUS BOLEH JALAN! KERAJAAN UMAYYAH,ABASIYYAH,FATIMIAH DAN UTHMANIYYAH TAK LAKSANAKAN HUDUD PUN.KENAPA?

MEREKA TAK LAKSANAKAN HUDUD KERANA PADA MEREKA AMAT SUSAH NAK MENDAPATKAN SAKSI YANG ADIL(TIDAK FASIK).

BUKAN MUDAH NAK MENENTUKAN SESEORANG ITU FASIK ATAU TIDAK!

KERANA ITULAH KERAJAAN ISLAM SEJAK 1200 TAHUN DAHULU TIDAK DAPAT MENJALANKAN HUDUD KERANA TIDAK MENEPATI SYARATNYA!

HUKUM HUDUD ADALAH HUKUM PEMANTAPAN IMAN KEPADA ALLAH BUKAN HUKUM PENGUATKUASAAN YANG TERPAKSA MELANTIK PENGUATKUASA!

HANYA MANUSIA YANG BERIMAN TEGUH KEPADA ALLAH SAJA YANG BOLEH DAN RELA DI HUKUM DENGAN HUKUMAN HUDUD KERANA IMAN YANG TEGUH SAJA YANG BOLEH MENDORONG MANUSIA MENGAKUI SEGALA PERLAKUAN BURUK MEREKA DAN MINTA DIHUKUM DENGAN HUKUMAN HUDUD!

DUA ELEMEN PENTING DALAM HUDUD IALAH PENGAKUAN SI PESALAH DAN SAKSI YANG ADIL(TIDAK FASIK!

JADI JANGAN LAH DIHEBOH2KAN PERKARA YANG KITA TAK MAMPU!

BILA SESUATU DI POLITIKKAN MAKA HILANGLAH KEWARASAN DAN PERTIMBANGAN KEBENARAN!