Saturday, 14 February 2015
SEJARAH PAHANG 400SM - 1900M- PART 2.
5. Raja Ahmad bin Sultan Mansur Shah (1475- 1794)
Kematian Sultan Muhammad Shah digantikan oleh adiknya Raja Ahmad, pada masa pemerintahan Raja Ahmad kemajuan Islam di Pahang menjadi semakin maju dan berjaya.
Kalau kita merujuk kepada kisah Tun Teja yang dirampas oleh Sultan Melaka,maka kita dapati pada akhir kisah ini Raja Ahmad merajuk di atas perbuatan tidak bermoral Raja Melaka terhadap baginda.Dengan itu baginda meletakkan jawatannya sebagai raja dan digantikan oleh anaknya Raja Jamil.
Raja Ahmad mengambil tindakan meninggalkan istana dan takhta kerajaan lalu mudik ke hulu Sungai Pahang sehingga tidak lagi kedengaran ketukan gendang nafiri,alat muzik kebesaran diraja.
Baginda sampai ke Lubuk Pelang,maka baginda memilih cara hidup yang zuhud dan beribadat kepada Allah.Dinyatakan di dalam kitab-kitab lama baginda “bersyeikh “ diri yakni bersuluk.Bersyeikh maksudnya “masuk syeikh” itu meletakkan diri dibawah bimbingan seorang guru.
Pada masa itu di yakini Lubuk Pelang merupakan sebuah tempat pengajian yang agak terkenal di Pantai Timur. Baginda tinggal di sana sehingga baginda meninggal dunia. Makam baginda sehingga kini ada di sana bersama dengan dua lagi makam Sultan Mansur iaitu anaknya dan makam Puteri Berdarah Putih.
Makam itu bukan makam Sultan Jamil kerana makam Sultan Abdul Jamil ada di Pekan. Penulis Abdul Halim Nasir di dalam catitannya dalam Utusan Melayu (16.4.1997) menyatakan bahawa makam ini sah kepunyaan Sultan Ahmad kerana batu nesan ini sama dengan batu nesan kepunyaan isterinya di Pekan yang terdiri dari Batu Nesan Acheh bertarikh 1497.
Pada masa itu Lubuk Pelang merupakan pusat pendidikan Islam bercorak tasawuff. Makam Raja Ahmad digelar “Marhum Sheikh” yakni baginda merupakan seorang ahli tasawuff yang mengikut tarekat yang tertentu. Kitab Sejarah Melayu menceritakan:
“ ….dan Sultan berdiam ke hulu (Sungai Pahang)…selagi kedengaran bunyi nobat maka baginda mudik jua ke hulu hinggga ke Lubuk Pelang (dekat Kuala Krau,Temerloh Pahang) namanya. Di sanalah baginda diam,tiada kedengaran bunyi nobat lagi…maka sultan bersyeikh dirinya….itulah disebut orang Marhum Syeikh”.
Kedudukan Lubuk Pelang sebagai pusat pengajian di iktiraf oleh Kerajaan Acheh di Sumatera,sehingga pada tahun 1640 di hantar seorang pelajar yang bernama Hamzah Fansuri ke sana untuk mendalam Ilmu Hakikat dan Ilmu Tasauwuff.
Perjalanan Hamzah ke Pahang ini merupakan perjalanan awal beliau ke luar negara sehingga beliau sampai ke Mekah, Syaria,Irak dan Palestine. Hamzah ke Pahang atas arahan Puteri Kamaliah iaitu seorang anak raja Pahang yang dijadikan isteri oleh Sultan Iskandar Mahkota Alam di Acheh.Puteri Kamaliah berminat di dalam bidang tasawuff dan berminat mengkaji ilmu berkaitan dengannya.
Penulis berpendapat pondok pengajian di Lubuk Pelang masih kekal sejak dari tahun 1490 hingga ke tahun 1640 sebagai pusat pengajian bercorak tasawuff dan mengajar ilmu-ilmu tarekat dan ilmu-ilmu hakikat. Ia bukan sebuah pondok yang mengajar ilmu syariat semata-mata.
6. Raja Jamil (1794 – 1512)
Pada masa pemerintahan Raja Jamil, angkatan Siam di bawah Raja Ligor datang semula untuk menaluki Pahang. Di sini kita dapat lihat semangat jihad orang-orang Pahang dan Melaka dalam mempertahankan agama mereka, kalau selama ini mereka bersengketa namun apabila keadaan terdesak,umat Islam berdepan dengan musuh mereka yang satu maka pasukan Pahang dan Melaka bekerjsama,bertolong bantu melawan musuh Allah.
Akhirnya pasukan Siam gagal menakluki Pahang dan mereka sempat membina Kota Seri Biram yang didirikan oleh Orang-orang Melaka selama tiga hari tiga malam sebelum kedatangan tentera Siam.
7. Sultan Mahmud (1522- 1530)
Baginda merupakan seorang sultan yang sangat berjasa kerana dapat mempertahankan Negeri Pahang dari menjadi jajahan Portugis. Portugis telah beberapa kali datang menyerang Pahang, pada tahun 1523,1525,1528 untuk menguasai dan menkristiankan negeri ini . Dengan kekuatan dan kepintaran Sultan Mahmud Pahang, semua serangan itu dapat dipatahkan oleh Baginda.
8. Sultan Muzaffar (1530)
9. Sultan Zainal Abidin (1540)
10. Sultan Mansur 2 (1555)
Pada masa pemerintahan baginda,hubungan Pahang,Perak dan Acheh begitu baik,anakanda baginda menjadi permaisuri di Perak bernama Puteri Putih.
Baginda merupakan seorang raja yang mencintai Islam,menyertai misi-misi dakwah. Dan akhirnya baginda mati ketika berperang menentang angkatan perang dari kumpulan Jawa Kafir pada masa pemerintahan Sultan Iskandar Thani(1560),maka Sultan Mansur 2 di gelar “Marhum Syahid”.
Kisah kekuatan amalan Islam di kalangan raja Pahang jelas digambarkan oleh Kitab Sejarah Melayu ketika menceritakan kisah Raja Ahmad yang dipelihara oleh Sultan Mansur:
“Hatta maka seberapa lama maka Raja Ahmad pun besarlah,bolehlah baginda di cucikan. Maka Sultan Pahang pun berlengkap akan mengejakan anaknda Baginda Raja Puspa Dewi dan Raja Kesuma Dewi untuk bertindik….maka anaknda baginda kedua pun ditindik oranglah dan Raja Ahmad pun bersunatlah….
Setelah selesai daripada itu maka Raja Ahmad diserahkan baginda mengaji ,Hatta maka baginda pun tahu mengaji….dan sangat tertib kelakuannya dan halus manis perkataanya,lagi sangat tahu mengambil hati segala menteri dan hulubalang dalam Pahang itu.
Akan Bendahara jangan di kata lagi sangat baginda merendahkan diri dan menteri yang tua-tua,barang tegur ajar tidak dilalui baginda….Sultan Pahang amat kasih memandang budi bahasa dan pekerti halus manis itu”.
Disebutkan juga peranan kadi di dalam upacara keagamaan,sebegaimana berikut:
“Setelah datang ke balai rong seri, Sultan Pahang sendirilah menyambut tangan ananknda baginda Sultan Ahmad, di dudukkan di atas ciau antelas badar sila…maka tampilah KADI menikahkan.”
11. Sultan Abdul Jamal (1560)
12. Sultan Abdul Kadir (1567)
13. Sultan Abdul Gahfur Mohaidin Shah (1590-1614)
Sultan Abdul Ghafur merupakan seorang sultan yang berjiwa agama, Baginda memilih untuk mengawini puteri Raja Patani dalam tahun 1584.
Baginda adalah raja pertama yang mengasaskan Hukum Kanun Pahang. Hukum kanun ini menyerupai Hukum Kanun Melaka dalam bentuk versi Pahang. Hukum Kanun ini diguna pakai di Perak dan Berunai pada ketika itu.
Baginda cuba untuk melaksanakan system perundangan Islam di Pahang, tetapi malang usaha ini mendapat tentangan dari keluarga baginda sendiri.
Naskah Hukum Kanun Pahang masih kekal wujud
sehingga ke hari ini dengan di buat kajian oleh beberapa professor dari universiti dalam dan luar negara.
Menurut riwayat orang tua-tua,usaha baginda ini mendapat sokongan dari ulamak-ulamak di seluruh Nusantara,maka ramailah para ulamak datang ke Pahang ketika itu seperti;
Imam Makasar yang membuka Kampong Makassar di Pekan datang dari Selewasi, Imam Suji Bilang yang datang dari Minangkabau, Imam Besar yang datang dari Jawa.
Baginda seorang yang baik hati,baginda memberi layanan yang baik kepada semua rakyat jelata termasuk kepada utusan dari Portugis dan Belanda yang datang ke Pahang sekitar tahun 1607 dan 1608.
Pada tahun 1614 terjadi pemberontakan di Pahang,maka Sultan Abdul Ghafur mangkat, beberapa tahun kemudian Sultan Iskandar Muda dari Acheh datang menaaluki Pahang untuk mengelakkan Pahang jatuh ke tangan Portugis. Sultan Iskandar Muda telah membawa pulang Raja Pahang ketika itu yang bernama Raja Ahmad bersama 10,000 rakyat Negeri Pahang ke Acheh.
-bersambung.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment