Saturday 28 February 2015

RAJA ADIL RAJA DISEMBAH! RAJA ZALIM RAJA DISANGGAH!!!








Penjelasan daripada Nurul Nuha sendiri kenapa beliau dan Wan Azizah membuat permohonan pengampunan tersebut ,

KENYATAAN MEDIA24 FEBRUARI 2015

Segala puji bagi Allah yang Maha Kuasa.
Bagi pihak keluarga kami, saya dengan penuh rasa rendah diri ingin menyampaikan rasa terharu dan bersyukur ke hadrat Illahi dengan sokongan dan semangat solidariti daripada rakan-rakan serta para penyokong di dalam dan dari luar negara.

Hari ini merupakan minggu kedua ayah kami Datuk Seri Anwar Ibrahim ditahan sebagai tahanan politik Malaysia.Atas inisiatif keluarga, kami memutuskan untuk menghantar petisyen kepada Duli Yang Maha Mulia Almu'tasimu Billahi Muhibbuddin Tuanku Al-Haj Abdul Halim Mu'adzam Shah ibni Almarhum Sultan Badlishah Yang Dipertuan Agong - berdasarkan berlakunya pengenepian prinsip-prinsip keadilan dan pembelaan daripada penganiayaan fitnah ke atas Yang Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mahkamah mungkin telah menjatuhkan hukuman bersalah tetapi, namun ayahanda kami tidak bersalah. Justeru itu kami membuat permohonan petisyen bersandarkan Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan.

Kami meletakan keyakinan kepada proses perlembagaan ini serta percaya prinsip keadilan akan ditegakkan apabila kesemua fakta-fakta diteliti secara menyeluruh tanpa campur tangan politik maupun mana-mana cabang kerajaan bersesuaian dengan prinsip pemisahan kuasa melalui intitusi Raja Berperlembagaan.
NURUL NUHA ANWARPenyelaras #March2Freedom

 "Mahkamah mungkin telah menjatuhkan hukuman bersalah namun ayahanda kami tidak bersalah".


Dah yakin tak bersalah buat apa minta pengampunan di raja.


Persoalannya dia bersalah dengan saiful. Kenapa pulak minta pengampunan  yang di Pertuan Agung?Dia bersalah dengan yang di Pertuan Agong ke? Dia seharusnya dan wajib minta ampun dengan saiful.Sedangkan nak minta ampun dengan Allah pun kita kena minta ampun dengan manusia yang kita berbuat salah terhadapnya dulu baru lah Allah ampun kan kita!

Dia kena minta ampun dengan saiful dan lain-lain mangsa liwatnya dahulu barulah boleh dapat pengampunan daripada Yang di Pertuan Agong! Kalau tidak Yang di Pertuan Agong jawablah di akhirat nanti kerana mengengkari kaedah yang telah Allah tetapkan!

Adalah dengan ini di syorkan kepada Majlis Pengampunan Di Raja,mengampunkan semua pesalah yang sedang di penjarakan.Kalau orang yang melakukan kesalahan yang paling Allah murka pun boleh diampunkan apa tah lagi kesalahan lain yang Allah tak murka sangat tu!


Jadilah raja yang adil! 


Istimewa sangat kah dia sehingga boleh diampun setelah melakukan jenayah???
Apa hal orang lain yang melakukan jenayah atas sebab kesesakan hidup,kesusahan yang amat sangat atau pun kerana terpaksa dan tiada pilihan lain!

Mereka pun manusia juga yang tak lepas daripada kesilapan dan kelemahan diri!

Ampun tuanku! Raja adil raja disembah! Raja zalim raja disanggah!

Zalim di sini bermaksud meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya!!!

No comments: