Sunday, 15 February 2015

Pemerintah Pahang Pada Zaman Taklukan Acheh!!!






14.Raja Abdullah (1617).


Pada masa Negeri Pahang di bawah taklukan Acheh, keadaan politik dan pemerintahan Pahang sangat tidak tenteram. Kesan dari pertelingkahan Portugis dan Belanda, serangan dari Acheh dan perebutan kuasa di antara waris-waris Kesultanan Melaka yang sudah tewas kepada Portugis.


Namun begitu di bahagian pendalaman Pahang keadaan adalah berbeza, suasana kucar kacir di kawasan pantai sebaliknya memberi peluang yang besar kepada semua saudagar yang terdiri dari pelbagai bangsa untuk mengaut hasil mahsul Negeri Pahang. 



Lombong emas dan permata di terokai,hasil hutan di bawa keluar tanpa halangan dari pemerintah,kawasan baru dan penempatan baru dibuka seluas-luasnya.
Menurut Ahli Sejarah, sejak awal tahun 1600 kemasukan orang Bugis dan Minangkabau bermula dengan hebatnya ke Pahang, golongan ini membuka penempatan dan kampong baru, mereka juga berjaya memujuk Orang Asli supaya memeluk Islam. 



Mereka membuka Bandar baru seperti Temerloh,Mengkarak,Mempatih ,Raub,Jerantut 

dan Pulau Tawar. Mereka memasuki Pahang melalui Ulu Muar, Serting dan turun ke Sungai Bera lalu memasuki Sungai Pahang. Dari sana mereka membuka Bandar Cenor, Kemudian membuka Bandar Mengkarak,Bandar Temerloh. 


Laluan perjalanan suadara yang terdiri dari pelbagai bangsa Melayu termasuk juga sebilangan kecil saudagar Cina,India,Holand dan Portugis serta Arab.



Hasil barangan yang diperolehi dari Pahang dijual kepada saudagar Portugis di Melaka, Golongan Minangkabau lebih berpihak kepada Portugis dari pada Belanda.Mereka ini mengadakan perkahwinan campur sesama mereka;sebagaimana kata Tuk Shahibudin dalam syairnya:

Seorang pun tidak ada yang tinggal
Keling dan Cina,Bugis dan Benggal
Sehingga bercicit nutfahnya tanggal
Datuk Perkasa ( فـقـسا )itulah asal


15.Raja Muda Bajau (1673)




16.Raja-raja Terakhir Kesultanan Melaka (1677-1699)

Dalam masa pemerintahan Sultan Mahmud Mangkat Dijulang, Pahang tertakluk di bawah kekuasaan Johor membentuk tiga ikatan negara yang falsafahnya : 



“Beraja ke Riau,bertemenggung ke Johor dan berbendahara ke Pahang” . 



Oleh kerana Pahang terletak diluar dan jauh dari pemerintahan pusat maka suasana Negeri Pahang agak terbiar dan tidak dipedulikan namun ia aman dan tenteram, Kita dapati juga susunan kekuasan dan hairaki pentabdiran sudah wujud dengan baik.



Sejak dari zaman Sultan Abdul Ghafur telah wujud jawatan Orang Besar Berempat, juga telah wujud jawatan mufti dan kadi. Terdapat pada masa itu seperti jawatan mufti yang disandang oleh Imam Dzul Bayan di Mengkarak,beliau di gantikan oleh anaknya Imam Nur Qadim.



Di Kampung Bangau wujud jawatan kadi yang disandang oleh Kadi Ismail dari keturunan Daeng Lima Saudara. Dipercayai sudah wujud jawatan mufti lebih awal dari Imam Dzul Bayan,ini kerana di zaman Sultan Abdul Ghafur,Hukum Kanun Pahang telah dijalankan dengan baik.


Pada masa ini telah terjadi kemasukan Orang Minangkabau secara besar-besaran ke Pahang samada melalui Negeri Sembilan atau dari Riau. Orang Minangkabau merupakan pedagang yang rajin dan berani. Mereka membuka kampong dan penempatan baru di Pahang. Mereka juga menguasai politik seperti di Kuala Lipis, di Temerloh dan Cenor.



(lihat W.Linehan dlm History of Pahang).



“Froum about 1550 Minngkabau settler had been pouring into Pahang through Ulu Muar, and had partly opened up the interior,mined gold in the Jelai,dealt in jungle produce,elephant ivory and the like…..”



Mereka membuka Bandar-bandar baru dan kawasan perlombongan baru,Menurut Dagh Register Record dalam tahun 1644:” 



The Minangkabau very bravely removed their property from Pahang”.



Kemasukan Orang Minangkabau bukan sahaja mencari harta tetapi juga berdakwah kepada masyarakat Orang Asli di kawasan pendalaman seperti Tuk Suji Bilang yang sanggup berkahwin dengan Tok Bakul anak kepada Tuk Batin Saridun. 



Mereka berkahwin dengan Orang Asli, mengislamkan mereka, membuka pondok pengajian,membina masyarakat dan mewujudkan pelbagai peluang pekerjaan dan cara mencari makan secara baru. 



Begitu juga dengan Tuk Besar dan Tuk Ali Mambang yang sengaja datang ke Pahang dengan tujuan untuk berdakwah. Hasilnya kawasan-kawasan pendalam Pahang secara meluas telah memeluk Islam dan beramal dengan Islam. 



Mereka membuka pondok-pondok pengajian agama Islam dan mengajarkan kepada masyarakat nilai Islam yang baik. Maka pada zaman Tuk Shahibudin sekitar tahun 1720, di Negeri Pahang terdapat berpuluh-puluh pondok besar dan kecil seperti Pondok Mengkarak,

Pondok Kg Baduk, Pondok Kampung Berhala Gantang,Pondok Kampung Bangau, Pondok Kampung Sentang, Pondok Kampung Kuala Bera dan lain-lain.


Pemerintah Pahang di Zaman Kekuasaan Bendahara



17.Bendahara Tun Habib Abdul Majid



Pahang menerima kemasukan Orang-orang Bugis khususnya terdiri dari pengikut Raja Bugis Lima Bersaudara. Ini mengukuhkan lagi kedudukan Islam di kalangan masyarakat kerana anak bugis lima bersaudara ini sangat kuat semangat keislaman mereka dan anti kristian Portugis dan Belanda. 


Anak Raja Bugis Lima bersaudara datang ke Pahang atas undangan Raja Sulaiman bagi mengalahkan pengaruh Raja Kecil yang berketurunan Minangkabau. 



Raja Kecil menuntut takhta Kerajaan Pahang kerana menurut beliau,ia adalah waris dari Sultan Mahmud Mangkat di Julang yang mati tidak meninggalkan pewaris takhta kerana pada masa itu berlaku perebutan kuasa dan beliau masih kecil. 



Keadaan huru hara kerana Sultan Mahmud telah menghukum mati isteri Megat Serirama yang mengandung dan memakan nangka kepunyaan Sultan.
Raja Bugis Lima Bersaudara berjaya menghalau Raja Kecil yang mendapat sokongan Raja Jambi dan masyarakat Minangkabau yang ramai terdapat di Pahang ketika itu. 



Antara legasi peninggalan Orang Bugis ialah Pondok Pengajian Tuan Kadi Ismail di Bangau Tanjung. Pusat pengajian ini membawa kembali fahaman Widatul Suhud dan menentang Fahaman Wihdatul Wujud yang ada pada masa itu. 



Mereka kembali menegakkan Fahaman Ahli Sunnah wal Jemaah dan menghapuskan semua saki baki pengikut Salek Buta dan yang seangkatan dengan nya yang banyak terdapat di kalangan orang-orang Rawa. 



Di antara Tokoh yang amati dikagumi ialah Raja Ali Haji yang terkorban di dalam pertempuran dengan Belanda sebagai seorang syuhada!!!




18.Bendahara Tun Abbas


19.Bendahara Abdul Majid(1770-1802)


20.Bendahara Tun Muhammad (1802)


21.Bendahara Tun Koris(1802 - 1806)




22.Bendahara Tun Ali (1806-1857)



Sejak dari zaman Bendahara Tun Abdul Majid sehingga ke zaman Bendahara Tun Ali , suasana politik Negeri Pahang begitu aman dan tenteram. 



Pada masa ini kegiatan agama begitu berkembang dan berjalan dengan baik diseluruh negeri. Menurut Syair Ghafilah hampir setiap daerah dan mukim terdapat seorang guru agama yang mashyur dan alim ketika itu seperti di Sanggang, Cenor,Bera,Pekan,Temerloh,

Mengkarak,Kuala Lipis.


Menurut pengkaji barat dari tahun 1770 hingga ke 1850 merupakan zaman kemewahan di negeri Pahang dengan hasil yang banyak dan murah. Rakyat dapat menikmati kehidupan dan menjalankan kegiatan keagamaan dengan begitu baik dan tersusun. 



Ini kerana tidak berlaku serangan musuh dari luar dan keadaan politik di dalam negeri pun aman kerana tiada berlaku perebutan kuasa.



23.Bendahara Tun Mutahir (1857 -1863)






Pemerintahan Kesultanan Pahang



24.Sultan Ahmad Shah 1






25.Sultan Mahmud Ibni al Marhum Sultan Ahmad Shah 1.






Baginda memerintah Pahang dalam masa yang singkat,tetapi Baginda mempunyai polisi yang baik dalam urusan agama. Baginda telah memberi kuasa yang sangat besar kepada kadi dan mufti untuk menjalankan pentabdiran ke atas orang Islam. 



Mufti dan Kadi merupakan wakil sultan yang diberi kuasa penuh menghukum pesalah-pesalah sehingga rakyat jelata sangat hormat kepada golongan ini. Baginda juga telah mengadakan Kelas Al Quraan dan mengalakkan para ulamak menulis kitab-kitab agama sebagaimana yang dilakukan oleh Kadi Ibrahim.



26.Sultan Abdullah ibni al Marhum Sultan Ahmad Shah 1


27.Sultan Abu Bakar Ibni al Marhum Sultan Abdullah.






Baginda merupakan sultan yang memerintah Negeri Pahang dalam masa yang agak lama, Pelbagai usaha di lakukan Baginda untuk memajukan Islam di negeri ini. Baginda memulakan usaha dengan menyusun pentadbiran agama. 



Majlis Agama Islam diwujudkan dan kutipan wang zakat diselaraskan. Hasil kutipan zakat diagihkan bagi memajukan syiar Islam. Jawatan mufti telah diberikan kepada orang yang berbangsa Arab,malah baginda sanggup mengambil orang luar sebagai mufti di atas kelayakan yang dimiliki oleh orang tersebut.



Baginda juga cuba memajukan pendidikan Islam di Pahang dengan mendirikan sebuah sekolah tinggi agama yang diberi nama “Kulliah Sultan Abu Bakar” dengan tujuan supaya pelajar yang miskin dan kekurangan tidak perlu lagi keluar negara untuk melanjutkan pelajaran.



Disamping itu untuk pelajar wanita di dirikan pula “Kulliah Tuanku Ampuan Fatimah”, Sekolah-sekolah peringkat daerah di selia dan diberi peruntukan yang sewajarnya. 



Setahun sekali baginda akan mengadakan lawatan ke seluruh negeri dari sebuah mukim ke sebuah mukim,tidak ketinggalan baginda melawat semua sekolah-sekolah agama dalam mukim tersebut. 



Dijumpai juga sebuah kitab tafsir al Quran yang di cetak di atas pembiayaan Baginda, kitab tafir ini dicetak di Sumatera.



Menurut Saudara Ariffin Said seorang Ahli Budyawan Pahang:



” Keupayaan mempertahankan akidah umat Islam dari dipengaruhi unsur-unsur Kristian,merupakan satu sumbangan yang sangat besar yang dapat di lakukan oleh raja-raja dan para ulamak di zaman dahulu yang tidak kita sedari!!!

No comments: