Saturday, 2 August 2014

TENTERA AL QASSAM BUNUH 15 TENTERA ELIT IDF !!!

GAZA: REJIM ZIONIS LANGGAR GENCATAN SENJATA 72 JAM, LAKUKAN SERANGAN BOM DI RAFAH DAN TENTERA AL QASSAM BALAS DAN BUNUH 15 TENTERA ELIT IDF !!!


Rejim Zionis mungkiri gencatan senjata 

72 jam yang bermula jam 8 pagi waktu 
Gaza. Ia hanya boleh bertahan beberapa 
jam apabila tentera penjajah menghujani 
Rafah dengan bom seberat 1 tan 
sehingga mengakibatkan 35 orang 
awam terkorban syahid dan 300 
orang lagi cedera.

Al Qassam membalas serangan tersebut 

dengan serangan hendap dan berjaya 
membunuh 15 orang tentera IDF. 




Manakala seorang Pegawai Tentera 

Elit IDF yang dilaporkan hilang bernama 
2nd Lt Hedlar Golden sebenarnya telah 
ditawan oleh al Qassam pagi tadi.


Aman Palestin


Laporan Media Israel berkaitan 
tenteranya yang hilang pagi tadi.

Akhbar Yedioth Ahronoth menyebut 
bahawa seorang tentera skuad khas 
Israel menceritakan pasukannya 
diserang hebat pada pagi Jumaat 
dalam jam 9:30 AM. Mereka diserang 
dari segenap penjuru di Timur Bandar 
Rafah.

Dalam cerita terperinci oleh tentera 
tersebut menyebut bahawa pejuang 
Palestin keluar daripada beberapa 
buah lubang dan salah seorang 
daripada mereka meluru lari ke arah 
sebuah Jeep dan meletupkan diri 
bersama tentera Israel yang di 
dalamnya, kemudian barulah 
menyerang kami dengan hujan 
peluru.

Beberapa tentera Israel mati terbunuh 
di tempat kejadian, dan pejuang kembali 
memasuki lubang terowong selepas 
berjaya menggempur pasukan tentera 
elit tersebut.

Dalam sumber yang lain TV 10 Israel 
menyebut; Pertempuran dahsyat terjadi 
antara tentera khas Israel selepas 
tentera Israel diserang dari belah 
belakang kemudian bertempur dalam 
jarak 100 meter.

Yang mengelirukan pasukan tentera 
Israel adalah pejuang Palestin keluar 
daripada pelbagai arah dan membuatkan 
askar Israel jatuh ke dalam perangkap 
pejuang, memberikan mereka peluang 
untuk menculik seorang tentera Israel 
berpangkat Leftenan.

Beberapa tentera yang tercedera dan 
mati dibawa oleh helikopter
ke Hospital Tentera Sooroka.

"kami tidak mengetahui sama ada dia 
masih hidup atau telah mati.."


GAZA: Gencatan Senjata 3 Hari Bermula 
Pagi Ini! -berita 1hb. Ogos

GAZA/JERUSALEM – Israel dan pejuang 

Islam Palestin di Semenanjung Gaza 
bersetuju terhadap gencatan senjata 
kemanusiaan tiga bermula pagi ini dan 
perunding dari kedua-dua pihak akan 
berlepas ke Kaherah untuk 
membincangkan penyelesaian 
jangka panjang.

Kenyataan bersama Setiausaha Negara 

Amerika Syarikat (AS), John Kerry dan 
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-
Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon 
berkata, gencatan senjata selama 72 
jam itu yang dicapai selepas lebih tiga 
minggu pertempuran ditetapkan 
bermula pada jam 8 pagi 
(0500 GMT).

Pegawai dari Pejabat Perdana Menteri 

Israel, Benjamin Netanyahu berkata, 
pihaknya menerima cadangan AS/PBB.

Jurucakap Hamas pula berkata, pejuang 

Islam yang menguasai Gaza memberitahu 
semua puak Palestin akan mematuhi 
gencatan berkenaan.

“Kami gesa semua pihak supaya 

menghentikan tindakan mereka 
sehingga gencatan senjata kemanusiaan 
ini bermula dan patuh kepada janji 
mereka sepanjang tempoh gencatan 
itu.

“Gencatan senjata berkenaan akan 

memberi kelegaan kepada orang 
awam yang tidak berdosa daripada 
terbabit dalam keganasan,” kata 
Kerry dan Ban.

No comments: