Saturday, 23 August 2014

TAKRIF KEBIJAKSANAAN TERKINI! KEBIJAKSANAAN BANI SELANGOR SETARAF BANI ISRAEL!!!


Heret Teman Lelaki Kerana iPhone

Nilailah betapa bijaknya cerdik pandai pakatan termasuklah pemuja-pemujanya!!!




Konsep kebijaksanaan sekarang adalah siapa yang paling putar belit, itulah kebijaksanaan. Sendiri buat salah, tetapi berjaya menuding dan menimbulkan persepsi bahawa orang lain yang 
buat salah, itulah kebijaksanaan.



Selangor sebagai contoh, merupakan negeri yang sangat sesuai untuk dijadikan teladan bagi memahami konsep kebijaksanaan zaman moden. 



Negeri ini dipenuhi dengan orang-orang yang bijaksana seperti di Pulau Pinang.


Mereka bijaksana kerana mereka cukup mempercayai cerita, angan-angan dan mimpi. Mereka bijaksana 

kerana berjaya menjadikan sesuatu yang ada dan berfizikal di hadapan mereka sebagai sesuatu yang bersifat halimunan dan hanya wujud dalam konsep.


Perhatikanlah apabila orang-orang bijaksana ini berhujah. Mereka tidak segan-silu untuk menterbalikkan keadaan. Barisan Nasional yang telah meninggalkan kekayaan dan khazanah besar di Selangor selama berdekad-dekad, dalam tempoh tidak sampai dua bulan, dikatakan semua khazanah tersebut adalah hasil kerja Pakatan Rakyat.



Dan semua mereka sangat percaya dengan teori tersebut. Mereka mengimaninya bahkan mereka mencemuh dan melabelkan segala yang negatif kepada golongan yang cuba menyanggahnya.



Peningkatan kos hidup di Selangor adalah diakibatkan oleh peningkatan cukai dan yuran perniagaan selain peningkatan bayaran sewa premis dan kediaman. 



Disebabkan bijaksananya golongan ini, mereka menyalahkan kenaikan harga RON95 dan bayaran tol.
Mereka juga melihat tarif elektrik menjadi punca utama kenaikan cukai, yuran perniagaan dan bayaran sewa premis di Selangor. 



Lebih menarik lagi ialah apabila mereka dapat mengekstrak kepentingan KANGKUNG daripada ucapan Perdana Menteri di Kemaman ketika pemberian bantuan kepada mangsa-mangsa banjir peringkat Negeri Terengganu.


Lebih mudah beginilah… kita perhatikan sahaja senario atau lebih tepat lagi kronologi di bawah:




18 Ogos 2012:



Saya akan bersara dan menjadi pensyarah universiti di Amerika Syarikat sekiranya Pakatan Rakyat kalah dalam PRU nanti.



7 Mei 2013:



Saya tidak akan bersara! Kami hanya kalah disebabkan oleh Bangla (pengundi hantu) dan blackout!




20 November 2013:



Saya tidak pernah kata adanya pengundi hantu dari Bangladesh. Ini semua fitnah jahat UMNO!




27 Januari 2014:



Saya tidak akan bertanding dalam Pilihanraya Kecil DUN Kajang.




28 Januari 2014:



Saya dengan ini mengisytiharkan diri sebagai calon untuk PRK DUN Kajang




28 Januari 2014:



Khalid akan kekal sebagai Menteri Besar Selangor. Saya tidak akan mengambilalih jawatan tersebut.




29 Januari 2014:



Anwar perlu jadi Menteri Besar Selangor untuk pertahankan Najib daripada digulingkan oleh Tun Dr. Mahathir.




Krisis dan kontroversi tercetus di Selangor semenjak pengumuman kenaikan gaji oleh Abdul Khalid yang dikatakan tidak dibuat secara konsensus. 



Kemudian disusuli pula dengan insiden pemecatan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali daripada jawatan Pengerusi PKNS, salah sebuah anak syarikat negeri.


Kemelut berterusan apabila ADUN Kajang, Lee Chin Cheh mengosongkan kerusinya pada Isnin secara suka-suka bagi memberi laluan kepada Anwar Ibrahim.



Namun berbanding membolehkan rakyat melihat dan merumuskan sendiri gelagat serta tindak tanduk golongan lapar kuasa, PKR yang sangat bijaksana segera menggunakan kebijaksanaan mereka untuk menghalakan pemikiran rakyat Selangor mengikut arah yang mereka perlukan.



Inilah tahap kebijaksanaan yang perlu dicatatkan dalam sejarah negara. Belum pernah ada mana-mana pihak yang berani berterus-terang dalam melakukan pembohongan dan melakukan pembelitan ketara. Fakta-fakta sebenar tidak dipedulikan kerana yang hanya terpakai adalah rumusan terakhir.



Atas kesedaran tinggi itulah, para penyokong mereka yang juga tidak mahu ketinggalan daripada dikatakan bijaksana, akan memberikan sokongan tidak berbelah bahagi termasuklah memanjangkan lagi teori-teori kebijaksanaan menurut kemampuan mereka.



Dan samalah seperti pemimpin-pemimpin mereka, para penyokong juga tidak akan segan silu memutarbelitkan fakta, atau mengada-adakan fakta baru walaupun terpaksa mengambil kredit atas usaha pihak lawan sepertimana mereka berbangga-bangga dengan Selangor sebagai negeri maju.



Terbaru ialah, penggunaan nama Tun Dr. Mahathir pula yang diseret menunjukkan tahap kebijaksanaan mereka, saling tidak ubah seperti Bani Israel yang membunuh para Nabi dan Rasul untuk memastikan pembetulan agama Yahudi yang mereka lakukan menerusi penulisan semula Taurat. 



Bani Israel dianggap sebagai golongan manusia yang paling bijaksana di muka bumi ini.


Ada teori yang menyatakan, kebijaksanaan tersebut berakar umbi daripada manna dan salwa yang Allah Taala turunkan kepada mereka ketika mereka tersesat selama lebih 40 tahun. 



Hanya Bani Israel yang pernah melihat dan mencecapi manna dan salwa berbanding kelompok manusia lain di muka bumi ini.


Justeru, hendaklah kita menghormati para pengundi dan penyokong Pakatan Rakyat Selangor kerana mereka tersangat bijak berbanding mana-mana orang di Malaysia ini!



No comments: