Thursday, 7 August 2014

SUNGGUH COMEL DAN BERANI!!! TAK GAYAT KE DIK???



Gadis Kebaya Di Pencakar Langit Dengan Mesej Gaza.

Kisah Di Sebalik Gadis Kebaya Di Pencakar Langit Dengan Mesej Gaza.





Beberapa keping gambar seorang gadis 
lengkap berpakaian Muslimah dan bertudung 
di atas sebuah pencakar langit dengan 
memegang mesej keamanan di Gaza berjaya 
mencuri perhatian ramai dan ramai yang 
bertanyakan sama ada ianya benar diambil 
dari sudut bangunan tinggi atau sekadar 
helah suntingan Photoshop.


Jurugambar Keow Wee Loong menceritakan 
pengalaman beliau memanjat sebuah 
bangunan yang enggan didedahkan 
lokasinya di Kuala Lumpur bersama 
seorang gadis bernama Fatin Ilani.

Keow Wee Loong mendedahkan yang beliau 
terkejut dengan keputusan gadis itu untuk 
bersama memanjat kerana berdasarkan 
pengalaman beliau sebelum ini, kebanyakan 
mereka yang mengikuti beliau sangat takutkan 
ketinggian namun ianya berbeza dengan Fatin 
Ilani.

Saya pun tidak percaya yang saya mampu 
untuk memanjat sampai ke puncak,” ujar  
Fatin Ilani yang turut memberitahu 
‘pendakian’ mengambil masa 45 minit dan 
dilakukan dalam persalinan kebaya penuh.


Fatin Ilani berkata tindakan beliau itu adalah 
sebagai respons kepada perhimpunan Save 
The Children Of Gaza yang dianjurkan di 
Dataran Merdeka pada 2 Ogos lalu yang mana 
beliau melihat ramai anak muda turun hanya 
untuk mengambil gambar bersama selebriti 
sebelum terus meninggalkan lokasi.

Kami puji keberanian gadis ini untuk memanjat 
pencakar langit demi menyampaikan mesej 
positif kepada seluruh rakyat Malaysia dan 
dunia. Wajar dicontohi dan bukan hanya 
berani melaungkan pendirian di laman 
sosial tanpa tindakan.

No comments: