SHAHUL HAMID DITANGKAP POLIS... BETULLAH, KALAU MELAYU, MEMANG CEPAT BENAR TINDAKAN PIHAK BERKUASA!!!
SHAHUL HAMID DITANGKAP POLIS... BETULLAH, KALAU MELAYU, MEMANG CEPAT BENAR TINDAKAN PIHAK BERKUASA!!!
Kerana memberitahu jemaah di sebuah masjid di Shah Alam pada Februari lalu yang kilang kari Allagappa's dan Babas adalah milik orang Hindu, selain menggalakkan jemaah berusul periksa dalam mengambil makanan bagi memastikan halal dan mengelak daripada haram serta syubhat, seorang pendakwah bebas, Shahul Hamid telah diadukan oleh seorang pegawai polis berbangsa India dan beragama Hindu.
Selain itu, turut terdapat banyak laporan polis telah dibuat oleh masyarakat Hindu yang tidak berpuas hati dengan penceramah tersebut yang dikatakan telah menghina agama Hindu.
Satu demonstrasi telah dianjurkan oleh Pemuda MIC di Brickfield semalam. Dan semua orang menjangkakan, Shahul Hamid akan segera ditangkap dan diminta memberi keterangan dalam tempoh yang amat singkat.
Tepat sebagaimana yang dijangkakan, Shahul Hamid telah ditangkap di Bukit Mertajam di bawah Seksyen 4(1) (c) Akta Hasutan 1948/233 (1) AKMM di Bukit Mertajam pada jam 9:04 pagi.
Shahul Hamid kemudiannya telah dibawa ke Balai Polis Shah Alam untuk diambil keterangan selain gambar dan cap jarinya.
Shahul Hamid kemudiannya telah dibebaskan dengan jaminan polis sehingga 14 Ogos 2014.
Dalam satu sidang media di Masjid Bandar Perda, Bukit Mertajam hari ini, Shahul Hamid telah memohon maaf secara terbuka, terutama kepada masyarakat India selepas rakaman video kenyataannya yang dianggap menghina penganut agama Hindu, tersebar luas di Internet.
Shahul menyatakan kekesalannya kerana membuat kenyataan tersebu dan dengan ikhlas memohon maaf kepada semua yang terlibat. Menurutnya lagi, dia tidak bermaksud untuk melakukannya ataupun berniat untuk mencetuskan sentimen perkauman.
Sungguh menarik fenomena dan trend ini....
Kalau orang Melayu/Islam yang mengeluarkan kenyataan provokatif walaupun dalam ruang tertutup, mereka akan dikenakan tindakan sama ada berpindah tugas atau dipanggil ke balai polis untuk memberi keterangan.
Anehnya, walaupun bukan Melayu itu terkenal seperti S.Gobi Krishnan mengeluarkan kata-kata provokatif yang menghina Islam, Nabi Muhammad s.a.w, Allah Taala dan umat Islam, mereka boleh lepas bebas tanpa dikenakan sebarang tindakan.
Bahkan mereka boleh pula melakukan perbuatan tersebut berulang-ulang tanpa terjejas sedikit pun!
Bahkan RSN Rayer dan P.Ramasamy yang terang-terang menghina orang Melayu dan Islam, tidak dikenakan sebarang tindakan atau memohon maaf secara terbuka seperti yang dilakukan oleh Shahul Hamid.
Nampaknya undang-undang menghina agama lain di Malaysia, hanya untuk orang Islam, Melayu dan Bumiputera sahaja. Manakala golongan lain, bebas berbuat apa-apa sahaja!!!Shahrul Azlee
No comments:
Post a Comment