Thursday, 28 August 2014

KELEBIHAN USTAZ KAZIM MENGUNDANG KEDENGKIAN TAHAP MELAMPAU!!!


KAZIM ELIAS DIFITNAH LAGI...
KALI INI DIFITNAH KELUARKAN 
HADIS MAUDHU' PULAK!!!

ADAKAH INI PUNCANYA DIA DIFITNAH???






Sudah berkali-kali Kazim Elias menegaskan, dia tidak memiliki akaun Twitter, Instagram, WeChat, Telegram atau apa-apa sahaja media sosial, melainkan akaun Facebook rasminya, DI SINI.

Namun ternyata, ada juga orang yang sangat berminat dengan pemalsuan akaun sama ada untuk kepuasan diri sendiri kerana mereka sakit mental atau kerana mereka diupah untuk berbuat begitu atau mereka cuba mencari kepentingan diri dengan menyamar dan kemudian menjawab konon-kononnya mereka sangat efektif dalam dunia siber.

Semalam, muncul satu printscreen Twitter yang kononnya dikeluarkan oleh Kazim Elias. Konon-kononnya Kazim Elias menggunakan sebuah hadis maudhu' yang matan dan sanadnya adalah kabur.

Malah hadis maudhu' ini merupakan sebahagian atau sambungan daripada hadis-hadis maudhu' atau palsu yang banyak boleh diperolehi membabitkan kelebihan bulan Rejab.



Orang yang memalsukan Twitter Kazim Elias dan kemudian meletakkan hadis maudhu' sebagai 'kenyataan Kazim Elias' sebenarnya mempunyai niat jahat. Tidak sahaja mahu menfitnah Kazim Elias, tetapi juga mahu menyelewengkan akidah umat Islam.

Dalam Islam, ada empat bulan Hurum atau Haram dan Zulkaedah adalah salah satu daripadanya. Tiada sebarang keperluan fardhu pada amalan ibadat yang dikhususkan untuk bulan Zulkaedah tidak seperti Ramadhan mahupun beberapa hari dalam bulan Zulhijjah dan Muharram serta Syawal.

Kazim Elias tidak mungkin sedaif itu untuk menyebarkan hadis maudhu' semata-mata untuk menunjukkan yang dia adalah seorang USTAZ!

MUNGKIN INI PUNCANYA???
ATAU INI???


No comments: