Tuesday 19 August 2014

PEMIMPIN PAS CUBA AJAK RAKYAT MEMBENCI SULTAN! INI KEPALA REPUBLIK LAH PULAK!!!


"Bukan Pas Yang Tolak, Tapi Sultan ..." Khalid Samad Dan Pemimpin Pas Bacul Cuba Berselindung Di Sebalik Nama Sultan !


Jangan bagi mamat ni bercakap atau komen apa2 berkaitan isu MB Selangor lebih2 lagi yang berkaitan dengan Sultan Selangor. 



Kemurkaan yang di luahkan oleh Sultan terhadap mamat ni secara direct dan di khalayak ramai masih lagi baru. Pas maupun PR pula langsung tidak menunjukkan hormat dengan tidak mengenakan sebarang tindakan atau kata amaran terhadap beliau sebagai respon.


Ni sekali lagi mamat ni bersuara, kali ni mengenai keputusan PR yang hanya akan menyerahkan satu nama saja iaitu bini Anwar kepada Sultan untuk dipertimbangkan sebagai ganti MB Selangor.


"Oleh kerana Azmin sendiri menarik diri maka kita tak boleh nak buat apalah. saya rasa ia bukan satu masalah"


"Sebab utama kerana kita dapat maklumat dari istana. Itu sebab utama. Tapi kita tengoklah. Sebahagian ahli PAS kata cuba dulu. Kalau sultan tolak, biarlah sultan tolak. Maknanya, bukan kita (PAS) yang tolak, tapi sultan,"Mkini.


Lain macam jer bunyinya .... Bunyi macam nak letakkan kesalahan atau kemarahan rakyat ( yang menjadi ahli Pas ) di atas bahu Sultan pulak ?


Khalid dah boleh nampak akan kemungkinan ada ahli Pas yang tidak puas hati dengan keputusan PR tidak mencalonkan nama selain bini Anwar sebagaimana yang dipersetujui oleh Pas sebelum itu dan melalui kenyataannya di atas, 


Jelas yang beliau mahu mengalihkan tanggungjawab pemimpin Pas kepada ahlinya, ke atas bahu Sultan !


Maknanya, bukan kita (PAS) yang tolak, tapi sultan!



Pemimpin Pas bacul ! Mereka tidak sanggup berkeras mempertahankan pendirian dan maruah Pas di kalangan kepimpinan PR dengan menuntut dua nama dicalonkan. 


Mereka lebih rela menggunakan pengaruh Sultan  .... dengan kata lain, pemimpin Pas sudah bercadang untuk menangguk di air keruh hasil jangkaan mereka yang Sultan akan menolak nama bini Anwar.


Mengikut jangkaan Khalid, selepas Sultan tolak nama bini Anwar nanti, tidak timbullah sebarang masalah yang perlu Pas tangani untuk mencalonkan nama orang lain sebagai calon MB. 


Sebab bukan Pas yang tolak tapi Sultan...


PS - Perancangan ke hadapan dengan memanipulasikan jangkaan kita adalah normal bagi para strategis tapi perlukah diberitahu umum ? Apatah lagi pihak yang mahu dimanipulasikan itu adalah Sultan !-dinturtle.


bukan Pas yang tolak tapi Sultan ...

No comments: