Sunday, 10 August 2014

TIADA TUJUAN LAINLAH NI,NAK SURUH ORANG TUDUH DAN CACI MAKI KAT UMNO!!!

RBA PUNYA KERJA!!!



Gambar ini sebenarnya dikesan 
di Facebook. Ianya sudah tersebar luar. 
Rata-rata mengecam dan mengutuk. Malah 
ramai yang tidak senang dengan kewujudan 
gambar seperti ini. 
Ada yang mengesyorkan agar tindakan undang-undang diambil terhadap orang yang melakukan penghinaan secara sewenang-wenangnya sama seperti yang dilakukan terhadap orang yang  menghina agama lain atau lebih tepat lagi,     sepantas tindakan yang diambil terhadap           mana-mana Melayu yang menghina agama lain!

Tujuan gambar ini disebarkan dan diedit sebenarnya cukup mudah ditanggapi.

Ia adalah bertujuan untuk mencetuskan       kemarahan para penyokong PAS dan Nik Aziz kepada jentera propaganda UMNO.
Kebelakangan ini, terutama semenjak kemelut perebutan jawatan Menteri Besar Selangor dan cubaan Anwar Ibrahim untuk menyingkirkan Azmin Ali daripada jawatan tersebut - walaupun yang dilihat menjadi 'mangsa' adalah Khalid Ibrahim - pelbagai usaha telah dilakukan untuk menuduh UMNO sebagai puncanya.
Dua hari sudah, surat palsu dari Pejabat Agung PAS... juga dikatakan telah dibuat oleh UMNO walhal secara thumb-print dan rekod-rekod 'kecemerlangan' UMNO sendiri, mereka terlalu naif dalam hal-hal tersebut. 
Kalau bab surat-surat layang sesama sendiri, UMNO mungkin tersangat hebat, tetapi kalau untuk pihak lawan, UMNO seperti hilang idea dan kreativiti.
Walaupun Nik Aziz mungkin mempunyai pendirian politik yang berbeza, tidak selayaknya dia dihina sebegitu rupa. Tidak layak mana-mana pemimpin - kecuali ANWAR IBRAHIM DAN KONCO-KONCONYA - diberikan penghinaan serendah itu.
Rasa-rasanya, semua sudah dapat menelah pihak mana yang sedang giat menjadikan PAS sebagai kambing hitam. Jangan hairan, jangan terkejut kalau selepas ini, tiba-tiba pula taktik 'menyalahgunakan' UMNO pula yang akan tampil... Yang penting, PAS tak bersuara dan bertindak, sekaligus membolehkan DAP dan PKR terus menguasai PAS.
Yang penting bagi  mereka, PAS terus marah dan benci dengan UMNO dan orang UMNO pula terpinga-pinga apabila dituduh melakukan sesuatu yang hodoh dan hina seperti gambar di atas!!!-TFK.

1 comment:

Anonymous said...

Ini sesungguhnya satu pemfitnahan yang amat keji dan tidak beradab. Hanya terbit dari minda dan hati yang tidak bertuhan serta tidak yakin kepada Hari Pembalasan. Saya bersimpati kepada TGNA. Semoga Allah memelihara beliau.