Thursday, 7 August 2014

TENTERA FISABILLILLAH!!!

SUBHANALLAH !!! BRIGED AL-QASSAM TERPERANGKAP DALAM TEROWONG PERANG SEDALAM 25 METER DITEMUI SELAMAT DAN SIHAT

[Mujahidin Al-Qassam terperangkap dalam terowong
berminggu-minggu, akhirnya berjaya
keluar dengan selamat]














Kisah ini diceritakan sendiri oleh Briged 
Izzuddin Al-Qassam dalam laman 
sesawang mereka iaitu kisah bagaimana 
29 orang anggota Briged Al-Qassam yang 
bertempur di Khan Younis ketika perang 
darat bermula terperangkap dalam 
terowong bawah tanah dan komander 
briged mengesyaki bahawa mereka 
telahpun syahid selepas terputus 
komunikasi dengan mereka.

Tetapi dengan takdir Allah, 23 orang anggota 
Briged Al-Qassam berjaya keluar dengan 
selamatnya semalam. Baki anggota Briged 
Al-Qassam yang lain masih dicari.

DIPERCAYAI....Lubang keluar dari 
terowong itu telah musnah dan tertutup 
apabila sebuah pesawat F-16 membedilnya 
dengan peluru berpandu. Ini menjadikan 
mereka terperangkap dalam terowong 
dengan kedalaman 25 meter dari atas 
tanah.

Seorang komander berkata : "Setelah 
tempoh gencatan senjata bermula, 
pasukan bomba dan penyelamat berusaha 
menggali semula terowong yang telah 
terkambus itu, lalu kami terkejut apabila 
23 orang mujahidin berjaya keluar dengan 
kesihatan yang cukup baik."

Salah seorang mujahidin yang berjaya 
keluar dengan selamat itu berkata :
 "Kami menjumpai sebuah air mata air 
dengan izin Allah dan kami meletakkan 
helaian baju kami agar air itu bertakung 
di dalam baju tersebut. Kami ada 
beberapa biji tamar lalu kami membahagi-
bahagikannya antara kami. Setiap seorang 
dari kami mendapat separuh dari sebiji 
tamar, dan separuh gelas air yang kecil 
setiap hari."

Sebagai makluman, punca air di kawasan 
itu berada pada 90 meter dalamnya dari 
atas tanah, iaitu 65 meter di bawah tempat 
para mujahidin itu terperangkap.

Mujahidin itu menambah lagi : "Ini 
adalah satu anugerah yang diberi Allah 
kepada kami, dan jika seluruh dunia 
tidak bersama kami dan para mujahidin 
kami, Allah ada untuk bersama kami."

Jangan lupa sebarkan pada rakan-rakan.


Sumber : QNN [IH] 

No comments: