Saturday, 16 August 2014

PENGGODA SUAMI ORANG!!!

10 Wanita Ini dijoloki Dengan Gelaran 

Penggoda  Suami Orang !!!



Sejak dulu, ada istilah yang menyatakan wanita adalah 'racun dunia'. Anggapan ini dapat ditelusuri mulai dari mitologi Yunani, yang berkisah tentang Helen of Troy, yang kecantikannya membuat semua lelaki berhasrat memilikinya.

Atau, Cleopatra dalam kisah cintanya dengan Julius Caesar dan Marc Antony. Hingga, Anne Boleyn, yang membuat Raja Henry VIII dari Inggeris bercerai dari permaisurinya (pada abad ke-16 perceraian masih tabu). Mereka semua dianggap sebagai wanita perosak rumah tangga.

Saat ini, beberapa wanita yang sempat membuat kehebohan dunia juga mendapat gelaran seperti itu. Berikut 10 urutan wanita dengan gelaran "wanita penggoda suami orang."

10) Maria Belen Shapur:

Wanita Argentina ini dikenali sebagai pembuli rumah tangga, Mark Sanford, Gabenor South Carolina, AS, beberapa tahun ini. Sanford sempat menghilang ke Buenos Aires bersama Shapur. 


Tapi, gabenor ini menafikan dan berkata dia hanya melakukan hiking di daerah itu. Namun, akhirnya Sanford bercerai. Shapur masih tinggal di Argentina. Khabarnya, pasangan ini masih menjalani hubungan 'diam-diam.'


9) Rielle Hunter:

Wanita ini 'naik jabatan' dari salah seorang pekerja kempen John Edwards, hingga menjadi ibu dari bayi Edwards. Tidak hanya sebagai pemusnah rumah tangga Edwards, Hunter juga dianggap sebagai wanita yang membuat Edwards kehilangan peluang mencalonkan diri sebagai presiden.



8) LeAnn Rimes:

Saat penggambaran filem 'Lifetime Northern Lights' dengan Eddie Cibrian, Rimes digosipkan mengalami cinta lokasi. Keduanya meninggalkan pasangan masing-masing, dan kerap dilihat bermesraan di depan awam tanpa malu-malu.


7) Jamie Grubbs:

Wanita ini merupakan salah seorang daripada 17 selingkuhan Tiger Woods. Wanita yang juga berprofesion sebagai pramusaji ini mengaku sempat menjalin hubungan dengan Woods selama 31 bulan. Pengakuan Grubbs cukup meyakinkan kerana dia punya rakaman mesej suara dari Woods.


6) Ashley Dupre:

Sosok Dupre menjadi sorotan antarabangsa selepas Gabenor New York Eliot Spitzer mundur kerana terlibat skandal pelacuran dengannya.


5) Katelyn Faber:

Wanita yang bekerja sebagai pekerja hotel ini menuntut Pebasket Kobe Bryant kerana melakukan penyerangan seksual terhadap dirinya. Ia pun menerima wang dalam jumlah besar. Khabarnya dengan wang itu Faber boleh membeli sebuah hotel, bukan lagi melayani tetamu hotel.


4) Camilla Parker:

Wanita ini mungkin tidak secantik dan seanggun Putri Diana. Namun, Putera Charles meninggalkan isterinya demi cinta lamanya ini. 


Sempat beredar khabar angin, pasangan ini melakukan hubungan intim walaupun ketika Charles masih berkahwin dengan Diana. 


3) Michelle McGee:

Wanita ini mendedahkan perselingkuhannya Jesse James, suami Sandra Bullock pada satu majalah. Ia pun mendapat bayaran sebanyak US $ 30 ribu dari majalah tesebut. Namun, saat ini dia bersembunyi dari orang ramai, dan menerima banyak e-mel mengandungi kecaman dan makian setiap hari akibat perselingkuhan itu.


2) Rachel Uchitel:

Uchitel adalah salah satu nama yang pertama muncul apabila isu perselingkuhan Tiger Woods pertama merebak. Pelayan di sebuah kelab di New York tersebut diduga menjadi bahan perdebatan Woods dengan isterinya yang kemudian berbuntut kemalangan hampir tiga minggu lalu. Ia dikhabarkan diberi wang sebanyak US $ 10 juta untuk tetap bungkam mengenai hubungannya dengan Woods.


1) Angelina Jolie:

Pelakon cantik ini berjaya memikat hati Brad Pitt saat penggambaran 'Mr & Mrs Smith'. Saat itu, Pitt masih berkahwin dengan Jennifer Aniston. Skandal ini termasuk kes perselingkuhan terbesar di Hollywood, dan masih menjadi perbincangan hangat hingga sekarang.

No comments: