Seorang pemuda yang menunggang motosikal dalam perjalanan pulang ke rumahnya singgah di sebuah
rumah kerana hujan turun dengan lebatnya pada
malam itu. Itulah sahaja satu-satunya rumah yang
terdapat di tepi jalanraya yang sunyi itu.
Rumah tersebut dimiliki oleh seorang janda muda
yang tinggal bersendirian. Janda tersebut mempelawa
pemuda itu bermalam di rumahnya.
Pemuda itu pun ditempatkan di sebuah bilik yang
mempunyai katil yang besar. Selang beberapa minit,
pintu biliknya diketuk dan janda tersebut masuk.
"Mahukah saudara ditemani ? ” soal janda tersebut dengan nada yang manja.
"Kalau ada yang sudi, apa salahnya ! ” balas pemuda itu dengan hati yang melonjak-lonjak.
"Baguslah, ” kata janda itu pula.
"Di luar sana ada seorang lagi pemuda yang hendak
tumpang bermalam di sini. Jadi, dia bolehlah tidur
bersama saudara….. "
*************
Ali dan Abu adalah dua orang kawan baik. Mereka
baru belajar untuk mengendap. Satu hari Abu
menunjukkan kepada Ali sebuah rumah untuk
mereka mengendap pada malam nanti.
Pada malam tersebut mereka pun sampai ke rumah
tersebut serta cepat-cepat mencari sasaran (lubang).
Ali pun tanpa berlengah lagi terus melihat ke dalam
lubang tersebut dan serta-merta bertempik “Lari…..
Abu!!!!!!” dan Ali pun terus memecut lari lantas
diikut oleh Abu.
Setelah jauh mereka berlari, Ali pun berhenti
tercunggap-cunggap dan dia ditanya oleh Abu
“Kenapa kau lari Ali?”.
Ali pun menjawab “Tadi sewaktu aku mengendap,
aku nampak bayi lebih besar dari kita berdua sedang
menyusu, Kalau bayi pun dah besar tu, kau
bayangkanlah besar mana bapak dia”.
No comments:
Post a Comment