Monday, 18 August 2014

PAS MENOLAK PELUANG YANG ALLAH BERIKAN.APAKAH MASIH ADA PELUANG KEDUA???


Majlis Syura Ulama Pas Ubah Pendirian, Sokong Wan Azizah Jadi MB Selangor.



Majlis Syura Ulama Pas

Majlis Syura Ulama Pas melalui wakilnya Nik Muhammad Zawawi Nik Salleh berkata keputusan Jawatankuasa Pas Pusat yang menamakan Azmin Ali dan mengekalkan isteri kepada Ketua Pembangkang Malaysia, Wan Azizah sebagai calon Menteri Besar Selangor (MB) selari dengan keputusan yang dibuat sebelum ini.


Menurut Nik Zawawi, keputusan mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor yang dibuat oleh Majlis  Syura Ulama Pas sebelum ini kerana pada ketika itu beliau masih lagi ahli PKR dan tidak bercanggah dengan keputusan yang dibuat oleh Pas Pusat.


Sebelum ini, Majlis Syura Pas sebulat suara mahu kedudukan Khalid Ibrahim dikekalkan sebagai menteri besar selagi tiada pelanggaran terhadap amanah yang dipegangnya. Namun keputusan tersebut terpaksa diubah setelah majoriti kepimpinan Pas Pusat mahu mengekalkan isteri Anwar Ibrahim sebagai calon menteri besar.

WANITA DOMINAN DI SELANGOR DARUL FARAJ!!!

Pada petang tadi, Jawatankuasa Pas Pusat turut mencadangkan nama Azmin Ali untuk dipersembahkan kepada Sultan Selangor sebagai calon menteri besar. Namun cadangan tersebut telah ditolak oleh Timbalan Presiden PKR itu kerana mahu menghormati keputusan yang telah dibuat oleh Majlis Pimpinan PR.


Sementara itu Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu berkata, Pas akur dengan keputusan Anwar Ibrahim yang bertegas mahu menamakan isterinya sebagai calon menteri besar.


PS: ANWAR IBRAHIM TERLALU BERKUASA SEHINGGA MANUSIA YANG BERJUANG KERANA ALLAH PUN TUNDUK DAN AKUR KEPADANYA!

ANWAR IBRAHIM BERJAYA DALAM EKSPERIMEN KAJANGNYA.INI AKAN MEMBERIKAN KEYAKINAN PENUH KEPADANYA UNTUK TERUS BERAJA DIMATA DAN BERSULTAN DIHATI.

ISTILAH NEPOTISME TELAH DIGUGURKAN OLEH PIMPINAN PR YANG MEMANG MENGAMALKAN NEPOTISME SECARA TEGARNYA! ISTILAH NEPOTISME TELAH DIHAPUSKAN DARI KAMUS POLITIK MEREKA!

JANGAN HERANLAH NANTI DENGAN KEYAKINAN PENUH BAHAWA PENGIKUTNYA TERLALU DUNGU DAN TIDAK BERANI MEMBANTAH SETIAP KEPUTUSANNYA,DIA AKAN BERANI MENGOSONGKAN KERUSI DI SELANGOR DEMI MELETAKKAN SETIAP ORANG ANAKNYA SEBAGAI WAKIL RAKYAT DAN SETERUSNYA EXCO BAGI MEMBANTU IBUNYA MENTADBIR SELANGOR DARUL FARAJ!!!

BAGI PAS PULA PELUANG UNTUK MENTADBIR SELANGOR YANG ALLAH BERIKAN KEPADANYA DITOLAK KE TEPI DEMI MENTAATI PERINTAH IMAM MAHADI MEREKA!

DENGAN 10 EXCO SUDAH CUKUP BAGI PAS MENTADBIR SELANGOR.SUDAH BOLEH MENGHAPUSKAN PUSAT MAKSIAT YANG BERCENDAWAN TUMBUH DI SELANGOR!SUDAH BOLEH MEMPERKASAKAN SYIAR ISLAM DI SELANGOR!

TAPI SAYANG SERIBU KALI SAYANG,ISLAM HANYA SLOGAN DIBIBIR PIMPINAN PAS! BILA ALLAH BUKA JALAN UNTUK MEREKA,MEREKA MENOLAKNYA KERANA LEBIH YAKIN KEPADA MANUSIA ANUGERAH ALLAH BERBANDING ALLAH SENDIRI!

APAKAH MASIH ADA PELUANG KEDUA DARI ALLAH UNTUK PAS SETELAH MEREKA MENGENGKARI TAKDIR ALLAH???

No comments: