Monday, 25 August 2014

Khasiat Memeluk Isteri Kita & Pelukan Suami Untuk Isteri!!!!!





Seorang suami yang memeluk isterinya untuk 
sekurang-kurangnya 10 SAAT SETIAP PAGI 
akan panjang umurnya LIMA TAHUN.


Fakta ini berdasarkan kajian oleh seorang 

pakar di Jerman mengenai hubungan antara 
sentuhan dan tahap kesihatan.


“Seseorang itu boleh panjang umur jika 

memeluk isterinya setiap hari kerana pelukan 
dan sentuhan boleh menyebabkan tubuh 
manusia mengeluarkan pelbagai hormon 
termasuk ENDORFIN yang baik untuk 
kesihatan tubuh"


Bagaimanapun, sebagai seorang Islam 

kita tidak harus lupa ajal dan  maut 
terletak di tangan Allah.....


Hormon endorfin adalah sejenis bahan kimia 

semula jadi yang bertindak sebagai penahan 
sakit dan mengurangkan keresahan. 


Jelasnya, selain mempunyai kesan positif 

dari segi saintifik dan kesihatan sentuhan, 
pelukan dan gurau senda antara suami dan 
isteri juga merupakan sunnah Rasulullah 
S.A.W.

Terdapat kajian di Amerika Syarikat (AS) 

juga mendapati pelukan suami dapat 
mengurangkan tahap kolesterol dan 
 meningkatkan kesihatan isteri.



“Oleh itu suami yang inginkan isterinya 
menurunkan berat badan digalakkan peluk 
isterinya lebih kerap!!!” 

Hubungan seks dalam penuh rasa kasih 

sayang juga dapat membantu pasangan 
untuk awet muda dan berketerampilan 
lebih menarik.



“Wanita yang mempunyai kehidupan seks 
yang baik dan bahagia akan lebih cenderung 
untuk menghiasi diri”


Rajin-rajinlah peluk isteri anda sekalian.... :)


Ok! Yang ni hanya bagi mereka yang telah menerima 

ijab dan qabul. Bukan untuk mereka yang hanya 
'berkahwin' tanpa ada ijab dan qabul.

No comments: