Friday, 8 August 2014

ISRAEL DAN AL-QASSAM: BERTEMU BUKU DENGAN RUAS!!!

AL-QASSAM 'MENGGANAS', ISRAEL 'KETAKUTAN'....


Gambar menunjukkan roket J80  milik Hamas 
meluncur laju ke bandar Tel Aviv.


Semalam pada jam 9 malam (waktu Gaza) 
2 pagi (waktu Malaysia), Al-Qassam 
melancarkan roket terbaru mereka iaitu 
Jaabari 80 (J80) ke arah Israel.



Al-Qassam memberi amaran awal agar Tel 
Aviv bersedia dan mencabar Iron Dome 
milik Israel untuk mematahkan serangan 
mereka.


Roket-roket mula dilancarkan. Siren 
dibunyikan. Masjid-masjid bertakbir 
seperti takbir hari raya. Bunyi letupan 
berlaku di banyak tempat.


Israel panik dan huru-hara apabila Iron 
Dome mereka tidak dapat menghalang 
roket ciptaan terbaru milik Al-Qassam 
itu. 4 letupan kedengaran. 

Ada roket Iron Dome yang jatuh terkena 

mereka sendiri sehingga ada rumah yang 
hancur. Bunkers dipenuhi manusia 
sehingga sesak. Hospital menerima 
pesakit yang sangat ramai.


Malah ada pelancong Amerika yang begitu 
terkejut dengan bunyi siren lalu mati di 
tempat kejadian.


Zionis begitu terkejut dengan kekuatan 
roket terbaru milik Al-Qassam. Kata 
mereka, "Hamas telah melakukan apa 
yang tidak pernah dilakukan negara-
negara Arab selama ini."


Mereka ketakutan.


Kini lapangan terbang Ben Gurion penuh 
sesak dengan warga Israel yang mahu 
segera meninggalkan Israel.


Hamas melaporkan mereka berjaya 
melancarkan 10 buah roket J80. Mereka 
dijangka melancarkan lagi serangan 
selepas ini.


Media Israel melaporkan, sudah 208 
warga Israel yang disahkan cedera 
semenjak awal peperangan.


Sumber berita (Arab) : Shehab, 
Quds News Network, Ghazzah Al-Aan.


*Digalakkan untuk share agar ramai 
tahu cerita ini.-Wan Muhd Usaid

No comments: