Sunday, 10 August 2014

EMMA MAEMBONG YANG PRIHATIN!!!


PALESTIN : Emma Maembong Dikritik Peminat Kerana Sokongan!!!





Rasanya satu dunia dah tahu bahawa bumi Gaza telah dibedil oleh tentera Zionis sejak Isnin yang lalu. Malah, lebih menyedihkan rumah-rumah dan bagunan sudah banyak yang musnah, angka kematian dan kecederaan pun meningkat.



Dek kerana prihatin dengan insiden yang dilalui umat Islam di Gaza, ramai selebriti tanah air yang tampil menyuarakan kata-kata semangat dan doa di laman sosial seperti Facebook, Instagram dan Twitter.


Tetapi, lain pula cerita pelakon jelita Emma Maembong. Foto yang dimuat naik olehnya di laman Instagram telah mengundang perdebatan oleh peminatnya sendiri.



Foto yang dimuat naik oleh Emma



Kalau nak tahu, sekeping foto yang dimuat naik oleh Emma mencetuskan kemarahan pengikutnya yang rata-rata tidak bersetuju dengan kapsyen yang ditulis dalam gambar tersebut.

Melalui kata-kata didalam foto tersebut, Emma seolah-olah mempersoalkan kenapa tiada siapa pun yang peduli apabila setiap satu jam sebanyak 7 umat islam dibunuh tetapi masyarakat lebih bertumpu kepada kekalahan Brazil 1-7 kepada German.

Dek kerana itu, ramai yang menyelar tindakan Emma dan mengatakan pelakon kacukan Melayu – Scotland ini sepatutnya lebih sensitif kerana tidak semestinya prihatin dan doa harus ditunjuk dilaman sosial.




Namun, tak semua yang marah dengan tindakan Emma, ada juga yang berterima kasih atas ingatan yang diberi oleh gadis ini.


Pada kami, mungkin niat Emma baik untuk mengajak kita sama-sama berdoa untuk saudara yang sedang berperang di Gaza, tetapi mungkin ayat tersebut tak kena pada tempatnya.


Betul juga, tak semestinya kita tak berkongsi gambar dilaman sosial bermakna kita tak berdoa dan bersimpati. Betul tak? 



Apapun, kami harap baik Emma mahupun pengikutnya dapat menerima pendapat masing-masing secara terbuka.

No comments: