Sunday 24 August 2014

NAFSU BESAR TENAGA KURANG!!! KUAT STIM TAK NAIK BATANG!!!


Tidak dapat dinafikan Pas bernafsu 

tapi tak mampu lawan PKR, DAP?


Pemimpin, penyokong dan ahli Pas yang 

pro golongan ulama perlu mengakui bahawa 
penguasaan mereka dalam parti itu sudah 
berakhir, bersedialah untuk transformasi 
melalui laungan reformasi yang bakal 
menyaksikan golongan itu sekadar 
'penghias organisasi.'

Kegagalan golongan itu menahan arus kuat 

dalam menentukan pencalonan Menteri 
Besar (MB) Selangor pada mesyuarat 
Jawatankuasa Pas Pusat, kelmarin sudah 
menjadi isyarat awal bahawa Pas kini 
bukan lagi 'milik ahli Pas'.

Sebaliknya Pas ibarat sekadar sebuah parti 

yang segala keputusan harus mendapat 
restu dan kelulusan Parti Keadilan Rakyat 
(PKR) dan DAP. Tanpa izin kedua-dua parti 
itu segala kehendak, kemahuan dan keputusan 
Pas hanyalah ibarat buih di tengah lautan, 
banyak tetapi tidak membawa apa-apa manfaat.

Bayangkanlah, maruah Pas bagaikan diinjak

-injak apabila keputusan parti itu mencalonkan 
dua nama iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan 
Ismail dan Azmin Ali ditolak mentah-mentah 
oleh PKR dan DAP. Sebaliknya Pas dipaksa 
untuk akur dengan kehendak kedua-dua parti 
tersebut yang hanya mahu Wan Azizah sahaja 
dicalonkan.

Perasaan hormat terhadap Pas seolah-olah 

tidak wujud memandangkan cadangan Pas 
diketepikan tidak sampai enam jam selepas 
mereka membuat keputusan dalam satu 
mesyuarat yang menjadi tumpuan seluruh 
negara.

Ketika pemimpin-pemimpin Pas daripada 

golongan bukan ulama mahu penyokong 
serta ahli mereka menghormati keputusan 
parti yang dibuat melalui mesyuarat itu, 
mereka sendiri seolah-olah 'mengkhianati' 
arahan dibuat demi memenuhi nafsu dan 
kehendak politik PKR dan DAP.



Hebat betul pemimpin-pemimpin Pas 
tersebut menunjukkan teladan bagaimana 
hendak menghormati pendirian dan 
keputusan parti.

Sebenarnya, pusingan 'U' yang dibuat oleh 

Pas bukanlah satu kejutan sebaliknya sudah 
dijangka oleh banyak pihak. Sebab itulah 
ramai yang sinis apabila sebelum ini pemimpin-
pemimpin Pas kononnya akan mengikuti 
keputusan Majlis Syura Ulama mengekalkan 
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai MB.

Memang benar, Abdul Khalid sukar dipertahan

kan oleh Pas memandangkan beliau bukan lagi 
ahli PKR tetapi bagaimana dengan Wan Azizah? 
Presiden PKR itu bermati-matian ditolak oleh 
Pas sehingga pada saat-saat akhir pun 
pemimpin Pas dilihat bertegas dengan 
pendirian itu.

Tetapi ketegasan itu sebenarnya hanya 

membuatkan pemimpin-pemimpin PKR 
dan DAP mengukir senyuman. Mereka 
tahu kelemahan Pas dan memahami sejauh 
manakah keberanian pemimpin parti itu.

Sebab itulah, mereka tidak berasa takut 

untuk memberi tekanan kepada pemimpin-
pemimpin Pas supaya membuat keputusan 
segera berhubung kedudukan MB Selangor.

Dan ternyata tekanan itu berjaya, pemimpin-

pemimpin Pas yang sebelum ini begitu 
lantang tidak mahu Wan Azizah, akhirnya 
kehilangan suara dan keberanian untuk 
menyanggah arahan PKR dan DAP.

Keadaan itu memungkinkan Pas dilihat 

sekadar bernafsu untuk melakukan itu dan 
ini tetapi hakikatnya sama sekali tidak 
berkemampuan bagi mencapai kepuasan 
yang mereka inginkan dalam agenda 
politiknya.

Jangan disalahkan golongan ulama dan 

bukan juga kegagalan kepimpinan Datuk 
Seri Abdul Hadi Awang sebagai Presiden 
sebaliknya salahkan seluruh pemimpin, 
penyokong dan ahli Pas kerana gagal 
menyedari bahaya menanti apabila mereka
 menempatkan pemimpin yang dilihat lebih 
cenderung memenuhi agenda PKR dan DAP.

Abdul Hadi sudah menunjukkan ketegasan

nya apabila semalam menegaskan, Pas 
tetap mencalonkan dua nama dan bukan 
satu nama seperti mana dikehendaki oleh 
sekutunya.

Akibat peranan segelintir pemimpin kumpulan 

bukan ulama, Pas dalam pakatan pembangkang 
bukanlah 'tuan' apatah lagi pencatur perjalanan 
politik gabungan itu, sebaliknya Pas hanyalah 
'hamba politik' yang perlu akur dengan apa juga 
kehendak dan kemahuan politik PKR dan DAP.



Kesanggupan dan kesediaan Pas untuk setia 
bersama pakatan pembangkang berikutan 
tekanan segelintir pemimpin bukan ulama 
membuktikan parti itu sudah tiada lagi jati 
diri, Pas tidak lagi memiliki apa-apa kekuatan 
dan Pas juga hilang segala prinsip perjuangan.

Jati diri Pas sudah dirosakkan dengan 
agenda politik PKR dan DAP, kekuatan 
Pas sudah dineutralkan oleh nafsu politik 
PKR dan DAP manakala prinsip perjuangan 
sudah digadaikan kepada kedua-dua parti 
itu demi matlamat mengejar kekuasaan.

Jangan mengharapkan apa-apa lagi 

daripada Pas, usah berbicara soal untuk 
mengajak Pas mempertahankan hak Melayu 
dan usaha dipelawa Pas memartabatkan 
Islam kerana Pas tidak mempunyai 
kemampuan untuk itu semua, Pas hanya ada 
nafsu politik, nafsu mahu berkongsi kuasa 
bersama-sama PKR dan DAP serta nafsu 
mahu menumbangkan Barisan Nasional 
(BN) semata-mata.

Mungkin seperti biasa hujah-hujah seumpama 

ini akan dianggap sebagai usaha untuk 
memecah belahkan pakatan pembangkang, 
tidak mengapa kalau itulah yang hendak 
ditafsirkan oleh pemimpin dan ahli Pas yang 
masih belum lagi membuka mata, hati dan 
fikiran mereka bahawa parti itu hanya sekadar 
`pak turut' dan `lebai malang' dalam pakatan 
pembangkang.

Kepada ahli-ahli Pas terus beristiqamah 

dalam perjuangan parti itu kerana ia amat 
penting bagi memenuhi segala kehendak 
PKR dan DAP. Janganlah membuat tindakan 
dan janganlah membuat desakan mahupun 
bantahan terhadap kedua-dua parti berkenaan 
kerana ia ibarat menghabiskan air liur sahaja.

Lebih baik jika selepas ini apa pun mereka 

hendak cakap, apapun mereka hendak lakukan, 
tanyalah dahulu 'tuan sebenar' politik mereka 
iaitu PKR dan DAP. 

Pemimpin-pemimpin Pas khususnya daripada 
golongan ulama sudah tiada apa-apa lagi 
kekuatan, Majlis Syura Ulama bagaikan 
'pelengkap organisasi'.



Ini memandangkan bukan Pas yang 

menentukan nasib mereka, bukan majlis 
syura yang berhak memastikan Pas tidak 
tergelincir daripada landasan perjuangan 
tetapi segala-gala ada di tangan Majlis 
Presiden Pakatan Rakyat.

Buatlah apa pun keputusan, nyatakan apa 

pun pendirian, akhirnya majlis tersebut akan 
mempunyai kuasa veto untuk memastikan 
Pas akur dengan apa yang diatur oleh PKR 
dan DAP.

Dan selepas ini teruslah bersedia untuk 

membantu kedua-dua parti habis-habisan 
dalam pilihan raya kerana kemenangan 
mereka amat penting bagi membuktikan 
betapa setianya Pas dalam pakatan 
pembangkang.

Malang sekali bagi Pas, sebuah parti yang 

cukup hebat dari segi perjalanan politik, 
begitu 'gah' kerana sejarah penubuhannya 
dicetuskan oleh sekumpulan ulama kini 
sekadar 'pak turut' dalam pakatan 
pembangkang.

Tahniah kepada Pas khususnya segelintir 

pemimpin daripada golongan bukan ulama 
dalam parti itu kerana berjaya melaksanakan 
misi 'Pas untuk semua' dengan begitu hebat 
sekali. Ini memandang sudah terbukti Pas 
mampu melaksanakan misi 'untuk semua' 
kemahuan politik PKR dan DAP. 
Hebat!-Zulkiflee Bakar

3 comments:

Anonymous said...

dari dulu lagi pas sudah dilembukan bukannya depa tak tau depa sedar tapi tak bulih buat apa sebab nakkan jumlah undi... niat depa hanya nak jatuhkan umno pas cukup benci ngan umno pati islam yang dipimpin oleh orang melayu itu saja

Unknown said...

KHASIAT BUAH TUNJUK LANGIT

Swietenia Atau pun dipanggil buah tunjuk langit merupakan genus pokok dari keluarga chinaberry, Meliaceae. Genus ini dinamakan sempena nama seorang doktor Austria - Belanda Gerard van Swieten (1700-1772).

3 BAHAN AKTIF PENTING

FLAVONOIDS daripada kandungan khasiat buah tunjuk langit semakin terkenal di kalangan para saintis dunia dengan keupayaannya meninggikan dan meningkatkan taraf kesihatan manusia. Ia terdapat di dalam pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan dan buah-buahan termasuk tumbuhan herba yang dikenali ramai iaitu Ginkgo biloba dan Eurycoma longifolia (Tongkat Ali). Bahan Flavonoids yang tinggi di dalam buah Mahogany mengandungi bahan enzim semulajadi yang dapat merangsang pembukaan pembuluh darah bagi melancarkan perjalanan darah ke seluruh badan serta membekalkan nutrisi dan oksigen lalu bertindak sebagai enzim anti- pengoksidaan.

SAPONINS adalah enzim semulajadi yang wujud di dalam khasiat buah tunjuk langit seperti sabun atau pelincir yang membantu melicinkan perjalanan darah keseluruh tubuh badan. Saponins di dalam buah Mahogany dapat mengurangkan lemak dan kolesterol pada dinding saluran darah bagi melancarkan perjalanan darah. Keadaan ini akan membantu menguatkan fungsi jantung di mana peningkatan sistem imuniti dan pengurangan tahap pembekuan gula dalam darah akan berlaku. Kandungan bahan Saponins yang tinggi ini juga boleh didapati di dalam makanan herba yang disanjungi dunia iaitu herba Ginseng Panax.

BITTER ALKALOIDS di dalam Buah Tunjuk Langit ada unsur organic yang mempunyai sifat perubatan semulajadi. Buah ini adalah amat pahit jika dimakan begitu sahaja. Rasanya pahit adalah disebabkan oleh kandungan bitter alkaloids yang tinggi di mana ia membuatkan darah di dalam badan berasa pahit dan membantutkan pertumbuhan pelbagai jenis virus dan bakteria yang menjadi penyebab utama kepada pelbagai jenis penyakit. Ini akan membantu pembinaan secara matang sel-sel darah putih di dalam tubuh manusia untuk memperkukuhkan sistem imunisasi tubuh badan bagi menghalang dari serangan organisma-organisma yang tidak baik.

Fungsi-Fungsi Utama Flavonoids

Mengurangkan tahap gula dalam darah
Menyeimbangi kandungan gula dalam darah
Memperbaiki kelancaran peredaran darah
Menyingkirkan redikal bebas dalam tubuh badan
Memperbesarkan dan menguatkan keanjalan saluran darah
Mengurangkan kandungan kolestrol yang tidak baik di dalam darah

Fungsi-Fungsi Utama Saponins
Mempertingkatkan daya tubuh badan (daya imuniti)
Merangsangkan perembesan insulin dari pankrias
Mempertingkatkan fungsi pembinaan darah
Menangani kekejangan otot di dalam saluran pernafasan
Melancarkan sistem saluran pernafasan
Mempertingkatkan daya penghasilan sperma kaum lelaki
Memperbaiki sistem peredaran darah
Menyah toksid dalam badan (detoksifikasi)
Mengelakkan kemabukan dan keracunan
Mententeramkan fikiran dan otak

Unknown said...

Salam...Sy ada menjual buah tunjuk langit gred A..sekitar 250 biji sehinga 300 biji sebungkus harga cuma rm30....cepat dan pantas sy hantar guna kan pos laju.call or msg sy xpun wasap sy kt 0174687570(mohd zuhairi)

Kebaikan buah tunjuk langit terlalu banyak...melancarkan darah...buang angin..pulih kn tenaga batin untuk lelaki..meningkatkan tenaga dan mencergaskan badan bagi lelaki dan wanita yang berumur berkesan lebih hebat berbanding tongkat ali...mencuci buah pingang..kurangkn kolestrol..menurunkan darah tingi..buah ini selamat di makan...rahsia rahsia orang terdahulu untuk kekal sihat..berasal dari pohon mahogany di dalam hutan

Buah tunjuk langit mempunyai nilai perubatan yang tinggi, disahkan melalui kajian saintifik oleh ahli Biokimia Amerika, Dr Larry Brookes (1996). Kebelakangan ini ia telah digunakan oleh pakar perubatan dan doktor dalam bidang perubatan dan diiktiraf sebagai antara makanan kesihatan terbaik.

Buah yg sy jual adalah asli...bukan pil bukan kapsul tapi dalam bntuk biji2 kuaci mahogany....sehari cukup sebiji untuk kesihatan.sesiapa pun boleh amal kan...
Keluaran sy adalah asli..nama syarikat sy JUTAWAN HERBS NO PENDAfTARAN SYARIKAT SAYA PG 0346818-W NAMA PEMILIK MOHD ZUHAIRI BIN NOORDIN