Wednesday 20 August 2014

BETUL KE BOHONG UMNO MENTIPU PAS???

TUN M DEDAH KESAH SEBENAR!!!


1. Nik Aziz dilapor telah menjelaskan kenapa PAS tidak boleh 
bersama UMNO dalam usaha untuk menyatupadu orang Melayu. 
Katanya PAS telah ditipu oleh UMNO semasa PAS berada dalam 
Barisan Nasional. Bagaimana UMNO menipu PAS tidak dijelaskan 
dengan terang.

2. Saya berada sebagai menteri dalam kabinet Tun Hussein di waktu 
mana PAS keluar dari Barisan Nasional. Saya juga ada dalam kabinet 
Tun Razak bersama Dato Asri Muda dan Hassan Adli semasa PAS 
menyertai Barisan Nasional.

3. Dato Asri diberi jawatan Menteri Tanah dan Galian. Ini bermakna 
dia bertanggung jawab terhadap FELDA.

4. Setelah beberapa bulan PAS berada dalam Barisan Nasional 
ahli-ahli UMNO Johor membuat komplen kepada Tun Razak dalam 
majlis makan malam dikediaman Tun sempena mesyuarat agong 
UMNO bahawa Dato Asri giat mempromosikan PAS di kalangan 
peserta FELDA. Saya berada di sisi Tun pada ketika itu.

5. Secara kebetulan hampir semua peserta FELDA terdiri daripada 
penyokong kuat UMNO. Selepas Dato Asri bertanggungjawab keatas 
FELDA, hampir semua peserta FELDA menjadi penyokong kuat PAS 
dan menolak UMNO.

6. Ahli-ahli UMNO di seluruh negara berpendapat bahawa penyertaan 
PAS dalam Barisan Nasional tidak menolong Barisan Nasional. Ia hanya 
untuk memberi peluang kepada PAS mengembangkan pengaruh di 
kalangan ahli UMNO dan orang Melayu.

7. Di waktu itu timbul sengketa antara Dato Asri sebagai ketua PAS 
dengan Dato Mohd Nasir yang sebagai Menteri Besar untuk ganti 
Dato Asri. Dato Mohd Nasir mendakwa dia telah kesan banyak 
penyelewengan yang dilakukan oleh Dato Asri semasa dia menjadi 
Menteri Besar Kelantan.

8. Dato Asri cuba menyingkir Dato Mohd Nasir melalui undi tidak 
percaya. Walaupun kalah Dato Mohd Nasir enggan meletak jawatan.

9. Ramai ahli PAS memihak kepada Dato Mohd Nasir. Mereka 
mengadakan tunjuk perasaan secara besar-besaran menentang 
Dato Asri.

10. Kerana PAS berpecah Kerajaan Barisan Nasional Kelantan tidak 
dapat berfungsi. Darurat terpaksa diisytihar dan seorang pegawai 
kanan dilantik untuk memangku jawatan Ketua Pentadbir Kelantan.

11. Pada Mac 1978, pilihanraya peringkat negeri diadakan di 
Kelantan. Dato Mohd Nasir menubuh parti Berjasa yang 
bertanding melawan PAS. Sokongan kepada Berjasa begitu 
kuat sehingga ia memenangi 11 kerusi. PAS memenangi 
hanya 2 kerusi.

12. Perpecahan dalam PAS bukan kerana UMNO tetapi kerana 
Dato Mohd Nasir mencabar kepimpinan Dato Asri. Kekalahan 
PAS menyebabkan PAS keluar dari Barisan Nasional. 
Tidak ada penipuan oleh UMNO.

13. Walau apapun yang terjadi dahulu, jika seruan dibuat supaya 
berdamai orang Islam disuruh oleh agama Islam supaya menyambut 
seruan kedamaian dari musuh. 

Orang Islam disuruh bersatupadu, menganggap semua orang Islam 
sebagai saudara. Penolakan perpaduan sesama orang Islam tidak 
menepati ajaran Islam. Janganlah orang Islam menolak usaha 
menyatupadu untuk memperkuatkan orang Islam dengan membuat 
tuduhan yang tidak berasas.

Tun Dr. Mahathir Mohamad
Mantan Perdana Menteri Malaysia
-JiwaParadoox

1 comment:

Anonymous said...

Umno Pembohong kini dan selamanya.Rakyat dikenakan dan Janji capati.