Monday, 25 August 2014

Wabak "Selfie Alat Sulit" Dah Jadi Macam Virus Ebola Pulak!!!

Wabak "Selfie Alat Sulit" Mula Di Jepun???


Gemar memuat naik gambar berselfie, mari 
kita lihat siapakah gerangan selebriti yang 
layak digelar ratu selfie.


Semakin ramai anak muda termasuk golongan 
selebriti yang tidak ketinggalan memuat naik 
gambar mereka berselfie di laman sosial seperti 
Twitter, Facebook dan Instagram masing-masing.


Menurut Oxford Dictionaries, perkataan 'selfie' ini 
merupakan perkataan yang kerap digunakan sejak 
tahun lepas dan penggunaan istilah tersebut 
dikatakan mencapai lebih 17,000 peratus sejak 
beberapa bulan yang lalu.


Selfie membawa maksud gambar diri sendiri 
yang diambil menggunakan telefon pintar, tablet 
mahupun webcam dan dimuat naik ke dalam 
laman web.

Terbaru, fenomena mengambil gambar sendiri 
bersama sanak saudara mahupun rakan taulan 
telah diperhebatkan lagi dengan kemunculan 
'monopod' iaitu tempat meletakkan telefon bimbit 
yang boleh dilaraskan jarak objeknya daripada 
lensa.


            Selfie Lisa Surihani



Laman media sosial sangat membantu 
mempopularkan perkataan tersebut dengan 
menggunakan 'hashtag selfie' (#selfie) oleh 
pengguna laman sosial berkenaan termasuk 
para selebriti tanah air.


JEPUN makin pelik dan menjelikkan.


Artis wanita Jepun, Megumi Igarashi, ditangkap 
polis setelah membuat selfie alat sulitnya. Imej 
tersebut yang sesuai untuk cetakan 3D dan dia 
menghantar maklumat mengenainya kepada 30 
orang yang sanggup membantu membiayai 
ciptaannya, kayak berbentuk seperti faraj. 


Polis mendakwa Megumi telah melanggar undang-
undang antipornografi. Megumi dikatakan telah 
mengaut hampir 6,000 pound untuk "karyanya" itu. 


Megumi Igarashi yang mempunyai nama samaran 
Rokudenashiko itu berkata, dia yakin data tiga 
dimensi alat sulitnya itu bukan satu perbuatan 
lucah, dan dia tak menerima wang untuk foto 
selfie itu. 



"Saya membuat karya seni menggunakan faraj 
saya yang saya sebut dengan kata Manko," ujar 
Megarashi. Saya fikir sungguh menarik boleh 
menghiasi faraj saya dan menggunakannya 
sebagai diorama. Namun, saya terkejut kerana 
ramai orang marah dengan karya saya, atau 
kerana saya menyebutnya Manko," tambah dia.


Megumi menambah, dia tidak mengerti mengapa 
masyarakat Jepun menganggap penggambaran 
atau penyebutan alat vital adalah hal tabu. 


Padahal, lanjut Megumi, alat kelamin lelaki atau 
zakar dengan bebas digunakan sebagai ilustrasi 
dan sudah menjadi sebahagian budaya pop Jepun.

Uweeeekkkk....bodoh-alyabising2.

No comments: