Menceritakan tentang Rasulullah SAW,makhluk yang sangat dicintai dalam hati kamu.Seagung-agung makhluk yang dicintai daripada ciptaan ALLAH semuanya.
Ketika kamu mendengar nama “Muhammad”,apakah yang dilakukan oleh hati kamu terhadap nama ini?
Apakah yang dilakukan oleh hati kamu terhadap nama ini??
Apakah yang menyentuh hati kamu?
Saidina Bilal bin Rabbah ketika berpindahnya Baginda SAW kepada rafiqul ‘ala..Kisah ini di “hassan” kan oleh sebahagian ahli huffaz hadis.Setelah mana berpindahnya Baginda SAW kepada rafiqul ‘ala,beliau tidak mampu lagi menetap di Madinah.
Kerana kesemuanya disitu mengingatkan Bilal pada peristiwa-peristiwa yang berlaku bersama Baginda SAW,lantas dia berpindah ke tanah Syam,ke negeri yang penuh suci lagi berkat kerana pernah didoakan Nabi SAW.Beliau berpindah ke “Daraya” dekat dengan Damsyik dan berkahwin di sana.

Kemudian beliau terjaga pada suatu hari dalam keadaan menangis.Bertanya isterinya “Apakah yang membuatkan dikau menangis?”
Beliau menjawab “Aku bermimpi melihat Rasulullah SAW malam tadi..”
Adakah memberi makna bagi kamu ketika mendengar kata-kata : “Aku bermimpi melihat Rasulullah SAW”??
Beliau menjawab “Aku bermimpi melihat Rasulullah SAW malam tadi..”
Adakah memberi makna bagi kamu ketika mendengar kata-kata : “Aku bermimpi melihat Rasulullah SAW”??
Adakah tergerak dihati kamu kerinduan untuk melihatnya?
Baginda SAW bersabda seperti yang telah disebut dalam sohih bukhari dan muslim."Barangsiapa melihatku didalam mimpi,sesungguhnya dia melihatku sebenar-benarnya”.
Tidaklah baginda bersabda demikian melainkan hanya untuk menggerakkan hati kamu kerinduan terhadapnya.
"Aku bermimpi semalam melihat Rasulullah SAW bersabda :"Wahai Bilal,apakah keasingan ini?tidakkah sekarang ini waktu untuk kamu menziarahi aku?”
Keluar Bilal menziarahi Kota Madinah.

Pada kisah ini ada penceritaan yang agung diantaranya :
Ketika tibanya di Madinah lantas beliau menangis dengan tangisan yang tak dapat dibendung.Saidina Abu Bakar As Siddiq r.a.h bertemunya berkata :
“Wahai Bilal,mengapa kamu tidak kamu melaungkan azan bagi kami seperti mana azankan bagi Rasulullah SAW suatu ketika dahulu?"
Bilal berkata :"Maafkan aku wahai khalifah Rasulullah SAW,demi ALLAH aku tak mampu melaungkan azan di Kota Madinah ini selepas kewafatan Baginda.
Kerana dahulu setelah aku selesai azan,aku terus menuju ke bilik Rasulullah SAW dan berkata :"Solat ya Rasulullah SAW”..dan sekarang macam mana pula hendak aku berkata sedemikian..”

Saidina Umar r.a.h pun juga begitu..Kemudian bertemu Saidina Hasan dan Hussain.
Salah seorangnya berumur 8 dan seorang lagi berumur 7 tahun.Ketua pemuda ahli syurga.Bilal memeluk kedua mereka dan menangis.
Tercium pada kedua mereka wangian milik atuk mereka SAW.Saidina Hasan dan Hussain meminta Bilal untuk melaungkan azan.Beliau tidak mampu menolak permintaan kedua mereka dan terus beliau naik ketempat yang pernah beliau berdiri azan ketika zaman Rasulullah SAW.

Ketika beliau azan “ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR”,terkejut penduduk Kota Madinah.
“ALLAHU AKHBAR ALLAHU AKHBAR” berteriak manusia di rumah “Adakah diutuskan semula Rasulullah SAW?”
Mereka teringat suara azan ini ketika hidupnya Baginda SAW suatu ketika dahulu.
“ASYHADU AN LA ILAHA ILLA ALLAH” keluar semua lelaki dari rumah mereka.Keluar mereka dari pasar-pasar mereka.
“ASYHADU AN LA ILAHA ILLA ALLAH” keluar wanita dari rumah-rumah mereka.Lelaki dan wanita semua keluar ke lorong-lorong Kota Madinah berteriak : “Adakah diutuskan semula Rasulullah?”
“Adakah diutuskan semula Rasulullah?”
Ketika mana sampainya azan Bilal kepada “ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH” terasa kesedihan yang sayu,beliau tidak mampu menyempurnakan azannya.
Lantas turun dari tempat azannya.Berkata perawi kisah..Madinah tidak pernah kelihatan sedih sayu begitu selepas kewafatan Baginda melainkan pada hari Bilal melaungkan azan “ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH”.
Kisah ini disebut semula,agar kita rasai sedalam-dalamnya kalimah “AKU BERSAKSI BAHAWA MUHAMMAD ITU RASULULLAH”
Jika tidak ada Baginda,tidaklah kamu mengenali azan dan juga tidaklah kamu mengenali solat.Juga kamu tidak mengenali “LA ILAHA ILLA ALLAH” dan tidak sempurna keimanan seseorang itu sehingga menjadikan Baginda orang yang sangat dicintai dari dirinya.
"Tidak sempurna iman seseorang kamu sehingga menjadikan aku (Rasulullah) orang yang sangat dicintai dari dirinya.Dan telah ALLAH jadikan kecintaan padaNYA bersangkut paut dengan kecintaan terhadap Baginda SAW.
Tidak ALLAH jadikan kecintaan padaNYA bersangkut paut dengan kecintaan terhadap makhlukNYA.Melainkan hanya dengan Saidina Muhammad SAW.

“Katakanlah jika kamu benar-benar mencintai ALLAH maka ikutilah aku (Rasulullah)..” surah ali imran :31
Dan hasil dari mencintai Rasulullah,ALLAH akan mencintai kamu.Tidak cukup hanya sekadar kamu mencintai ALLAH.Bahkan menjadi kecintaan pada ALLAH itu menyebabkan lahirnya kecintaan terhadap Baginda SAW.
Bagaimana kamu mendengar azan suara azan lima kali sehari pada setiap hari berulang kali menyebut “ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH”.
Bagaimana kamu mendengar azan suara azan lima kali sehari pada setiap hari berulang kali menyebut “ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH”.
Kamu tahu menyahutnya “ASYHADU ANNA MUHAMMAD RASULULLAH” selepas azan itu sunnah.Adakah dengan hati yang hadir,dengan hati yang sentiasa berhubung dengan Baginda SAW yang mulia ini?
Dengan kekasih yang dicintai ini Rasulullah SAW?
Kamu tahu menyebut “kami redha dengan ALLAH sebagai tuhan yang telah menghantarkan kepada kami Rasul Muhammad SAW.Kamu tahu menyebut “kami redha dengan ALLAH sebagai tuhan dan kami redha dengan saidina Muhammad sebagai Nabi.Dan kami redha dengan Islam sebagai agama”.
(Terjemahan majlis ilmu kalam Syeikh al Habib Ali al Jufri)
1 comment:
Bilal bin Rabbah bukan setakat mencintai Rasulullah SAW. Malah dia beriman dengan ISLAM SEBENAR yang diwahyukan.
Bukan Islam sekerat2 memilih hukum yang sesuai dengan zaman...
Post a Comment