Monday, 11 August 2014

NYAWA DAP DIHUJUNG JARI PAS!!! BAHAYANYA PARTI BILA ANAK BERANAK LEBIH SUDU DARI KUAH!!!





Khalid Ibrahim, PKR dengan tergopoh-gapah sudah pun memecat beliau baru-baru ini.


Insiden gopoh berulang ,dulu PAS yang melakukan tindakan tersebut dengan memecat Hasan Ali kini PKR pula memecat Khalid Ibrahim.


PAS dan PKR sudah pun sampai ke tahap itu. Tunggulah pula akan tiba harinya bila mana dinasti Lim anak beranak akan dinyahkan daripada parti DAP.Malahan gerakan itu dikhabarkan sudah pun bermula cuma menanti masa yang sesuai.


Kata mereka puak-puak Lim tu bukan boleh harap sangat ,lebih teruk dari Hitler .. kalau benda ni bocor maunya habis semua yang kita pelan rosak.Tak nafi anak beranak Lim punya sokongan tetapi kita juga punya sokongan malah mungkin jauh lebih besar kerana ia melibatkan akar umbi di seluruh negara.


Itu antara ayat-ayat hasil daripada cakap-cakap akar umbi Dap.


Satu perkembangan yang menarik untuk dikupaskan.


Berdasarkan cakap-cakap itu ,sedikit sebanyak ada kebenarannya memandangkan isu pemilihan CEC yang masih belum selesai ditambah pula dengan insiden beberapa pemimpin DAP yang sememangnya kini sudah hilang rasa hormat terhadap pucuk pimpinan parti memungkinkan gerakan seperti itu sedang atau bakal berlaku.


Tindakan yang diambil oleh parti DAP terhadap beberapa pemimpin mereka sendiri tanpa alasan dan tuduhan yang diragui juga dilihat antara sebab akar umbi DAP kini mahu orang lain yang menerajui DAP.


Jangan lupa juga tentang suara-suara sumbang dan tindakan memboikot calon DAP di Teluk Intan sehingga menyebabkan Dyana Sofya yang ditatang begitu hebat oleh anak beranak Lim ini TEWAS.


Hanya yang buta dan tuli sahaja tidak nampak kepincangan yang sedang berlaku dalam DAP kini dan kerana itulah anak beranak Lim dilihat cukup kelam-kabut dalam isu Menteri Besar Selangor sedangkan hakikatnya ia melibatkan parti PKR.


Ya..DAP juga ada peranan dalam Pakatan Haprak tetapi kenapa perlu kalut sangat sampaikan bagi amaran kepada mana-mana parti dalam PR jangan sesekali menarik Khalid untuk menyertai parti mereka dan menangguk di air keruh.


Terang lagi jelas walaupun cuba berselindung DAP membuat kenyataan itu terhadap parti PAS yang kini sudah menyebabkan Lim anak beranak tidak senang duduk.

Kenapa ? Kerana anak beranak Lim tahu jika semua itu berlaku dan PAS keluar dari Pakatan Haprak , nyawa DAPlah yang mula-mula sekali akan melayang !!!

MMI

No comments: