Wednesday, 13 August 2014

ORANG LUAR SELANGOR YANG MENYIBUK LEBIH-LEBIH SANGAT NI APA HAL???



ANWAR MENGAMUK! LU SAPA? JAGA PERMATANG PAUH LAGI BAIK!!!





Wakil PAS tidak hadir dalam mesyuarat 
tergempar Pakatan Rakyat (PR) di ibu 
pejabat PKR malam semalam bagi 
membincangkan krisis menteri besar
 Selangor.


Menurut Mstar mesyuarat itu diadakan 
berikutan keputusan mengejutkan Tan 
Sri Abdul Khalid Ibrahim yang memecat 
enam exco kerajaan negeri seperti yang
 diumumkan petang Selasa.


“Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar 
Ibrahim dan Presiden parti itu, Datuk 
Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah 
terawal hadir ke Ibu Pejabat PKR, kira-
kira pukul 7.55 malam.


“Pemimpin lain yang menyusul termasuk 
Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha 
Agung DAP, Lim Guan Eng dan Naib 
Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali,” 
lapor portal itu.


Difahamkan satu sidang media akan 
diadakan pada pukul 8.30 malam tetapi 
sehingga kini mesyuarat masih lagi 
berlangsung.


Dalam sidang media selepas itu, Anwar 
yang kelihatan tidak ceria meminta
 meminta empat Exco PAS supaya 
memboikot mesyuarat Majlis Kerajaan 
Negeri (exco) yang dijadualkan esok
 untuk membuktikan kesetiaan parti
 itu terhadap PR.


“Jika PAS setia bersama pakatan 
pembangkang, mereka harus menunjukkan 
sikap protes atau memboikot mesyuarat Exco
 pagi esok,” katanya pada sidang media 
tergempar itu yang dihadiri Ketua Parlimen DAP, 
Lim Kit Siang; Setiausaha Agung DAP, Lim Guan 
Eng; Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali 
dan lima daripada enam Exco yang dipecat,
 lapor MalaysiaGazette.


The Malaysian Insider pula memetik kenyataan 
Guan Eng yang mengkrtik Khalid berkaitan 
dengan pemecatan 6 Exco Selangor itu.

“Apabila surat pemecatan ini dihantar, DAP dan 
PKR tidak boleh menerima pemecatan ini kerana 
ia tidak adil dan boleh dipertikaikan daripada 
segi undang-undang,” katanya.


Menurutnya, tindakan Khalid itu tidak beretika 
serta tidak menghormati prinsip dan semangat 
demokrasi.


“Pemecatan ini adalah tidak beretika dan tidak
 menghormati prinsip serta semangat demokrasi.

“Ia membelakangi mandat rakyat yang diberi 
kepada Pakatan,” katanya.


Selain itu, Guan Eng turut mengungkit Khalid 
diangkat menjadi menteri besar Selangor sebelum
 ini hasil sokongan tiga parti komponen dalam PR.

“Khalid perlu ingat beliau jadi MB daripada Pakatan, 
beliau bukan MB sebab namanya Khalid kerana
 mewakili Pakatan Rakyat,” katanya lagi.


Siang tadi, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dalam 
kenyataan medianya berkata PR sepatutnya 
mendahului apa yang akan berlaku dalam 
tempoh 24 jam akan datang dan bukannya 
menunggu keputusan mesyuarat PAS pada 
pada 17 Ogos ini.


“Pemimpin-pemimpin pakatan pembangkang 
mesti bertindak pantas dan tepat serta tidak 
ketinggalan dalam mengikuti perkembangan
 krisis Menteri Besar Selangor kerana masa 
adalah amat penting.


“Jangan biarkan apa yang bakal berlaku dalam 
masa 24 jam ini mendahului mesyuarat AJK Pas 
Pusat pada 17 Ogos sekali gus menentukan 
kelangsungan pakatan pembangkang,” katanya

Kit Siang tidak menolak kemungkinan berlakunya 
pembubaran Pakatan adalah disebabkan oleh 
kenyataan tertentu yang dibuat oleh Timbalan 
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.


“Ini adalah sebabnya Muhyiddin sangat pantas 
mengisytiharkan sokongan tidak bersyarat 12 
Adun Umno-Barisan Nasional kepada Khalid 
untuk kekal sebagai menteri besar,” katanya


Muhyiddin pada Isnin telah bahawa wakil rakyat 
Barisan Nasional Selangor akan menyokong Khalid 
sekiranya usul tidak percaya dibentangkan di 
Dewan Undangan Negeri.


Kit Siang berkata, kempen itu akan mendapat 
kekuatan dengan sokongan terbuka sesetengah 
pihak untuk mewujudkan “kerajaan perpaduan”
 UMNO-PAS.

“Kempen ini mula mendapat kekuatan dengan 
sokongan terbuka setengah pihak yang menyokong
 ‘kerajaan perpaduan’ walaupun berselindung 
disebalik terminologi konsensus nasional” 
katanya.


Gesaan sama turut dibuat oleh anaknya, Guan Eng 
dalam kenyataan media hari ini yang mendesak PAS 
agar tidak menangguhkan keputusannya dan harus 
mengisytiharkan sama ada parti itu bersama PR 
atau bersama UMNO untuk mendukung Khalid.

Katanya, dengan terus menangguhkan menyatakan 
pendiriannya, ia seolah-olah tidak mengambil kira
 tanggungjawab terhadap mandat rakyat Selangor
 yang memberikan PAS sebanyak 15 kerusi Dewan 
Undangan Negeri dalam pilihan raya umum lalu.


Guan Eng berkata jika PAS menyebelahi Khalid dan 
bukannya Presiden PKR, Wan Azizah , tindakan itu 
akan mendorong ke arah perpecahan Pakatan.

“Jika PAS enggan merestui pertukaran menteri 
besar Selangor, dengan menggantikan Khalid 
dengan pilihan PKR Wan Azizah, ia akan segera 
memecahkan dan menamatkan Pakatan, 
di Selangor dan di peringkat nasional,” katanya, 
dilaporkan Malaysiakini.


Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
 dilaporkan Bernama berkata partinya belum 
berhasrat untuk membuat sebarang kenyataan
 berhubung isu Menteri Besar Selangor, sehingga 
beliau menghadiri mesyuarat Jawatankuasa
 Kerja PAS Pusat, Ahad ini.
Kenyataan itu dibuat oleh Setiausaha Khas 
kepada Presiden PAS Zaihan Mohd Daud dalam 
satu kenyataan kepada media hari ini.


Semalam, Malaysiakini turut melaporkan Anwar 
terkedu sejurus selepas Khalid memberitahu 
bahawa Sultan Selangor berpuas hati dengan 
penjelasannya bahawa beliau masih mendapat 
sokongan majoriti dalam Dewan Undangan 
Negeri.
Dalam reaksi segeranya di Twitter, Anwar 
menjawab tweet sebuah portal berita yang 
melaporkan perkembangan itu, hanya dengan 
menulis dua tanda soal “??”.


Menjawab soalan sultan, Khalid menjelaskan, 
di sebalik pemecatannya daripada PKR, beliau 
masih memperoleh kepercayaan majoriti 
anggota dewan negeri.
Justeru, kata Khalid, sultan berpuas hati dengan 
penjelasan yang dipersembahkan dan selanjutnya 
memperkenannya terus memegang jawatan 
menteri besar.



No comments: