Saturday, 16 August 2014

INGATKAN FAUZIAH THORON YANG TENTANG PROJEK STURGEON KERAJAAN!!! RUPA-RUPANYA AHLI PARLIMEN KERAJAAN SENDIRI!!!

Cukuplah Pemimpin Jerantut Sabotaj Projek Sturgeon Di Kuala Tahan Jangan Jadi Bodoh Dan Gila!


DS NAJIB SEHARUSNYA SIASAT DAN PANTAU SIKAP MP BN YANG JADI DALANG KEPADA PENENTANGAN TERHADAP PROJEK KERAJAAN!

TINDAKAN TIDAK BERETIKA INI SEHARUSNYA DIBENDUNG!

BIAR NGO,ATAU ORANG AWAM YANG TENTANG, TAK APA.TAK ADA MASALAH!

BIAR MP PEMBANGKANG YANG TENTANG,TAK APA SEBAB MEMANG KERJA PEMBANGKANG ASYIK BANGKANG AJE!!!

MP KUANTAN FAUZIAH SALLEH TENTANG PROJEK LYNAS ADALAH WAJAR KERANA DIA PEMBANGKANG!

LYNAS TETAP JALAN.SETAKAT NI BELUM ADA LAGI YANG MATI KERANA LYNAS!

IRONISNYA,PROJEK STURGEON ILHAM KEPIMPINAN BN DI TENTANG SENDIRI OLEH MP BN! JIWA PEMBANGKANG ADA DALAM TUBUH BN!


BACA LEBIH LANJUT LAGI  DALAM BLOG WZWH!!!

Photo: Satu kejutan akan berlaku mengenai projek ikan sturgeon dalam beberapa hari lagi..itulah apa yg diperkatakan oleh mereka yg membantah projek ikan sturgeon.
Projek Sturgeon Kuala Tahan adalah projek disokong penuh oleh Putrajaya dan Kerajaan Negeri Pahang. Ini usahasama FGV dengan Syarikat Korea bagi menghasilkan ekonomi baru bagi generasi baru peneroka dan kampung tradisional dengan pengeluaran kaviar.

Kerajaan Negeri Pahang meluluskan 50 ekar tanah di Kuala Tahan bagi tujuan projek tersebut. Tapak Caviar Park ini yang digunakan hanya 30 ekar di Sungai Tabong. Oleh kerana kontraktor Korea sedang membersih dan clear kawasan maka pokok-pokok hutan tertentu telah diberi kebenaran oleh Jabatan Hutan Pahang.

Untuk pengetahuan pembaca blog WZWH tapak Caviar Park ini dan reservenya BUKAN dalam kawasan Taman Negara. Ianya terletak di seberang Sungai Tembeling belah kanan mudik. Ianya dalam kategori KSAS- kawasan sensitif  alam sekitar.

Bawah 50 ekar kebiasaannya sesuatu projek itu tidak memerlukan EIA Report. Tetapi oleh kerana tapak projek ini di bawah KSAS maka Jabatan Alam Sekitar pada bulan Julai 2014 telah mengarahkan DEIA Report. Itu tiada masalah pihak yang berkenaan sedang menyediakan laporan DEIA.

WZWH ingin menegaskan ini projek kepentingan negara. Kalau ikut jadual PM mahu melancarkan projek ini pada bulan September 2014 nanti.

Malangnya terdapat beberapa pemimpin politik Jerantut yang tidak suka projek ini dijayakan dengan berjaya di Kuala Tahan di DUN Tahan. Bukan itu saja semua projek-projek pembangunan di DUN Tahan telah disabotaj dengan kerjasama media massa bagi memberi perspektif yang negatif kepada rakyat.

Sebagai seorang pemimpin  politik yang diberi tempat dan platform cara kerja terbaik ialah berjumpa dengan Kementerian, dengan Menteri, dengan Pegawai Tinggi Kerajaan, dapatkan sokongan MB, jumpa PM minta peruntukan. 

Beri sebab-sebab ekonomi dan kewangan mengapa sesuatu projek itu baik untuk parlimen dan DUN. Kalau kerajaan ada kekangan kewangan cari alternatif bagaimana untuk mendapatkan dana dan sumber kewangan dengan pelbagai mekanisme.

Bukan dengan cara publisiti murahan dengan media massa dengan kononya tunjuk keperihatinan dan bising. Kalau macam itu semua orang boleh buat kerja itu pergi komplen dan bawa wartawan suruh tulis dalam akhbar.

Apa perasaan Kementerian yang telah, sedang dan akan bertungkus lumus bekerja bagi menjayakan sesuatu projek itu. Tidak perlu bising-bising dan ribut.

Yang penting pemimpin itu boleh meyakinkan pembuat keputusan bawa banyak projek-projek pembangunan di kawasan masing-masing BUKAN dengan pandai komplen projek-projek yang orang lain sudah bawa dengan ikhtiar yang bersungguh.

Yang penting cuba berusaha bersungguh bagaimana mahu menjayakan projek-projek yang pemimpin itu sudah berjanji kepada rakyat terutama semasa musim PRU 13 dulu. Ingat balik apa janji-janji itu!

Cukuplah pemimpin Jerantut sabotaj Projek Sturgeon Di Kuala Tahan jangan jadi bodoh dan gila!

Photo: Nota Bantahan telah diserahkan oleh Pengerusi Persatuan Pengusaha Pelancongan Kuala Tahan, saudara Aki Jalil kepada KSU NRE disaksikan oleh KP Alam Sekitar, KP Perhutanan, Prof Maketab dan saudara Roslan Kassim.

Orang Jerantut tahu siapa-siapa dalam gambar yang membantah Projek Sturgeon Kuala Tahan. Siapa pemimpin Jerantut di belakang yang menyokong semua orang tahu!

Photo: Lagi gambar  di Putrajaya semalam menunjukkan kemarahan masyarakat Orang Asal Bateq terhadap penghinaan oleh ahli politik dan projek merosakkan alam sekitar berhampiran kampung mereka di Kuala Tahan.

Jom kongsi gambar ini supaya kita rakyat Malaysia bersama-sama menolak politik sempit yang menggunakan sentimen perkauman dan mencintai alam sekitar!

Pemimpin Jerantut jangan guna Orang Asal @ Orang Batek Kuala Tahan menggunakan berbagai alasan dan sentimen rekayasa bagi sabotaj Projek Sturgeon Kuala Tahan.

Photo: Kemarahan masyarakat Orang Asal Bateq terhadap penghinaan oleh ahli politik dan projek merosakkan alam sekitar berhampiran kampung mereka tidak dapat ditahan lagi dengan mereka sendiri menghantar 2 wakil ke Putrajaya semalam untuk menyuarakan bantahan. 

Jom kongsi gambar ini supaya kita rakyat Malaysia bersama-sama menolak politik sempit yang menggunakan sentimen perkauman dan mencintai alam sekitar!

Pemimpin Jerantut kalau mahu sabotaj Projek Sturgeon Kuala Tahan jangan hanya bawa dua orang Batek Kuala Tahan. Jangan kedekut bawalah 3 atau 4 buah bas bawa ramai orang Batek Kuala Tahan baru POWER berpiket di Putrajaya.

Cukuplah pemimpin Jerantut sabotaj Projek Sturgeon Kuala Tahan jangan jadi bodoh dan gila.

Berusahalah cari projek-projek pembangunan mengunakan idea-idea sendiri dan bawa banyak peruntukan ke Jerantut.

DS Najib....WZWH mahu tanya ini pemimpin Jerantut mahu diberi bertanding lagi ke PRU 14 nanti???

No comments: