Tuesday, 19 August 2014

Gila Seks Gigit Bibir Wanita Sampai Berdarah!!!





Gara-gara tidak dapat mengawal nafsu 
terhadap wanita yang diminati, seorang 
lelaki melepaskan geram dengan menggigit 
bibir mangsa hingga berdarah dalam satu 
kejadian mencabul.



Namun, lelaki tersebut ditahan selepas mangsa 
membuat laporan polis.



Mangsa seorang kerani pengeluaran 
dan bertugas berseorangan di dalam 
pejabat ketika kejadian itu berlaku.



“Sekitar jam 12.08 pagi , suspek 
memasuki pejabat kilang berkenaan dan 
menyerahkan borang pengeluaran untuk 
disemak oleh mangsa. Tiba-tiba 
suspek bertindak memegang tangan 
mangsa membuatkan dia terkejut.”  


suspek kemudiannya menarik tangan mangsa 
dan memeluknya dari belakang dan dalam 
masa sama, bertindak agresif cuba 
mencium mulutnya.



“Mangsa dikatakan cuba menolak suspek 
dan memaklumkan bibirnya terdapat 
ulser, namun suspek tidak menghiraukan 
sebaliknya terus bertindak rakus. Disebabkan 
terlalu ghairah, suspek dikatakan menggigit 
bibir mangsa hingga berdarah. 


Selepas kejadian itu, mangsa membuat 
laporan kepada penyelianya sebelum 
membuat laporan di Balai Polis. 



Selepas kejadian, mangsa dibawa 
mendapatkan rawatan di sebuah hospital, 
kerana mengalami pendarahan yang 
agak teruk di bahagian bibir.



Suspek dikatakan meminati kerani 
pengeluaran wanita itu sejak mula masuk 
bekerja di kilang itu hampir dua tahun lalu, 
namun mangsa tidak pernah memberi 
sebarang reaksi.



Mangsa yang ditemui bagaimanapun 
enggan mendedahkan identiti dan 
membenarkan kesan kecederaan di bibirnya 
dirakam, kerana malu dengan kejadian itu.



Suspek ditahan 
reman selama 14 hari untuk 
disiasat di bawah Seksyen 354 Kanun 
Keseksaan kerana mencabul.

No comments: