Tuesday 19 August 2014

Susu Kangkang!!!



Macam-macam hal manusia sekarang! 
Pelbagai cara dan usaha digunakan 
untuk meneruskan hidup! Ada cara 
yang berhemah dan ada cara yang tak 
disangka-sangka!!!

Namun kehidupan mesti diteruskan 
demi kelangsungan perjalanan menuju 
kematian.

Kematian dalam kebahagiaan 
mahupun dalam kehinaan!

SUSU KANGKANG!!!

Kumpulan wanita berjubah yang aktif 
mencuri susu di pasar raya di beberapa 
lokasi seluruh negara muncul dengan 
taktik lebih agresif sebelum dicekup polis 
selepas perbuatan mereka dirakam kamera 
litar tertutup (CCTV).

Dalam kejadian di sebuah pasar raya  
lima wanita terbabit dikesan mencuri 
puluhan susu tepung berjenama yang 
bernilai kira-kira RM10,000 dengan cara 
menyorokkan barangan itu di celah 
kangkang mereka.

Melalui rakaman CCTV, mereka yang 
bertudung labuh, berbaju kurung dan 
berjubah dilihat keluar masuk premis 
pasar raya itu sebanyak empat kali dan 
dengan selamba menyorokkan tin serta 
kotak susu yang dicuri di dalam 
pakaian masing-masing.

Pihak pengurusan pasar raya yang 
menyedari perbuatan itu selepas 
melihat rakaman CCTV terus 
membuat laporan polis.

1 comment:

Anonymous said...

Ni tanda rakyat didahulukan.Kos sara hidup tinggi dan gaji rendah,harga sawit dan getah rendah.bukan menyokong perbuatan ini tp cuba selidik kenapa terjadi bergini.