Sunday, 8 February 2015

KEKHALIFAHAN SYAH ALAM AHLUL-BAIT AJAM QURAISY DI TIMUR.





PETA YANG BERTARIKH 1565 INI MEMAPARKAN 
KOTA ISLAM SHAH ALAM SIAM KEDAH AYUTHIA 
SHAHRUN NURI DI BAWAH AJAM AHLUL-BAIT TIMUR 
ZURIAT SYED JAMAL AL-JEFRI  DAN KOTA ISLAM 
CHINA.


Shah Alam bermaksud Raja Dunia dan Shah merupakan bahasa Parsi yang bermaksud Raja yang bertentangan dengan bahasa Arab yang bermaksud Kambing. Gelaran Shah Alam yang mana pada suatu ketika dahulu adalah satu gelaran yang bermaksud ‘Kekhalifahan’ atau ‘Khilafah’ warisan keturunan  DYMM Raja Merong Mahawangsa, pendukung hukum Allah dan ia mula di gunakan oleh keturunan baginda iaitu Sultan Hussain Syah Alam ( 840-881 )  Pemerintah atau Sultan ke 4 dari Kesultanan Kedah Pasai Ma dan penggantinya pula ialah anaknya Sultan Syeikh Abdul Khadir Syah Alam ( 881-903 ) yang berkuturunan junjungan mulia Muhammad saw. di timur. 


Mengenai penceritaan dongeng tentang Raja Kedah iaitu Raja Derbar Phra Ong yang penuh dengan dongeng dan mitos, iaitu kononnya Syeikh Abdullah Yamani yang bersahabat dengan Iblis telah terbang kesana kemari hingga sampai ke istana Raja Hindu di Bukit Meriam. 


Di istana itu mereka telah memasuki kamar tidur si Raja Hindu ini dan Iblis menghidangkan arak untuk di minum oleh Tuan Syeikh. Beliau pun memarahi Iblis kerana berkelakuan demikian dan pertengkaran kecil pun berlaku lantas Iblis merebut tongkat sakti Tuan Syeikh dan terjaga si Raja maka si Raja Kedah pun ternampaklah lembaga Tuan Syeikh. 


Si Syeikh Arab Yaman pun mendakwah Islam kepada Raja Kedah dan dengan itu Raja Hindu Phra Ong (Firaun) pun terus memeluk Islam dan memakai nama Sultan Muzaffar Syah I. Padahal perkataan Syah adalah terlalu asing bagi orang Arab Yaman kerana Syah bermaksud dalam bahasa arab ialah kambing. 


Ini kerana jika benar ia memeluk Islam di tangan ulama Yaman ini ia pasti akan menggunakan nama Sultan Muzaffar sahaja atau al-Malik Muzaffar tanpa menggunakan perkataan Shah kerana Shah bukannya bahasa Arab tapi ianya merupakan  bahasa Parsi dan Shah itu dalam bahasa Arabnya ialah kambing. 


Jadi penggunaan gelaran Sultan Muzaffar Shah sungguh melucukan dan mengaibkan bagi bangsa Arab serta makna Shah Alam pula bermaksud Kambing Dunia.



SETELAH KEKHALIFAHAN BAGHDAD DI KUASAI OLEH 
MUKTAZILAH DAN SYIAH MAKA KEKHALIFAHAN DI TUKAR 
TIMUR YANG KETIKA ITU MAKMUR DI BAWAH KELUARGA 
QURAISY AHLUL-BAIT HASYIMI AJAM DARI SUSUR GALUR 
AL-JEFRI


Kekhalifahan di Timur ini bermula apabila Baghdad mula di kuasai oleh kefahaman Muktazillah dan Syiah seperti di Mesir oleh Mamluk dan Fatimiyyah (909-1171). Kekhalifahan Melayu ini diberi penghormatan istimewa oleh Raja Monggol Turki Usmaniyyah, Maharaja Delhi Moghul Benua Keling dan Maharaja Islam China kerana raja-raja Melayu ini berketurunan Rasulullah s.a.w. dan berdarahkan nabi Allah Iskandar Zulkarnain dari darah cucu cicit DYMM Raja Merong Maha Wangsa. 


Ketokohan keturunan DYMM Merong Maha Wangsa atau bergelar Sultan Mudzafar Shah I terserlah apabila baginda DYMM Merong Maha Wangsa membawa dengan banyaknya barangan dagangan kain sutera China ke Kedah serta kawasan Nusantara lainnya sehingga ke India dan mengislam raja Soka India. 


Barang dagang yang berkapal-kapal banyaknya ke kawasan ini menyebabkan wujudnya Empayar Islam Benua Siam Kedah. Ianya sebuah kerajaan besar maritim yang ada kaitan dengan sejarah Gunung Jerai Merbuk Kedah dan  Ayuthia serta mempunyai kaitan dengan cucu Maharaja Islam China Merong Mahawangsa.seperti yang di buktikan oleh catatan tokoh ilmuan Islam al-Biruni ( 973-1048 ) dengan katanya. 


"Pulau-pulau sebelah timur di lautan ini, yang lebih dekat ke China dari India, adalah pulau Zabaj,... kerana anda boleh mendapatkan banyak emas sebagai wang modal jika anda mencuci hanya sedikit dari bumi negara itu" 


Menurut Abu Zaid al-Sirafi ( 934 ) pula, penyunting Kitab Akhbar China dan Hindi iaitu salah satu  sumber tentang sejarah mengenai India dan China serta Timur Jauh, katanya “Negara Kedah pada suatu ketika dulu di perintah oleh Raja Zabaj”. 


Al-Masudi ( 896-956 ) pula menceritakan"Di lautan Champa (timur Laut China Selatan) adalah tempat kerajaan Maharaja, raja kepulauan, yang berkuasa atas kerajaan tanpa batas dan mempunyai pasukan tak terhitung. Bahkan kapal yang paling cepat pun tidak dapat menghabiskan dalam masa dua tahun melawat mengelilingi pulau-pulau yang berada di bawah kekuasaannya. Wilayah raja ini menghasilkan segala macam rempah-rempah dan aromatik, dan tidak ada kerajaan lain berdaulat di dunia ini sebagaimana kekayaannya yang banyak menguasai tanah."




MAKAM KHALIFAH AMIRUL MUKMININ KOTA STAR 
SULTAN SHEIKH ABDUL KADIR IBNI SULTAN HUSSAIN 
SYAH ALAM 904 MASIHI DARI KESULTANAN KEDAH 
PASAI MA


Penggunaan terminologi Benua ini tidak bermakna Benua Siam Kedah ini sama macam Benua Asia, Eropah atau Amerika yang kita pelajari dalam ilmu geografi. Ini hanya persoalan remeh.Tetapi Benua ini menunjukkan besarnya empayar Siam Kedah dahulu. 


Jadi setelah Kekhalifahan Ahlul-Bait Baghdad di kuasai oleh kefahaman Muktazillah dan Syiah seperti di Mesir oleh Mamluk dan Fatimiyyah(909-1171) serta penguasaan kekuasaan dinasti Bani Buwaih (945 M - 1055 M) dan kekuasaan Bani Seljuk dalam pemerintahan khilafah Abbasiyah pemerintahan Khulafah di pindah ke Timur iaitu ke tangan keluarga al-Jefri Ahlul-Bait Bani Hasyim Quraisy Ajam. 


Mu’tazilah adalah satu aliran yang menyelesaikan berbagai masalah keagamaan dengan menggunakan akal pikiran atau dalil aqliah. Ianya di asaskan oleh Washil bin Atha', hidup pada masa Kekhalifahan Umayyah. 


Mu'tazilah berasal dari kata "i'tazala" (memisahkan) dan fahaman ini di tentang keras oleh Khalifah Harun ar-Rasyid tetapi di di terima pakai semasa Khalifah Abbasiyah al-Ma'mun ( 786-833 ) iaitu selepas berlakunya rampasan kuasa yang memalukan dengan kematian kontroversi Khalifah Amin ar-Rasyid ( 787-
813 ). 


Si Amin ar-Rasyid yang malang ini berkuasa selama 4 tahun 8 bulan. Dan setelah
naiknya Khalifah Ma’mun ar-Rasyid yang terpengaruh dengan Falsafah Barat Yunani sesat ia mula melakukan kezaliman dengan melaksanakan al-Mihnah atau ujian Aqidah di kalangan ulamanya. Ia dibagi kepada empat macam tingkatan:

Pertama, mereka yang menolak tidak dapat lagi diterima kesaksiannya di Pengadilan.

Kedua, mereka diputuskan tunjangan hubungan wang saraan yang diperoleh dari Khalifah.

Ketiga, jika tetap menolak akan di rotan dan dirantai kemudian dimasukkan ke penjara.

Keempat, yang terakhir dari segalanya adalah hukuman ialah Mandotori iaitu mati dengan leher dipancung.

Ramai Ulama yang menolak fahaman sesat ini terpaksa menerima fahaman Mu’tazilah bahkan ianya dijadikan sebagai mazhab resmi negara. Dengan kekuasaan yang dimiliki, Khalifah Makmun ar-Rasyid menghadapi lawan-lawannya dengan cara-cara yang dengan penuh kekerasan. 

Imam Ahmad ibn Hanbal dan Syeikh Muhammad Nuh adalah dari kaum ulama yang bersikap keras tetap menolak fahaman sesat ini. Imam Ahmad ibn Hanbal yang mampu menghafal 700.000 hadits dan mempunyai 30.000 hadits dalam kitab hadisnya yang bernama al-Musnad tidak di hormati Khalifah malah di hina dan di caci maki  serta di seksa oleh Khalifah ini. 

Peristiwa ini di rakamkan oleh seorang ulama bernama Ibnu al-Ashbag, menurut catitannya, "Saya datang menghadiri majlis pengadilan negara yang akan memeriksa perkara hal ehwal Imam Hambali. Dalam majlis pengadilan itu terlihat pedang-pedang telah dihunuskan, tombak-tombak telah ditegakkan, panah-panah telah disiapkan, dan cambuk siap diayunkan untuk menimbulkan kegerunan kepada Imam Hambali. 

Khalifah al-Ma'mun ar-Rasyid lalu duduk di atas kursi yang telah disiapkan di balai persidangan. Imam Hambali dipanggil menghadap kemudian khalifah berkata, “Atas nama saya sebagai kerabat Rasulullah s.a.w. saya akan memukul kamu dengan cambuk sampai kamu membenarkan apa yang telah saya benarkan atau engkau menyatakan seperti apa yang saya katakan. 

"Cambuk dia!" perintah khalifah pada algojo. Sang Algojo segera bertindak tanpa ragu. Imam Hambali diseret lalu dicambuk. Cambukkan pertama tepat mengenai punggung beliau. "Bismillah... " ucap Imam Hambali menahan sakit. Pada cambukan yang kedua beliau mengucapkan kalimah "Laa haula wala quwwata illa billah." Pada cambukan yang ketiga dengan lantang beliau berucap, "al-Qur'an kalamullahi ghairu makhluqin!" maksudnya ‘ al-Quran itu Kalamullah dan bukannya Makhluk’’ . Lalu mendaratlah cambuk yang keempat dan kali ini beliau bahkan sempat membacakan ayat al-Qur’an "Qul lan yushiibanaa illa ma kataballahu lana!"

Ucapan-ucapan Imam Hambali tidak menghentikan cambukan gila sang algojo hingga lebih 20 cambukan menghentam punggungnya. Darah segar pun mengucur dan menitis di lantai. Aku tidak peduli dengan penjara, bagiku penjara dan rumahku sama saja!” ujar Imam Hambali. 

Seorang ulama besar bernama Ishak bin Ibrahim pula berkata “Aku belum pernah melihat seseorang yang berada di depan penguasa di mana ia lebih tegar daripada Imam Ahmad bin Hambal. Kami saat itu di mata penguasa Khalifah hanyalah seperti lalat” . 

Setelah kemangkatan si al-Ma’mun, pemerintahan di ambil alih oleh anaknya Khalifah al-Mu’tashim. Namun demikian, ia tetap berfahaman Muktazilah yang pernah di anuti oleh si al-Ma’mun. Ia tetap menahan dan memenjarakan Ahmad ibn Hambal selama 18 bulan. 

Kemudian Ahmad ibn Hambal dikeluarkan dan dibebaskan untuk di paksa menyampaikan fatwa sesat Khalifah al-Mu’tashim (794–842 ). Kedudukan khalifah selanjutnya dipegang oleh Watsiq (842 – 847) putra al-Mu’tazim. Ia dalam melaksanakan tindakan al-Mihnah itu lebih ketat, bahkan memperlakukan para penentangnya dengan lebih kasar. 

Ahli fiqh Sunni seperti Yusuf ibn Yahya al-Buwaity, Ahmad ibn Nasir dan Naim ibn Hammad adalah termasuk orang-orang yang mati dalam penganiayaan yang dilakukan oleh Khalifah al-Watsiq. Pada zamannyalah Imam Hambali meninggal dunia. 

Selepas dua peristiwa pembunuhan khalifah Amin al-Rasyid dan penyiksaan ke atas ulama-ulama yang muktabar termasuk Imam Hambali di tambah dengan penguasaan pemerintahan orang luar yang asalnya dari hamba-hamba abdi tawanan perang seperti Bani Buwaih dan Bani Seljuk maka tampuk kekhalifahan dari keturunan Abbas r.a telah bertukar ke keturunan Husain r.a di timur iaitu kepada Kesultanan Kedah Pasai Ma. 

Pada tahun 1194 Baghdad yang sudah kehilangan Kekhalifahannya hanya berkuasa di sekitar kota Baghdad sahaja dan pada tahun 1258 - Tentara Monggol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Jutaan penduduknya yang berfahaman Muktazilah di bunuh.



Pemerintahan Baghdad yang telah tua serta nyanyuk ini telah dimusnahkan secara total oleh pemerintahan Monggol Islam iaitu Hulagu Khan ( 1217-1265 ) yang dilabelkan oleh musuh-musuh Allah dan sejarawan barat sebagai kononnya bukan beragama Islam termasuk datuknya Genggis Khan ( 1162-1227 ) juga dari golongan kafir padahal kedua-dua orang ini merupakan panglima Islam yang dijemput khas oleh ulama-ulama Baghdad untuk menghapuskan pengaruh sesat Muktazilah dan Syiah yang berleluasa di kota-kota Islam ketika itu dan kitab-kitab muktazilah serta Syiah di lupus musnahkan.-kedahcyber. 

3 comments:

kampong lad said...

ingin kemukakan soalan:

1. bila candi2 di lembah bujang dibina?
2. duli yang maha mulia - bahasa arab?
3. bani abbas kerabat rasulullah saw (oghang utagha kata adik beradik) tapi bukan ahlul-bait.

t/kasih.

ustaz roslankama said...

bani abbas ada hubungan darah dengan rasulullah saw.yang ada kaitan dengan ahlul bait adalah syed dari hadramaut keturunan hussein dan hassan!

ini bersandarkan kepada hadis nabi yang lalu di hadapan rumah siadina Ali yang mengatakan bahawa penghuni di dalam rumah itu ahlul bait ku!

makanya yan ada dalam rumah itu Ali,Fatimah hassan dan husin!

pemerintah di sebelah timur ini kebanyakannya berketurunan syed husain jamadil kubra,syed abdullah al aydruss azmat khan dari hadramaut jurai saidina husain sebelah jaafar al sadiq.wallahualam!

kampong lad said...

bani abbas adalah keturunan bani hasyim (yes, ada pertalian darah dgn nabi saw), tapi ahlul-bait adalah keturunan rasulullah saw. jadi, bani abbas tak sama dgn ahlul-bait.

ada beberapa hadith lain yg dicatat oleh sunni & syiah (dua2 pihak tidak ada percanggahan kecuali dlm penafsiran) menerangkan & mengesahkan siapa itu ahlul-bait. i believe we are talking about the same thing.

sejarah menceritakan bagaimana bani abbas memperlakukan keatas ahlul-bait selain bani umaiyah yg juga ada pertalian darah dgn nabi saw melalui abd manaf ibn qusai.

btw, any answers to my 1st & 2nd questions? t/kasih.