Wednesday 25 February 2015

APA NI? BUAT JENAYAH JATUH HUKUM HEBOH TAK NAK MENGAKU SALAH!


MINTAK PULAK PENGAMPUNAN DI RAJA? ADA BENDA YANG TAK KENA NI???


Ahli Keluarga Terpaksa Rayu Pengampunan Diraja Atas Kesalahan Liwat Anwar



Keluarga Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 
Selasa mengemukakan petisyen pengampunan 
diraja kepada Yang di-Pertuan Agong terhadap 
sabitan kesalahan kes liwat II Ketua 
Pembangkang itu. 

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) 
Tian Chua berkata petisyen itu telah diserah
kan kepada pihak istana di Istana Negara 
pada kira-kira pukul 3.30 petang ini.


Petisyen telah dikemukakan di bawah peraturan 
113, Peraturan Penjara 2000, katanya ketika 
dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mengikut peraturan itu banduan jika hendak, 
boleh membuat petisyen kepada Yang di-Pertuan 
Agong, Sultan atau Raja atau Yang Dipertua 
Negeri seberapa segera selepas sabitan. 
Kemudiannya selepas tiga tahun dari tarikh 
sabitan dan selepas itu, lat dua tahun.

Sementara itu, pihak Istana Negara mengesahkan 
telah menerima petisyen itu petang ini. 

Tian Chua berkata petisyen itu dibuat atas faktor 
bahawa keluarga Anwar percaya ada penyelewengan 
dalam sistem pengadilan ketika dia (Anwar) 
disabitkan dengan kesalahan meliwat bekas 
pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 34. 

"Dengan ini petisyen berkenaan meminta pihak 
istana campur tangan bagi memberi pengampunan 
kepada Anwar," katanya.

Tian Chua berkata satu salinan petisyen telah 
diserahkan kepada Yang Dipertua Dewan Rakyat 
di bangunan Parlimen di sini petang ini.

Naib Presiden PKR itu menjelaskan bahawa 
petisyen itu dikemukakan atas dasar mendapatkan 
keadilan untuk Ketua Pembangkang itu dan bukan 
atas dasar kerana mahu kedudukan Anwar sebagai 
anggota parlimen Permatang Pauh dipertahankan.

"Kedudukannya sebagai anggota Parlimen bukan 
lagi isu, terpulang kepada Speaker Dewan mahu 
membatalkannya, ini soal keadilan kepadanya," 
katanya. - Bernama


KD:

KAH KAH KAH KAH!

BUAT APA NAK MINTAK AMPUN? ANWAR 
KATA DIA TIDAK BERSALAH! ORANG YANG
TIDAK BERSALAH BUAT APA NAK MINTAK 
AMPUN? GILA KE APE???

BIASANYA HANYA ORANG YANG BERSALAH 
SAJA YANG BERIA-IA NAK MINTAK AMPUN!

KALAU ANWAR NAK MINTAK AMPUN 
DENGAN RAJA DIA KENALAH UMUMKAN 
KEPADA SELURUH RAKYAT MALAYSIA 
BAHAWA DIA MEMANG BERSALAH DAN 
INGIN BERTAUBAT NASUHA.

KEMUDIAN BERSUMPAH BAHAWA DIA 
BUKAN REPUBLIKAN DAN  BERIKRAR 
AKAN MENJUNJUNG TAAT SETIA KEPADA 
RAJA DAN NEGARA!!!

LAGI SATU,AKU PUN ADA KEMUSYKILAN 
DALAM HAL PENGAMPUNAN DI RAJA NI.

APA SYARATNYA BAGI SETIAP BANDUAN 
MEMOHON PENGAMPUNAN DI RAJA?

APAKAH HANYA ORANG YANG TERKENAL 
DAN BERPENGARUH AJE YANG BOLEH 
DAPATKAN PENGAMPUNAN DI RAJA?

DAH BUAT JENAYAH DAN DIJATUHI 
HUKUMAN BOLEH PULAK DAPATKAN 
PENGAMPUNAN?

JADI KEPADA SEMUA BANDUAN YANG 
DIDAPATI BERSALAH DAN DIJATUHI 
HUKUMAN BOLEH LAH BERBARIS DAN 
MEMOHON PENGAMPUNAN DIRAJA!

TAK KAN ORANG BESAR AJE YANG 
BOLEH DI AMPUNKAN. KEADILAN 
PERLU DITEGAKKAN!!!

2 comments:

Anonymous said...

Petisyen dibuat atas kepercayaan ada penyelewengan dalam sistem perundangan? Ini tuduhan yg telah berterusan lebih 10 tahun tanpa ada bukti pun...

Anonymous said...

aik percaya lagi rupanya kepada institusi raja raja.
hmm jilat bailk ludah tu..