Kedua-dua payudara seorang wanita telah dipotong dengan menggunakan gunting dalam satu sergahan yang menakutkan apabila dia dituduh cuba merampas suami orang.
Wanita malang yang dikenali Xiao Lin telah diserang oleh seorang wanita merangkap isteri kerana bekas rakan sekerjanya yang menyangka dirinya telah menggoda dan mahu merampas suaminya.
Penyerang yang dikenali Meng Tsao telah menyerang ke Xiao Lin di rumahnya sebelum menyarung wajah wanita berkenaan dengan sebuah beg.
Selepas mengikat mangsa, Meng Tsao kemudiannya menelanjangkan wanita itu lalu memotong kedua-dua belah payudaranya menggunakan gunting.
Xiao Lin kemudian sempat membuka beg yang disarungkan di kepalanya dan terkejut apabila mendapati Meng Tsao yang menyerangnya.
Pada mulanya Xiao Lin, yang sudah berkahwin itu menyangka dia diserang oleh seorang perogol namun tidak menyangka kejadian lebih buruk menimpanya apabila payudaranya dipotong dengan gunting.
Meng Tsao mengaku melakukan serangan tersebut dan selepas siasatan suami Meng Tsao menyatakan bahawa dia pernah terpikat dengan Xiao Lin namun cintanya itu telah ditolak.
Suami Meng Tsao pernah memberitahu isterinya itu bahawa Xaio Lin merupakan seorang wanita yang menarik lantas memfailkan perceraian.
No comments:
Post a Comment