Friday, 29 August 2014

Sultan Berhak Tolak Pencalonan Jika Satu Nama!!! Warganegara Naturalisasi Tetap Tidak Boleh Dilantik Jadi Menteri Besar Selangor!!!

alt


KUALA LUMPUR 29 Ogos - Sultan Selangor, Sultan Shariffuddin Idris Shah mempunyai kuasa penuh dalam menentukan siapa yang harus dilantik sebagai Menteri Besar.


Pakar Perlembagaan, Tan Sri Dr. Rais Yatim berkata, Sultan Selangor juga berhak untuk menangguhkan atau menetapkan transisi jawatan itu mengikut pendapat baginda siapa lebih layak mendapat sokongan rakyat.


Berikutan itu, menurut beliau, bukan menjadi sesuatu yang pelik jika sultan menitahkan kepada ketiga-ketiga parti pakatan pembangkang mengemukakan lebih daripada dua calon untuk menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bagi tujuan itu dan baginda berhak menolaknya jika satu nama diberikan.


"Di bawah perkara 54 yang dibaca bersama perkara 53 Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor, sultan mempunyai kuasa mutlak menentukan siapa yang boleh menjadi Menteri Besar sekiranya baginda mendapati situasi memerlukan baginda bertindak sedemikian walaupun di bawah perkara 53 itu penentuan suara majoriti boleh diguna mengikut siapa dapat sokongan majoriti.


"Bahasa pengecualian itu sama dengan Perlembagaan Negeri Perlis dan Terengganu. Walaupun dalam Perlembagaan itu tidak menyatakan perlu dikemukakan lebih satu nama calon Menteri Besar tetapi baginda ada pilihan untuk tidak memilih hanya satu nama," katanya yang dipetik Utusan Malaysia.


Semalam, PKR dan DAP tetap berkeras mencalonkan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail kerana mendakwa keputusan tersebut sejajar dengan konvensi yang diamalkan dalam pelantikan Menteri Besar Selangor sebelum ini.


Walau bagaimanapun, Pas sebaliknya akur dengan titah Sultan Selangor dan akan mempersembahkan tidak kurang daripada tiga nama kepada baginda sebagai calon untuk mengisi jawatan tersebut.


Dalam pada itu, Rais yang juga Presiden Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) berkata, tindakan DAP dan PKR yang mengingkari titah sultan dengan tetap berkeras mencalonkan satu nama disifatkan sebagai satu bentuk derhaka kepada sultan.-rakyatnews.my

2 comments:

usin malaun said...

ini semua urusan Sultan tiada kaitan dgn UMNO lebih2 lg Kutukan Dewata.Tak payah susah2 jaga tepi kain org sedangkan kain sendiri yang rabak.UMNO sudah tiada tempat di selangor..

Usin Gampang said...

malaun,kau ni apasal?tuhan kau tu dah gila nak bagi bini dia jadi mb sdgkan dia tu warganegara naturalisasi!di larang oleh uutns dr menjadi MB.

kalau dah bodoh dan tak tahu undang2 tubuh negeri selangor jangan menggatal nak mengomen.aku tengok komen kau selama ini tak ada kualiti ilmu langsung! makin banyak kau komen makin banyak kebodohan kau tunjukkan kepada pembaca blog ni!

pembaca blog ni semua dah tahu yang kau ni bodoh mcm tuhan kau juga!