Saturday 9 August 2014

PEJUANG KEMERDEKAAN DARI PENJAJAHAN PEMIMPIN PKR YANG BERAJA DI MATA BERSULTAN DI HATI



Sebelum ini Chegubard orang yang paling lantang membela Anwar Ibrahim, hari dia orang yang kuat menentang penyelewengan dalam pemilihan PKR...


Apabila bercakap tentang kebenaran dan demokrasi dia terus dipecat, kini giliran Khalid Ibrahim pula dipecat/bakal dipecat. Apa alasan Anwar Ibrahim???

Adakah alasan mereka ini tidak jujur dapat diterima??? Nampaknya begitu ramai yang tidak jujur dalam parti PKR...mungkin Anwar patut lantik ahli keluarga sendiri untuk pegang jawatan penting kerana yang lain diragui kejujuran mereka..!!!


CHEGUBARD MALU BERSEMUKA SPR


Ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Rembau yang digantung keahlian, Badrul Hisham Shaharin mengakui berasa malu untuk bersemuka dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) jika tiada sebarang tindakan diambil dalam menyelesaikan masalah pemilihan PKR.

Badrul Hisham yang dikenali sebagai Chegubard berkata, ini kerana semua aduan yang dikemukakan beliau sejak tahun 2010 kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) masih belum mendapat sebarang balasan atau tindakan.

Katanya, antara aduan berkenaan pemilihan PKR yang sering dikemukakan ialah berkaitan kertas undi berlebihan, pengundi yang mengundi atas nama orang lain serta pihak JPP yang dipercayai terlibat dengan masalah penyelewengan pemilihan.

"Bagi saya masalah penipuan ini khususnya pemilihan dalam parti perlu ditangani segera. Jika tidak saya bersama rakan-rakan lain yang berjuang atas nama bersih dan demokrasi berasa malu untuk berjumpa dengan pihak SPR disebabkan parti ini juga akan dianggap sama menipu dalam demokrasi.

"Jadi, kenapa apabila kita lawan dengan SPR, kita perlu raikan, tetapi ketika lawan di tempat tertentu kita tidak raikan. Oleh itu, saya akan terus berjuang untuk menegakkan demokrasi di semua tempat," katanya kepada pemberita di Mahkamah Seksyen di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Badrul Hisham berkata, beliau tidak akan berkompromi dengan sebarang bentuk penipuan atau penyelewengan terhadap sistem demokrasi termasuk dalam parti sendiri.

"Prinsip saya semua perkara berkenaan penyelewengan dalam sistem demokrasi, saya akan lawan dan tentang dengan berani.

"Saya sudah nyatakan pelbagai bukti dan saya rasa masalah ini (pemilihan PKR) perlu diselesaikan segera disebabkan semua aduan yang dibuat masih belum mendapat balasan sehingga hari ini," jelasnya.

Dalam pada itu, mengulas mengenai jawatan Menteri Besar Selangor, Badrul Hisham berkata, beliau menggesa satu referendum rakyat diadakan bagi mengambil kira pandangan rakyat mengenai perubahan pucuk kepimpinan di Selangor.

Katanya, ini kerana kemenangan pakatan pembangkang di Selangor juga adalah disebabkan oleh pengaruh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Jadi, saya rasa sebarang perubahan dalam jawatan Menteri Besar perlu mengambil kira pandangan rakyat kerana sebarang pertukaran bukan berdasarkan arahan dari pucuk pimpinan parti sahaja," jelasnya.

2 comments:

Anonymous said...

Baru sekarang ke cikgu bard nampak dalam PKR tak bersih? buta hati ke selama ni dia tak nampak??

Anonymous said...

Dah nama pun Parti Kelentong Rakyat