Tuesday 1 July 2014

MCA PUN LEBIH KURANG HINDRAF JUGAK!!! TAK KADAR KE DIRI!!!

Kenyataan yang dikeluarkan oleh Presiden   MCA amat mengecewakan dan untuk makluman Presiden MCA atau sesiapa sahaja dalam parti komponen tersebut ialah hati hati dengan kenyataan kerana anda semua sedang diperhatikan.


Maksud diperhatikan disini ialah, jangan 

sampai kami ahli UMNO pula hilang 
kepercayaan terhadap MCA yang selama 
ini selalu membuat kenyataan kenyataan 
pelik berhubung dengan kerajaan.


Ayat mengkritik tu seolah olah MCA kini 

berada di pihak pembangkang dan bukan 
bersama sama dengan kerajaan kerana jika 
mereka bersama kerajaan sudah pasti ayat 
yang dikeluarkan ialah menasihati atau 
memaklumkan tapi bukan mengkritik.

Adakah dengan mengkritik kerajaan maka 

ianya akan memberi penambah baikan? 

Dan MCA perlu sedar bahawa yang boleh 
mengkritik sebenarnya adalah ahli UMNO 
kepada parti MCA yang dilihat semakin 
gagal dalam mendapatkan kepercayaan 
masyarakat cina kepada mereka.

Tambahan pula mereka (MCA) dalam PRU 

yang lepas dilihat semakin merosot prestasinya 
dalam memberikan kemenangan kepada 
Barisan Nasional.

Jika nak dibandingkan, adakah layak MCA 

menduduki kerusi Menteri seperti yang 
diberikan sekarang? Dengan pencapaian 
yang tidak memberangsangkan adakah 
mereka sewajarnya diberi mandat untuk 
menyertai kabinet?

MCA sepatutnya bersyukur kerana masih diberi 

kepercayaan untuk menyertai kabinet dan 
mewakili kaum cina di Malaysia walaupun 
kepimpinan Barisan Nasional tahu bahawa 
parti tersebut kini semakin lama semakin 
pupus kepercayaannya.

MCA sepatutnya bekerja bersama sama dengan 

parti komponen lain dalam memajukan negara 
serta rakyat dan bukannya mengeluarkan 
kenyataan angkuh bahawa mereka akan terus 
mengkritik kerajaan sama seperti mereka tidak 
menyertai kabinet.

Dua perkara berbeza mengkritik dengan   

menasihat iaitu, mengkritik boleh kita katakan   
sebagai menghentam dan menasihat adalah untuk   
penambah baikan dan kedua dua perkara ini perlu
diperhalusi oleh MCA jika mereka masih mahu 
terus bersama sama dalam Barisan Nasional.
-sangkakalajari9.

No comments: