Friday, 11 July 2014

MANGSA SERANGAN SEKSUAL!!!

WANITA MANGSA SERANGAN 

SEKSUAL DIPLOMAT MALAYSIA




Wanita warga New Zealand yang dikatakan mangsa kes serangan seksual melibatkan seorang diplomat Malaysia mendedahkan dirinya kepada umum dan meluahkan kekecewaan terhadap cara kerajaan New Zealand menangani kes tersebut.

Dalam satu temu ramah rancangan television TV3 3RD Degree, Tania Rose Billingsley, 21, berkata beliau marah terhadap tindakan kerajaannya membenarkan tertuduh, Muhammad Rizalman Ismail, 38, untuk pulang ke Malaysia.

Billingsley juga mendesak Menteri Luar Murray McCully untuk letak jawatan atas kegagalannya untuk mengendalikan kes tersebut dengan baik.

“Saya mahu dia memohon maaf kerana ketidak cekapannya dalam mengendalikan situasi ini.”

“Dia asyik cuba menyalahkan dan meletakkan tanggungjawab ini ke atas pihak lain. Saya berpendapat dia tidak cuba untuk menangani isu ini. Dia patut letak jawatan.”

Pada 9 Mei, Rizalman, yang merupakan Pegawai Waran II yang ditugaskan di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Wellington, didakwa mengekori Billingsley dari perhentian bas ke rumahnya di Brooklyn.

Dia dituduh memecah masuk rumah Billingsley dan cuba menanggalkan pakaiannya. Wanita itu melawan sebelum dibantu jirannya.

Rizalman, yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak, ditahan oleh polis New Zealand dan dihadapkan ke mahkamah pada 10 Mei atas tuduhan pecah rumah dan melakukan serangan dengan niat merogol.

Bagaimanapun, Rizalman diberi kebenaran oleh Wellington untuk kembali ke tanah air dengan keluarganya pada 22 Mei setelah memohon kekebalan diplomatik.

2 comments:

Anonymous said...

Bahana kes altantuya. Lambat selesai. Berbelit2 nak selesai. Tak dengar satu kenyataan pemimpin bee end yg sedih atau marh kes bunuh tu berlaku di negara.

Semakin kerap orang luar dibunuh di sini. Negara makin glamour tempat salah. Siapa lagi orang luar nak kena kat sini.

Malaysia hebat dibawah bee end. 50 tahun dan kehebatan bertambah... Kehebatan samseng kampung dusun..

Anonymous said...

yang bunuh altantuya tu puak pr!hentak kepala dengan kerusi besi terus meninggal.nak tutup kes musnahkan mayat altantuya seperti mana mayat sosilawati di musnahkan.pr pakar dalam bab ini!