Pada suatu hari, sepasang suami isteri sedang makan di rumah mreka. Tiba-tiba pintu rumah diketuk oleh seorang pengemis. Melihat keadaan pengemis yang daif itu. Si isteri berasa terharu dan mahu memberi makanan kepadanya. Tetapi sebagai isteri yang taat dan patuh pada suaminya, dia minta izin terlebih dahulu. “Bolehkah saya memberi makanan kepada pengemis itu?”
Rupa-rupanya sikap si suami berbeza dengan sikap si isteri. Dengan suara lantang dan kasar, dia menjawab, “ Tidak payah! Halau sahaja dia dan tutup pintu!”
Wanita berhati mulis itu terpaksa menurut perintah suaminya dan tidak memberikan makanan kepada pengemis. Tidak lama selepas itu, perniagaanya si suami mengalami kemerosotan dan akhirnya dia bankrap. Dia terpaksa menanggung banyak hutang. Selain itu, disebabkan oleh sifat dan tabiat suami isteri yang berbeza, rumah tangga mereka menjadi huru haradan akhirnya mereka bercerai.
Tidak lama selepas tempoh iddahnya tamat, wanita itu berkhawin semula. Kali ini dia berkhawin dengan seorang ahli perniagaan di kota dan hidup bahagia. Pada suatu hari, semasa wanita itu sedang makan bersama suami barunya.rumah mereka diketuk orang. Apabila pintu dibuka ternyata tetamu yang tidak diundang itu adalah seorang pengemis yang daif. Lantas dia berkata pada suaminya, “Bolehkah saya memberi makanan pada pengemis ini?”
“Ya berilah makanan pada pengemis itu”
Selepas memberi pengemis itu makanan,si isteri masuk ke dalam rumah sambil menangis. Dengan perasaan hairan si suami bertanya, “Mengapa kamu menangis? Adakah kerana saya menyuruh kamu memberi daging ayam kepada pengemis itu?”
Si isteri menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan sedih, “saya sedih dengan perjalanan takdir yang menakjubkan. Kamu tahukah siapa pengemis yang ada di luar tadi? Dia adalah bekas ssuami ku”
Mendengar penjelasan isterinya, si suami berasa terkejut, tetapi dia bertanya lagi, “ Tahukah kamu siapa saya yang kini menjadi suami kamu?” Saya adalah pengemis yang dahulu dihalaunya!”
Allahu akbar. Siapa yang mengatur semua peristiwa ini? Tentulah Zat yang pastinya Maha berkuasa ke atas semua ciptaanya. Kita dan semua peristiwa yang berlaku dalamnyatunduk pada ketentuan Tuhan.
2 comments:
Jangan jadi pengemis kat kl udah....
Cerita ini hanyalah rekaan semata-mata tiada kene mengena dengan yg hidup dan mati..
Post a Comment