Monday 28 July 2014

Keberanian Skuad Sukan Komanwel Malaysia Jadi Kritikan Sekreteriat Komanwel!!!




Skuad Malaysia Mengibar Bendera Jalur Gemilang Separuh Tiang


Glasgow; Skuad Sukan Komanwel Malaysia yang berpakaian lengkap dengan pakaian kebangsaan dan juga uniform rasmi MAS telah mengambil satu tindakan berani mengibar bendera Jalur Gemilang separuh tiang sewaktu perarakan masuk skuad-skuad sukan negara-negara yang menyertai Sukan Komanwel. Tindakan Skuad Sukan Kebangsaan tersebut seolah-olah telah memenangi hati dan simpati penonton di stadium ketika itu.


Salah seorang pelumba basikal negara Fatehah Mustapa yang memegang Jalur Gemilang telah mengetuai perarakan tersebut sewaktu majlis pembukaan Sukan Komanwel tahun ini. Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaludin dilihat tersenyum sewaktu perarakan tersebut. Beliau merupakan individu yang bertanggungjawab mencadangkan agar Skuad Kebangsaan Malaysia memakai uniform rasmi MAS sebagai tanda berkabung dan menghormati MH17.


Idea tersebut bagaimanapun menerima kritikan dari sekreteriat sukan Komanwel kerana syarikat penerbangan Emirates merupakan antara penaja utama sukan Komanwel kali ini. Sekreteriat Komanwel pada asalnya dikatakan tidak membenarkan bendera Jalur Gemilang dikibar separuh tiang namun skuad kebangsaan telah mengambil tindakan berani dengan membawa gunting dan pita pelekat dan menurunkan sendiri bendera tersebut menjadi separuh tiang sewaktu perarakan berlangsung. Tindakan mereka juga telah berjaya memenangi hati rakyat Malaysia yang menonton acara sukan tersebut menerusi kaca televisyen di Malaysia


Dalam berita lain salah seorang pelumba basikal negara Azizul Awang yang popular dengan gelaran the Pocket Rocket Man dikatakan bakal berdepan tindakan disiplin dari pihak penganjur apabila memakai sarung tangan yang bertulis "Save Gaze" dan menunjukkan sarung tangan tersebut di hadapan kamera sebagai tanda sokongan pada Palestine-universitynewscapital.

No comments: