Wednesday, 23 July 2014

BRIGED SAARAYA AL QUDS MEMUSNAHKAN BANGUNAN YANG MENEMPATKAN TENTERA INFANTRI ZIONIS!!!

SELEPAS ZIONIS GEMPAR DENGAN SERANGAN AL QASSAM, KINI BRIGED SAARAYA AL QUDS PULA MELANCARKAN ROKET DAN MEMUSNAHKAN BANGUNAN YANG MENEMPATKAN TENTERA INFANTRI ZIONIS!!!




Briged Al-Qassam mengesahkan selepas dimaklumkan seorang tenteranya yang baru pulang dari pertempuran barisan hadapan bahawa mereka berjaya meletupkan sebuah kereta kebal dengan periuk api dan memusnahkannya secara total.

Gaza 7:34 AM



Buat pertama kalinya Briged Saraaya Al-Quds mensasarkan sebuah bangunan yang dipenuhi tentera penceroboh dengan roket Malocka dan menghentam secara tepat.

Masih tiada laporan terperinci.



Briged Saraaya Al-Quds menyatakan berjaya menembak sebuah pasukan tentera infantri Israel dengan beberapa senjata sederhana dan bom anti-tank dan bom mortar.

Kejadian berlaku di kawasan Abdul Ghafur di Timur Khan Younis


TV 10 Israel; 

Laporan tentera Israel menyebut bahawa sekumpulan orang berpakaian baju tentera Israel menyelinap masuk ke dalam kawasan Kitbusyi, Yad Mardakhai Israel, penduduk Israel di kawasan itu dikhabarkan dalam kebimbangan. 



Sebuah roket M75 milik pejuang Palestin dilancarkan ke Tel Aviv menghentam tepat sebuah rumah dan menyebabkan 7 kecederaan.

Gaza 7:25 PM
 


Kementerian Luar Amerika Syarikat dalam kenyataan rasminya membenarkan dakwaan bahawa 2 dari askar Israel yang terkorban adalah warganegara Amerika Syarikat berketurunan Yahudi    

Briged Al-Qassam mengumumkan berjaya membunuh hampir kesemua tentera penceroboh Israel di Hayyu Ghawafir Timur Qararah Timur Khan Younis Utara Gaza, dalam satu operasi serangan hendap ke atas barisan musuh.

Sebelum pulang Al-Qassam berjaya meletupkan saki baki tentera yang penceroboh yang cuba melarikan diri dengan 8 biji bom mortar.

Masih menunggu laporan rasmi operasi di sana. 



Briged Izzuddin Al-Qassam melaporkan kepada wartawan keberhasilan mereka menembak seorang lagi tentera penceroboh di Timur Beit Hanoun. 


Terkini | 

Briged Izzuddin Al-Qassam mengumumkan berjaya meletupkan sebuah lagi perangkap dan membunuh sekurang-kurangnya 10 orang tentera penceroboh Israel di Timur Hayyu Syujaiiyyah, kemudian mereka pulang ke kem dengan selamat.


Terkini ! 

Skuad komander Briged Izzuddin AL-Qassam sedang menyerang hendap barisan musuh Israel di Hayyu Ghawafir, Timur Qararah.

Doakan keberhasilan dankemenangan pejuang Palestin-TFK.

No comments: