Thursday, 17 July 2014

KHAIRY KENA BANYAK BELAJAR LAGI!!!


Wanita Sebagai MB / Perdana Menteri



Kelmarin YB Khairy ada mengulas tentang 
isu wanita sebagai MB atau Perdana Menteri. 

Ekoran kenyataan Penasihat Undang-Undang 
berhubung isu Wan Azizah sebagai MB Selangor. 

Kita tidak kisah kenyataan Pembangkang 
namun kesal kerana kenyataan YB Khairy 
atas kenyataan Hafarizam tersebut.

Untuk memahami isu ini kita sepatutnya 

kembali kepada kupasan dalam agama 
tentang kedudukan wanita sebagai 
pemimpin tertinggi negara.

Sekaligu memberi pemahaman bahawa 

wanita boleh memegang jawatan lain 
dengan beberapa syarat yang diputuskan 
oleh ulama seperti keterangan di bawah 
ini.

UMNO telah lama memberi ruang kepada 

wanita untuk memimpin dan ia tidak 
bercanggah dengan Islam. 

Namun menjadikan wanita sebagai PM 
atau Ketua Menteri sudah tentu ia tidak 
dapat dilaksanakan kerana tidak 
diharuskan di sisi agama kita.

Kenyataan KJ seperti laporan Mstar http://www.mstar.

com.my/berita/berita-semasa/2014/07/15/wanita-layak-
jadi-mb-tapi-bukan-wan-azizah/

Pandangan Peguam Umno, Datuk Mohd 

Hafarizam Harun mengenai wanita tidak 
boleh menjadi Menteri Besar terus 
menerima kritikan termasuk daripada 
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.

Tidak bersetuju dengan pandangan 

tersebut, Khairy menegaskan alasan 
bahawa wanita tidak boleh mengiringi 
sultan pada majlis keagamaan kerana 
keuzuran hanya perkara kecil.

"Itu pandangan peribadi beliau. Tapi 

bagi saya secara peribadi...tidak ada 
salah wanita menjadi Menteri Besar 
ataupun Perdana Menteri.

"Kalau bagi alasan tak boleh iringi 

sultan ke majlis keagamaan, itu bukan 
satu-satunya tugas Menteri Besar 
kerana tugas paling penting ialah 
untuk tadbir negeri," katanya di sini, 
Selasa.


Khairy kena banyak belajar lagi tentang hukum 
hakam!!!


- Ibnu Hazm Adh-Dhahiri dalam kitabnya 
Al-Fashl 4/110 menyatakan: “Seluruh 
golongan Ahli kiblat (muslimin), tidak 
ada seorang pun dari mereka yang 
memperbolehkan kepemimpinan seorang 
wanita.” 
(Lihat Al-Imamatul ‘Udhma hal. 246).



Rasulullah sallallahu ‘alaihi wa sallam 
bersabda dalam sebuah hadis yang 
sahih:



لَنْ يُفْلِحَ قَوْمٌ وَلَّوْا أَمْرَهُمْ اِمْرَأَةً


“Tidak akan jaya suatu kaum yang 
dipimpin oleh seorang wanita.”

- Al-’Allamah Muhammad Amin Asy-
Syinqithi dalam Adlwaul Bayan 
1/52 menjelaskan:


“Termasuk syarat kepala negara adalah 
dia seorang lelaki. Tidak ada ikhtilaf 
dalam masalah ini di kalangan para ulama. 

Dalilnya adalah hadis yang terdapat 
dalam Sahih Bukhari dan yang lainnya 
dari hadis Abi Bakrah bahawa Nabi 
sallallahu ‘alaihi wa sallam tatkala sampai 
pada baginda dikhabar bahawa penduduk 
Parsi menobatkan puteri Kisra sebagai 
ratu (kepala negara), baginda bersabda: 
(hadis di atas).”

Kepada YB Khairy, anda perlu berhati
-hati membuat kenyataan. Silap kenyataan 
boleh membawa masalah kepada masyarakat 
dan juga negara kerana kedudukan anda 
sebagai pemimpin Pemuda UMNO dan juga 
YB bertaraf Menteri.


Kesimpulan mudah : wanita tidak 
wajar dibebankan dengan tugas mengurus 
negara di saat lelaki sudah pun ada 
untuk meneruskan kepimpinan. 


Tugas mereka lebih utama ialah 
melahirkan lelaki-lelaki yang bakal 
menjadi pemimpin yang pasti mustahil 
jika tidak ada wanita solehah yang 
mampu mendidiknya. Selalu kita dengar 
di belakang seorang lelaki yang hebat 
adalah seorang wanita.


Perjuangan untuk menjadi pemimpin di 
kalangan wanita akan menyebabkan 
rumah tangga terabai dan mencetus 
masalah lebih besar kepada pihak suami 
dan anak serta sistem sosial dalam 
sesebuah masyarakat.


Kerana kehebatan wanita dan juga 
kelemahan wanita yang dicipta oleh 
Allah yang Maha Bijaksana ada rahsia 
di sebaliknya.


Kerana itu mereka diberi rahmat sangat 
besar dengan diringankan dari beban 
menanggung dosa berbanding lelaki 
yang terpaksa menanggung dosa isteri 
dan anak selain saudara perempuannya. 


Melarang wanita menjadi pemimpin 
bukan untuk menahan kebolehan 
mereka namun mengelakkan mereka 
dari perkara-perkara yang tidak mampu 
ditanggung oleh wanita itu sendiri.

3 comments:

Anonymous said...

Nak Citer APER..

Si Khairy Jamaluddin Haram Jaddah Puaka Rasuah Terbesar, Belaan Cina Babi (Dapat Loan Mudah Singapore)...

Mana Tahu Hukum Hakam.. Mak Dia Lagi Sial Minum Arak, Penzina..

Bapak Dia Bunuh Diri ...

Ini Keluarga 69 Caca Merba..

Pak Lah Laknatullah Pon Sama 2 X 5

Anonymous said...

inilah contoh pengomen yang tiada kualiti tapi berhajat nak mengomen! tapi tak apalah,khairy,ayah dia dn mak dia dapat pahala free dari pengomen low class ni!dosa2 khairy dan keluaarganya dapat kat sipengomen ni.lagilah teruk tak tahu langsung hukum agama!agama pas kut dia ni!!!

Anonymous said...

biasala kerja UMNO lepas tu salahkan org lain.dia sendiri kutuk dan dia sendiri yg komen.