Monday, 21 July 2014

KECELARUAN SEKS!!!



Wanita Bersetubuh Dengan Rangka Manusia Ditangkap.

Banyak lagi cara yang lebih masuk
akal bagi memuaskan nafsu seksual 
berbanding dengan apa yang dibuat oleh
wanita ini..


Akibat yang memuncak, dia sanggup 
menjadikan satu rangka manusia 
sebagai alat pemuas nafsunya..Nak 
tahu dengan lebih lanjut, jom baca  
kat bawah ni.. 



Seorang wanita berusia 37 tahun dari Gothenburg,
Sweeden  ditahan pihak berkuasa negara itu 
kerana disyaki melakukan hubungan seks dengan 
rangka manusia. 



Siasatan polis menunjukkan dia menggunakan 100 
tulang  manusia, termasuk  enam  tengkorak  dan 
satu tulang belakang, untuk menjalankan aktiviti 
seksnya. 


Menurut laporan agensi berita Sweeden, TT, pihak
polis  telah  menjumpai  beberapa  buah  cakera 
padat  (CD)  yang  bertajuk  ‘My  Necrophilia’ dan
‘My first experience’ serta beberapa keping
gambar  wanita  itu  bersama  dengan  tengkorak-
tengkoraknya. 


Wanita tersebut telah didakwa di Mahkamah

Daerah Gothenburg. 




Bagaimanapun, dia telah menafikan segala
pertuduhan yang dikenakan terhadapnya 
dengan alasan bahawa dia bertindak 
mengumpul tulang-tulang tersebut sebagai

‘koleksi sejarah’.


Siasatan menunjukkan wanita tersebut pernah

menulis dalam forum internet beberapa tahun

lalu bahawa; 



”Moral saya hanya menghadkan apa yang saya
ingin lakukan, justeru saya akan terima apa sahaja
yang akan dikenakan terhadap saya.” 




Beberapa keping gambar yang diambil dari bilik
mayat turut ditemui di rumah wanita tersebut
disamping beg-beg membungkus mayat dan juga 
sebuah mesin gerudi. 


Namun, pihak polis

masih tidak menemui 
sebarang bukti yang 

menunjukkan bahawa dia telah menggali

mana-mana kubur untuk mendapatkan

‘koleksi sejarahnya’ itu. 

Sabit kesalahan, dia boleh dijatuhkan hukuman 

penjara selama dua tahun jika didapati bersalah.


”Terdapat beberapa keping gambar menunjukkan
wanita tersebut sedang menjilat tengkorak,” kata
pihak pendakwa, Kristina Ehrenborg-Staffas 
kepada akhbar The Local di Sweeden.




“Kami dapati bahawa wanita itu adalah wanita yang
sama seperti dalam gambar-gambar berkenaan, 
namun wanita tersebut mendakwa bahawa itu 
bukanlah gambarnya.





”Sebaliknya dia mendakwa memperoleh gambar
-gambar itu menerusi internet.”




SumberIlustrasiku.com

No comments: