Kata ustaz, mahsyar ni punya la lama sampai kita hari ni tak mampu fikir berapa lama kita akan berada di alam mahsyar. Para sahabat Rasulullah saw tanya,mahsyar kat mana?
Jawab Rasulullah saw, mahsyar ni di bumi ini sendiri di mana bumi ini dihamparkan. Tak de pokok,tak de sungai,gunung ganang,tempat berteduh dan tiada bertepian.
Ini terjadi bila malaikat Israfil tiup sangka kala pada pertama kali. Kali kedua malaikat Israfil tiup, semua manusia akan bangkit dari kubur masing-masing dalam keadaan yang sungguh terpinga-pinga.
Lalu manusia bertanya sesama sendiri,dimana kita? Lalu datang api dari laut yang meluap-luap menghambat manusia ke mahsyar.
Bayangkan manusia seluruhnya dari zaman nabi adam sampai manusia terakhir hidup di atas muka bumi ini dibangkitkan dalam keadaan lapar dan haus yang bersangatan serta bertelanjang bulat dihambat ke mahsyar.rujuk surah yasin ayat 52-54. ditambah dengan binatang lagi, jadi tak dapat dipastikan jumlah makhluk pada hari tu.
Saidatina Aisyah ra pernah bertanya Rasulullah saw, tidakkah kaum lelaki memandang aurat wanita.lalu dijawab nabi saw dengan memetik ayat quran, pada hari itu semua manusia sibuk dengan urusan diri sendiri.rujuk surah a'basa ayat 37(80:37).
Ada yang ke mahsyar dengan menunggang binatang,ada yang pergi dengan mukanya, ada yang berjalan,dan yang istimewa dibawa oleh malaikat munkar dan nakir.
Bila sampai di mahsyar,perbicaraan tak berjalan lagi.Kena tunggu entah berapa lama. Lalu keseluruhan umat manusia tadi pergi kepada nabi Adam as hanya untuk meminta syafaat untuk Allah percepatkan hisab.
Jawab nabi Adam dia tak boleh bagi syafaat kerana dia pernah melakukan dosa. Pergilah seluruh umat manusia ini kepada seluruh rasul ulul azmi, bermula nabi Nuh,Musa,Isa, dan Ibrahim tetapi baginda semua hanya berdoa keselamatan diri masing-masing.
Lalu pergi semua manusia kepada nabi Muhammad saw,lalu baginda berdoa dan Allah memperkenankan untuk mempercepatkan hisab.
Bayangkan semasa menanti perbicaraan,ada orang dah mintak kat Allah awal-awal agar disegerakan masuk ke neraka sebab tak tahan lamanya berdiri di mahsyar. Bayangkan ruang yang ada hanya untuk meletakkan tapak kaki kita je, dek padatnya manusia pada hari tu.
Sebelum hisab bermula, kitab-kitab amalan kita akan turun dari arash. Masa tu tahulah kita tangan mana yang sambut kitab tu.
Kalaupun tangan kanan yang ambil kitab kita, masih tak menjamin kita ke syurga. Kemudian Allah panggil sorang-sorang untuk dihisab.
Sebelum Allah mula hisab, Allah suruh kita baca semua amalan yang tercatat dalam buku kita disaksikan semua manusia. Tak de satu pun tertinggal. Lepas habis baca Allah akan tanya kita 3 soalan.
1)Adakah terdapat pahala kamu yang tidak dicatat oleh malaikat Raqib dan Atid
2)tak ingat
3)Apa alasan kamu atas segala dosa yang kamu lakukan.
Setelah ditimbang di al mizan,didapati pahala kita melebihi dosa kita. Seolah-olah sikit lagi kita ke syurga, tetapi final check Allah buat.
Allah tanya kepada semua orang, siapa yang kenal kita sila tampil kedepan untuk menuntut hak mereka. Antara yang mula-mula bangun adalah anak, isteri, keluarga, jiran-jiran, kawan-kawan, etc.
Jika ada hak mereka yang tidak ditunaikan, pahala kita tadi terpaksa bagi kat dia orang. Jika pahala dah habis, dosa dia orang pulak kite tanggung (ini yang dimaksudkan suami akan tanggung dosa anak-anak dan isteri).
Kau orang yang perempuan, jagalah diri kau orang. Sebab apa yang kau orang buat tak effect diri kau seorang, tapi effect jugak orang-orang yang kau orang sayang.
Ayah, abang dan adik-adik lelaki, suami kau orang. Kalau betul sayang mereka, lindungi mereka, jangan jadi penarik mereka ke neraka.. Tutup aurat, jaga maruah, jaga akhlak, jaga agama kita.
Hari mahsyar hari yang sangat dahsyat. Kata ustaz, hidup di dunia janganlah kita kejar populariti,nak terkenal,takut tak tertanggung kesannya kat akhirat nanti.
Kedua,jagalah amanah dan kejujuran kita sebab pada hari tu amanah dan kejujuran kita akan membantu.
Yakinkah kita tergolong dalam golongan mereka yang terpilih Allah ke syurga? Nak masuk syurga bukan senang.. Bukan jugak simply boleh masuk dengan baik sorang-sorang.
Jadi jom lah sama-sama bantu diri dan kawan-kawan.. Moga Allah tolong kita di hari pembalasan nanti. Amin!!!
ps: Kawan yang sharing ni mintak didoakan sekali...
Terdapat dua jenis manusia
1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan..
2. Bila dia baca sesuatu yg bermanfaat dia sebarkan.
Terdapat dua jenis manusia
1. Bila dia baca dan lihat ilmu ini dia abaikan..
2. Bila dia baca sesuatu yg bermanfaat dia sebarkan.
2 comments:
Aku difahamkan Mahsyar ni di bumi ni jugak, cuma dah dijadikan berlainan, dan di mana kita dikuburkan dr situlah akan bangkit kembali kita, dan dr tanah di situlah kita dijadikan semula, sbb tu la Abu Bakr r.a. dan Umar r.a. suka sgt kuburnya sebelah kubur Nabi saw, nanti bangkit dr tanah yg serupa dan berdekatan.
Bangkit kita bercampur campur, maklum la bnyk jugak kubur org Islam dan yg bukan Islam ni berdekatan kdg kdg bercampur pun ada, apatah lg setelah ribuan tahun, begitu jugak antara manusia, jin dan haiwan, bercampur gaul, bercampur aduk. Hinggalah Sangkakala yg menghimpunkan ditiupkan, mk dihimpunlah mengikut jamaah jamaahnya masing masing. Kemudian bergeraklah masing masing jamaahnya dgn keadaannya masing masing menuju ke tempat Berhimpun, yg aku faham sekrg ni berpadanan dgn bumi Syam. Dr M'sia ke Syam jauh tu. Yg duk merangkak tu bila la nak sampai ? Apatah lg yg jalan meniarap di atas mukanya, buta pulak tu, entah bila lah nak sampai ? Panjang dah ni, selanjutnya rujuklah dlm kitab Al Qurtubi, perjalanan selepas mati.
Cuma peringatan utk semua, jgn salah pilih jamaah, di dunia jugak di Mahsyar nanti, sentiasalah ingat Surah Al Fatihah, peringatan yg sgt berguna di dunia juga di Mahsyar nanti, sbb tu la agaknya Allah swt wajibkan kita ulang ulang Surah ni 17 kali sekurang kurangnya sehari semalam, jgn sampai lupa, dan bnykkanlah berdoa agar kita dan ahli keluarga kita, rakan, sahabat, jiran jiran kita, dpt dihimpunkan dlm Jamaah Nabi kita Muhammad saw berserta Sahabat Sahabat AsSabiqunalAwwalun Baginda r.anhum dan jgn sampai dihalau pulak bila nak join Jamaah Nabi saw. Nabi sayangkan umatnya dan takkan halau umat dia, tp malaikat yg akan menghalau mrk mrk yg dah terkeluar dr klgn umat Nabi saw sedangkan mrk sangka mrk masih lg umat Nabi saw sambil dikatakan kpd Nabi kita, "engkau tak tahu apa yg mrk perbuat setelah ketiadaan engkau". Umat Nabi kita ni ramai jugak la yg aku faham, yg sebelah kanan pun juta juta jugaklah, yg sebelah kiri pulak disebut "memenuhi ufuk", ikut fahaman aku memenuhi ufuk tu sejauh mata memandang ratus juta ribu juta agaknya. Ramai jugak tu, tp ingat jgn sampai tak termasuk. Ada bnyk golongan yg Nabi saw dah peringat, dia tak ngaku umat.
Bila ingat Nabi Nabi dgn umatnya masing masing ni, teringat pulak aku pd pos KD sebelum ni ttg Nabi Sam'un a.s. yg tak de umat, kesiannya dia, seruannya tak dpt sambutan.
terima kasih saudara.ulasan yang amat bermakna.semoga kita termasuk dalam kalangan yang tidak merugi! amin!!!
Post a Comment