Diskriminasi Melayu Di Dalam Negara Sendiri
Melayu di dalam Malaysia sudah lama mendirikan
kerajaan , Kerajaan Chitu (Kelantan) dan Kerajaan
Kedah dalam Abad satu dan bersama sama Patani
dalam koalisi Kerajaan Langkasuka pada abad
kedua sudah lama mendunia dan di kenali sebagai
peradaban peradaban dunia.
Kemudiannya Kerajaan Melayu yang berpusat di
Dharmasraya yang mengambil alih Sri Wijaya yang
pernah di katakan banyak ahli sejarah bermula dari
Chi Tu iaitu Kelantan atau Cahaya.
Kemudiannya Kerajaan Melayu yang berpusat di
Malaka yang di kenali Dunia sehingga di gelar
Venice Timur.
Jestru dari Sejarah ribuan tahun yang gemilang,
di manakah Melayu sekarang? Saya ada mengambil
petikan artikel dari Utusan Melayu yang saya kira
agak menarik untuk di jadikan pedoman dan
pengajaran bagi kita semua.
Diskriminasi paksa Melayu BERUBAH!
Oleh NIZAM YATIMnizam.yatim@utusan.com.my
PERKARA Lapan, Perlembagaan Persekutuan yang
menyentuh tentang kesamarataan menyebut tidak
boleh ada diskriminasi terhadap warganegara
semata-mata atas alasan agama, ras dan keturunan
dalam mana-mana perniagaan, profesion, kerjaya
atau pekerjaan.
Malangnya walaupun perkara itu termaktub dalam
Perlembagaan tertinggi negara, dari segi realiti amalan
itu tidak dilaksanakan terutama dalam kalangan
syarikat Cina dan syarikat dimiliki pihak asing di
negara ini.
Ini terbukti apabila siswazah kaum Melayu yang baru
menamatkan pengajian didiskriminasikan semasa
mereka memohon pekerjaan di sektor swasta yang
sebahagian besar dimiliki kaum lain.
Apa yang dinyatakan ini bukan kata-kata kosong
penuh emosional yang dikeluarkan pertubuhan bukan
kerajaan (NGO) ultra-Melayu sebaliknya berasaskan
fakta saintifik yang dikumpul hasil kajian lapangan.
Cukup unik, kajian itu dibuat oleh seorang ahli
akademik Cina daripada sebuah universiti awam
utama negara yang dilaksanakan untuk tujuan
kajian ilmiah tanpa sebarang agenda politik.
Menurut kajian itu, faktor kaum lebih diutamakan
berbanding kualiti pendidikan dengan siswazah
kaum Cina lebih berkemungkinan untuk dipanggil
temu duga berbanding kaum Melayu yang
merupakan penduduk teramai di negara ini.
Kajian selama enam bulan itu mendapati, syarikat
Kajian selama enam bulan itu mendapati, syarikat
yang dimiliki oleh kaum Cina dan pihak asing lebih
mengutamakan graduan kaum Cina untuk bekerja
dengan mereka.
Daripada 3,012 resume yang dihantar untuk 753
pekerjaan kepada syarikat terbabit, kaum Melayu
hanya mempunyai 4.2 peratus peluang untuk
dipanggil menghadiri temu duga.
Kaum Cina pula mempunyai sebanyak 22.1 peratus
peluang walaupun mereka mempunyai kelulusan
setara dan lepasan universiti sama dengan kaum
Melayu.
Kajian itu melibatkan 439 jawatan kosong di syarikat
yang dimiliki kaum Cina, 131 jawatan di syarikat
milik asing dan 73 jawatan di syarikat milik Melayu
dan selebihnya di syarikat yang dimiliki secara bersama
oleh pelbagai kaum.
Dalam erti kata lain, siswazah kaum Cina mempunyai
lima kali lebih kemungkinan untuk dipanggil temu
duga berbanding siswazah Melayu.
Kajian itu melibatkan siswazah yang baru menamatkan
pengajian daripada institusi pengajian tinggi awam
(IPTA) dan institusi pengajian tinggi swasta (IPTS)
tempatan yang memohon bekerja dalam bidang
kejuruteraan, perakaunan dan kewangan.
Menurut kajian itu, siswazah daripada IPTA yang
dikenali dan diiktiraf iaitu Universiti Malaya (UM),
Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Sains
Malaysia (USM) dan Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM) lebih diutamakan majikan.
Sesuatu yang mengejutkan, kajian itu mendapati
syarikat milik orang Melayu lebih cenderung
mengambil lebih ramai siswazah Cina berbanding
siswazah Melayu, walaupun perbezaan bilangan
antara siswazah kedua-dua kaum tidak terlalu ketara.
Sebenarnya kajian berkenaan bukanlah kali pertama
Sebenarnya kajian berkenaan bukanlah kali pertama
dibuat kerana beberapa kajian lain yang dibuat sejak
33 tahun lalu juga menghasilkan kesimpulan yang
serupa.
Antaranya kajian pada 1980 oleh pakar ekonomi, D. R.
Snodgrass yang membuat kesimpulan syarikat yang
diterajui kaum Cina kebiasaannya tidak akan
menggajikan pekerja Melayu.
Satu lagi kajian oleh pakar ekonomi dari Norway yang
turut terbabit merangka Dasar Ekonomi Baru (DEB),
Tan Sri Just Faaland pada 2003 juga mendapati
pendapatan pekerja bumiputera adalah 32 peratus
lebih rendah berbanding pekerja Cina.
Kajian lain oleh Chr. Michelsen Institute (CMI) pada
2005 bagi pihak Bank Dunia juga mendapati bukan
Cina dihalang daripada bekerja dalam sektor swasta
dan sesiapa yang telah bekerja akan mengalami
diskriminasi termasuk gaji yang rendah dan payah
untuk naik pangkat.
Satu lagi kajian oleh pakar ekonomi Bank Dunia,
Satu lagi kajian oleh pakar ekonomi Bank Dunia,
Branko Milanovic pada 2006 pula mempersoalkan
kenapa pekerja Cina menerima gaji lebih tinggi
antara 20 hingga 40 peratus walaupun mempunyai
kelayakan dan menunjukkan prestasi sama dengan
pekerja bumiputera.
Fakta telah dinyatakan dan kita kini ingin bertanya
apakah yang akan dilakukan oleh orang Melayu bagi
memastikan mereka tidak terus dipinggirkan dalam
bidang ekonomi dan sektor pekerjaan swasta di negara
sendiri?
Perkara paling mudah adalah membuat desakan
supaya tauke Cina menghormati Perlembagaan
Persekutuan dengan memberikan pekerjaan secara
sama rata kepada semua etnik.
Hakikatnya desakan itu telah dibuat sejak kajian
Snodgrass didedahkan 33 tahun lalu dan ia tidak
pernah diendah oleh tauke-tauke Cina terbabit.
Cara lain seperti yang dicadangkan oleh ahli
akademik Cina yang membuat kajian terbaharu
berkenaan adalah supaya kerajaan menggubal
Akta Peluang Saksama di sektor swasta dan
awam serta menubuhkan sebuah suruhanjaya
bagi memantau pelaksanaan akta berkenaan.
Cadangan lain adalah supaya kerajaan memberikan
insentif kepada syarikat yang mempunyai pekerja
berbilang kaum yang seimbang.
Selain itu, orang Melayu juga perlu membuang
sikap buruk mereka dan hendaklah sanggup belajar
nilai etika dan budaya kaum Cina yang telah
membuatkan kaum itu berjaya dalam bidang
perniagaan dan kerjaya masing-masing.
Seperti yang dinyatakan dalam kajian terbaharu
tersebut, diskriminasi yang dihadapi siswazah
Melayu bukan disebabkan prejudis perkauman
sebaliknya faktor-faktor lain.
Walaupun kajian itu tidak menyatakan apakah
faktor-faktor berkenaan, komen pelbagai pihak
sebelum ini menyatakan ia berpunca daripada
persepsi salah bahawa pekerja Melayu tidak
sanggup bekerja kuat dan tidak menghayati nilai
etika dan budaya yang telah menyebabkan kaum
Cina berjaya dalam bidang ekonomi.
Persepsi ini juga berpunca kerana graduan kaum
Melayu dianggap berjaya mendapat pendidikan
tinggi bukan hasil daripada usaha sendiri sebaliknya
kerana sokongan dasar afirmatif seperti DEB.
Sebab itu, kajian terbaharu itu mendapati siswazah
Melayu dari Universiti Tunku Abdul Rahman (UTAR)
yang didominasi kaum Cina yang terdedah dengan
nilai etika dan budaya kaum berkenaan mempunyai
lebih banyak peluang untuk dipanggil temu duga
oleh syarikat milik etnik Cina.
Peluang juga lebih cerah jika siswazah kaum Melayu
berkebolehan menulis, bertutur dan membaca dalam
bahasa Cina.
Jika sebelum ini orang Melayu begitu ghairah untuk
mempelajari nilai etika kerja orang Jepun, kenapa
kita tidak mula belajar rahsia kaum Cina yang telah
membolehkan mereka berjaya dalam bidang
ekonomi dan pekerjaan.
Tidak mustahil pada masa depan orang Melayu
Tidak mustahil pada masa depan orang Melayu
akan diberikan kepercayaan untuk menerajui
syarikat Cina dan kaum itu menerajui syarikat
Melayu.
Ketika itu, kita sudah pasti telah mencapai apa
yang disebut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib
Tun Razak sebagai nationalreconciliation atau
perdamaian kebangsaan.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/
Rencana/20130606/re_02/Diskriminasi-paksa-Melayu-
berubah#ixzz2VaLsyudd
© Utusan Melayu (M) Bhd
Kesimpulannya : Diskriminasi terhadap Melayu
Kesimpulannya : Diskriminasi terhadap Melayu
tidak lah menghairankan malahan secara umumnya
Melayu sudah mengetahui sebelum di dedahkan oleh
penemuan penemuan professional.
Jadi tidaklah menghairankan kenapa jumlah Melayu
menyandang jawatan menengah atau tinggi di syarikat
milik Cina amat kurang, hanya setakat memenuhi ruang
kosong despatch boy.
Penemuan Dr Lee Hwok Aun dan Dr Muhammed
Abdul Khalid, pensyarah kanan dari Universiti Malaya
mendapati graduan Melayu tidak menghairankan.
Jestru itu salah Siapa? Salah Melayu sendiri kerana
tidak mempertahankan hak sendiri dan tidak bersuara.
Sia sia aje Nenek Moyang mempertahankan kerajaan
kerajaan Melayu selama ribuan tahun jika
melayu di diskriminasi di Negera sendiri!!!!!!
No comments:
Post a Comment