MEMALUKAN: DUA NGO ISLAM DI MALAYSIA PERTAHAN GEREJA GUNA KALIMAH ALLAH!!!
Dua organisasi NGO Islam di Malaysia telah menyatakan pendirian mereka untuk mempertahankan Kalimah Allah agar boleh
digunakan oleh orang-orang bukan Islam
di Malaysia.
Pertubuhan Sisters in Islam dan juga Islamic Reinassance Front telah menyatakan hasrat mereka untuk mempertahankan, membantu dan memperjuangkan hak orang-orang Kristian untuk terus menggunakan Kalimah Allah dalam upacara-upacara keagamaan Kristian dan juga di dalam semua medium dakwah Kristian di Semenanjung Malaysia.
Menyatakan bahawa ianya adalah satu perjuangan yang amat sukar Dr Ahmad Farouk Musa ketua bagi NGO Islamic Renaissance Front menyatakan sokongan penuh beliau dan ahli-ahlinya untuk menekan pihak kerajaan Malaysia dan mahkamah agar membenarkan pengunaan nama “Allah” untuk tujuan keagamaan dan pendakwahan kepada umum.
Perkara ini juga dikongsi oleh SIS melalui pengurus program mereka Suri Kempe yang menyatakan bahawa ramai orang Islam menyokong kalimah Allah digunakan oleh orang Kristian dan ini dapat dilihat di dalam komen-komen yang mereka lontarkan di laman sosial.
Suriani Kempe juga mengatakan bahawa golongan yang menyokong penggunaan nama “Allah” digunakan oleh orang Kristian ini juga telah mengkritik kerajaan Malaysia dan keputusan yang telah dibuat oleh Mahkamah Rayuan baru-baru ini.
Penulis tidak tahu dari mana kedua-dua persatuan ini dan ahlinya mendapat pendidikan dan apakah sebab utama mereka ingin menggadaikan agama mereka.
Tetapi jika meneliti dari satu sudut, kita akan dapat melihat bagaimana telah wujudnya gerakkan liberisasi dan universalisma yang mula berkembang pesat di seluruh Negara.
Apa yang pasti, musuh utama orang Islam di Malaysia bukanlah orang-orang Kristian. Ini kerana setelah 57 tahun kita Merdeka, pihak kerajaan telah Berjaya menyatu padukan seluruh rakyat Malaysia yang berbilang agama dan bangsa.
Orang Islam dan orang Kristian di Malaysia tiada masalah untuk bersatu padu bagi membangunkan Negara yang kita cintai ini. Namun anasir-anasir luar yang berpaksikan barat sedang cuba untuk menjatuhkan Negara dengan isu perkauman dan konflik antara agama.
Sebilangan besar rakyat Malaysia faham akan perkara ini, namun bagi mereka yang tidak tahu, mereka hanya akan menyangka bahawa agama itu ataupun agama ini adalah musuh mereka.
Sedangkan kita di bawah ini hanyalah permainan bagi pihak-pihak tertentu. Oleh itu, sebagai rakyat Malaysia yang prihatin, penulis menyeru agar kita sentiasa bersatu walaupun kita berbeza agama dan bangsa.
Bagi umat Islam yang telah didoktrinasikan dengan liberasisma barat, mereka harus sedar bahawa Islam bukanlah sejumud yang mereka sangka.
Ada sebab mengapa kalimah Allah itu tidak boleh dibenarkan penggunaannya untuk orang bukan Islam, lebih-lebih lagi dalam keadaan politik yang tidak stabil seperti sekarang.
Mereka perlu sedar bahawa agama Islam berada pada tahap yang paling lemah di Negara ini sejak dari zaman penjajahan British dahulu. Apakah natijahnya perjuangan golongan seperti SIS dan IRF ini untuk memajukan Negara Malaysia?
Apakah sebenarnya mereka agen barat yang ditugaskan untuk memujuk umat Islam untuk terus dimainkan dan dipertikaikan oleh sahabat-sahabat dari bangsa dan agama yang lain?
Konklusinya, adalah tidak wajar SIS dan IRF untuk secara tiba-tiba menyokong tindakan penggunaan kalimah Allah kepada bukan Islam. Mereka perlu berterus terang tentang siapakah sebenarnya mereka.
Jikalau mereka datangnya dari agensi-agensi asing dengan tugasan untuk menjatuhkan agama Islam dan kesepaduan antara kaum di Malaysia, maka kerajaan Malaysia wajib mengambil tindakan sewajarnya keatas mereka.
COPY PASTE DARI PAGE FACEBOOK MYKMU.NET
KD: ISLAM TAK LARANG AGAMA LAIN GUNA KALIMAH ALLAH! GUNALAH SEBAB MEMANG BENAR BAHAWA ALLAH ITU ADALAH TUHAN BAGI SEGALA MAKHLUK YANG HIDUP DI DUNIA INI!
PERSOALANNYA KENAPA NAK GUNAKAN KALIMAH ALLAH TU DALAM BIBLE VERSI BAHASA MELAYU AJE???
KENAPA TAK GUNA DALAM SEMUA VERSI,BAHASA INGGERIS,CINA,TAMIL ATAU BAHASA APA SEKALI PUN???
LEBIH ELOK KALAU GUNA KALIMAH ALLAH TU DALAM BIBLE DI VATICAN CITY.KAN NAMPAK CANTIK DAN IKHLAS MEMPERAKUI KEBENARAN DAN KEBESARAN ALLAH!!!
NAMPAK TAK SEKARANG AGENDA PUAK PADERI KRISTIAN MALAYSIA NI???
SUDAH TERANG LAGI BERSULUH!!!!
4 comments:
Al Maidah 52.
An Nisa' 139.
bahan terlebih mengguna cadburry...
Agama islam di seluruh dunia sekarang dh berada dlm tahap bahaya dh.. umat islam sy seru kembalilah kepada al-quran dan hadis...perintah Allah perintah nabi Muhammad jgn d tggalkn.... kekuatan umat islam kt situ sj...
Post a Comment