Sunday 13 July 2014

SIAPA YANG BERANI,SIAPA YANG TAKUT!!!

TS Zaman Khan Buat Laporan @PDRMsia -Berbahaya  Sekali    Kenyataan Dr Ramasamy!!!




Bukan calang-calang laporan PolMis yang dibuat sekiranya laporan berkenaan dibuat oleh Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan. 

Beliau mengesa pihak berkuasa memulakan siasatan dan tindakan sewajarnya di bawah Akta Hasutan terhadap Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, Dr P Ramasamy atas kenyataan beliau yang bersifat menghasut dan boleh mencetuskan keresahan dan huru hara di kalangan Rakyat berbilang bangsa dan Agama di Malaysia. 


Dr P Ramasamy pada 07/07/2014 dipetik berkata, "MIC mungkin takut, Gerakan mungkin takut, MCA mungkin takut. Tapi biar saya katakan sekiranya kamu mahu kembalikan insiden 13 Mei bawalah. Jangan cakap sahaja. Setiap masa cakap pasal 13 Mei. 13 Mei. Cetuskanlah 13 Mei. Kamu mulakan 13 Mei, maka ini merupakan kali pertama Kerajaan memulakan 13 Mei"-cucutokselampit. 


Sudah terang lagi bersuluh. Dr P Ramasamy kata beliau tidak takut. Sudah sampai masanya beliau diangkut ke balai untuk siasatan. Ada berani?Mungkinlah kerajaan yang penakut!!!

No comments: