Tuesday, 15 July 2014

AIR! AIR!, DI MANAKAH KAU AIR?


SELANGOR OH SELANGOR ......



Hari ini adalah tahun 2014 yang boleh dikatakan zaman sains dan teknologi. Atau nak mudah sebut zaman WIFI. Nak apa saja semuanya pasti akan dapat segera.

Nak cahaya petik je suis. Nak air pulas je paip. Nak makan segera KFC McD Piza ada. Nak ke mana-mana kereta bas keretapi kapalterbang ada. Nak resepi untuk masak buka puasa google je dalam internet. Pendek kata semuanya segera. Malah kahwin segera pun dah ada.

Berbanding zaman tahun 60 - 70an dulu. Mandi air telaga, air sungai atau air parit. Pakai lampu pelita atau yang kaya sikit pakai lampu gaselin. Nak makan minum kena masak pakai dapur kayu. 


Nak ke mana-mana jalan kaki atau naik perahu je. Mana yang kaya sikit naik basikal. Jalan-jalan yang ada cuma denai-denai yang kadang-kadang dikongsi dengan haiwan seperti lembu kambing atau babi.

Pendek kata dunia hari ini sudah berubah 240 darjah. Ada yang tak kenal telaga. Ada yang tak kenal pelita. Ada yang tak tau nak memasak bila letrik tak ada.

Tapi tak semua tempat terus mengikut arus kemodenan. Ada yang terpaksa kembali ke zaman silam. Back to the future macam filem barat yang sangat menarik suatu ketika dulu. 


Antaranya ialah terpaksa menggali telaga di belakang rumah. Bukan nak jimat belanja tetapi kerana terpaksa. Tak kan lepas berak nak kesat dengan tisu. Tak kan tak mandi junub. Tak kan kain baju tak payah basuh. 

Tak kan nak pergi keje tak payah mandi. Nak memasak atau membasuh tentu kena guna air. Bila buka paip cuma keluar angin. Sehari dua itu perkara biasa tapi kalau dah berbulan, acapkali darah naik mendidih.

Jadi nak tak nak terpaksa gali telaga di belakang rumah untuk dapatkan air. Air telaga tersebut belum tentu bersih. Maklumlah tangki septik tandas pun belakang rumah juga. Alur limbah pun belakang rumah jugak. Walaupun agak jauh lokasinya tapi air dalam tanah manakan taunya ia tak bercampur.

Tak kiralah asalkan ada air untuk basuh berak, mandi, membasuh dan segala-galanya. Nak marah, nak senyum semuanya tak menjadi. Sebab nak marah pada siapa? Nak senyum pada siapa? Kerana semuanya adalah pilihan hati.


AIR YANG SUDAH BERSIH

No comments: