Wednesday, 16 July 2014

Mangsa Cabul Ustaz Palsu!!!


Wanita Jadi Mangsa Cabul Ustaz Palsu Di Wad Bersalin.


Wanita Jadi Mangsa Cabul Ustaz Palsu Di Wad Bersalin

Seorang pengguna Facebook yang menggunakan nama Ella Sandera telah berkongsi pengalamannya yang hampir menjadi mangsa cabul seorang ustaz palsu di wad bersalin sebuah hospital semalam.

(STATUS 1)

“Syukur alhamdulillah.. Allah menyelamatkan saya dari menjadi mangsa cabul ustaz celop..

Kejadian berlaku di ward bersalin pagi tadi.

Ustaz : saya ustaz Din dari Darul Shifa, datang nak urut perut, kalau baby songsang saya boleh betulkan, ada air apa-apa saya boleh bacakan dan saya boleh bagi baby bila kuar nanti jadi anak yang soleh.

Sy: terkedu seketika.. dan berfikir( siapa dia ni, kenapa nak urut perut aku?)

Ustaz: baring sekarang dan buka kain, saya nak urut perut.

Sy: ha?? Terus baring tapi was-was.. dan bangun balik, “maaf ustaz saya segan lelaki tengok perut saya”.

Ustaz: takpe, baring sekarang dan buka kain, saya ustaz jangan risau, saya boleh baca-bacakan..
(kepala sekejap-sekejap toleh ke pintu masuk ward macam takut orang masuk).

Sy: haaaa? Kau ni biar betul suka-suka hati nak urut perut aku pepagi camni, kau siapa, datang dari mana, betul ke ustaz? Sambil berfikir lagi dengan was-was.

Ustaz: kaki awak bengkak ni.

Sy: eh eh.. suka-suka engkau je.. bila pulak kaki aku bengkak.. (berfikir lagi).

“Sy tak nak” kalau saya nak buka kain saya biar suami saya ada sebelah saya” kalau ustaz nak urut tunggu suami saya ada sekali.

Ustaz: kalau macam tu ambil no fon saya dan minta no fon awak.

Sy: saya tulis no fon suami.

Ustaz: (kepala toleh-toleh ke pintu masuk macam ada yang tak kena dan tangan sekejap-sekejap sapu anu dia.

Sy: sah dia ni tak betul…. suka-suka hati kau nak pegang perut aku.. kau ustaz ke gila sex (berfikir lagi) masih dalam keadaan terkejut.

Nurse nak masuk dia terus keluar.

Terus tanya kat nurse betul ke hospital ni ada ustaz yang urut-urut perut perempuan mengandung ni? 

Sah!!!!!! Nurse dan doktor kata tak de, dan kalau ada pun hospital ni akan upah ustazah saja bukan ustaz. Dan satu orang pun tak kenal siapa ustaz yang menamakan diri dia USTAZ DIN tadi.. pihak security sedang memeriksa cctv untuk saya buat pengecaman.

Ya allah… nasib baik tak turut kehendak lelaki tadi, agak-agak apa la nasib malang pagi ni kalau buka kain tadi.

Kepada semua ibu mengandung atau wanita yang berada di ward dan hospital, sila berhati-hati!!!

No comments: