Friday, 25 July 2014

BERNIAGA SAMBIL BERAMAL,ITULAH PRINSIP PERNIAGAAN DALAM ISLAM!!!







by Raja Jawa


MUNGKIN HANYA 1 DALAM 1 JUTA .......

Dalam keghairahan ramai peniaga menaikkan harga makanan di premis mereka berikutan kenaikan harga bahan mentah termasuk bahan api, masih ada peniaga yang tetap menjual dengan harga lama. 



Masih ada insan yang tidak tamak haloba. Masih ada insan yang jujur. Masih ada peniaga yang tidak mengambil kesempatan. Dan masih ada peniaga yang berhati mulia.


Nyata sekali majoriti peniaga menipu dalam perniagaan apabila mengatakan perniagaan tidak untung jika tidak menaikkan harga makanan dengan harga barang yang meningkat pada hari ini. Harga barang naik hanya alasan untuk mengaut untung yang berlipat kali ganda.



Mungkin inilah balasan Allah kerana menipu dalam perniagaan. Berniaga bertahun-tahun tetapi masih tidak kaya dan hidup senang.



Ikuti kisah seorang peniaga kedai makan yang menjual makanan dengan harga murah masih mendapat untung dan mampu menggaji 8 orang pekerja. Rezeki yang beliau dapat adalah rezeki yang halal dan Allah memberkati keuntungannya.



Seorang pengusaha kedai makan nasi ayam di Gong Kemuntong, Jertih, Ramli Mat Zaid, 43, berkata, dia masih mengekalkan harga nasi ayam yang dijualnya iaitu RM1.90 sepinggan, sejak premisnya yang terletak di depan Padang Astaka Jertih, di sini, beroperasi hampir lapan tahun lalu.



Menurutnya, harga nasi ayam biasa yang dijualnya masih sama tanpa mengubah saiz ayam dan nasi sejak dulu lagi walaupun harga ayam dan beras naik.



“Walaupun kekal dengan harga lama dan barangan pula semakin mahal, saya masih dapat untung meskipun tidak sebanyak ketika harga bahan mentah murah.



“Saya berniaga nasi ayam ini bermula daripada harga ayam sekitar RM4.50 sekilogram sehinggalah harga sekarang kira-kira RM6.50 sekilogram, namun saya masih mampu menjual dengan harga murah,” katanya yang mempunyai lapan pekerja.



Ramli berkata, memang menjadi hasratnya semasa memulakan perniagaan untuk menjual nasi ayam itu dengan harga RM1.90.



Katanya, pelanggan yang menempah nasi ayam dengan air minuman teh 'O' ais di kedainya hanya perlu membayar RM2.90 sahaja. 



“Walaupun harga ayam meningkat, tetapi apabila pelanggan ramai berkunjung ke kedai kita, tetap memberi pulangan menguntungkan,” katanya yang menyediakan kira-kira 80 hingga 100 ekor ayam sehari.
Bagaimanapun katanya, bagi nasi ayam spesial, harga yang dijual telah naik sebanyak 50 sen pada awal tahun ini daripada RM3.00 menjadi RM3.50 sepinggan.


Sementara itu, salah seorang pelanggannya, Mohd Razali Mahmud, 31, berkata, dia menjadi pelanggan setia di kedai itu kerana harga nasi ayam yang dijual murah dan berpatutan.



“Langkah pengusaha kedai nasi ayam ini yang tidak menaikkan harga membuktikan peniaga masih mampu mendapat keuntungan walaupun harga barang mentah naik.



“Masalah sekarang, harga bahan mentah naik tidak seberapa, tetapi peniaga menaikkan harga makanan melampau-lampau,” katanya.



BERSYUKURLAH! ALLAH AKAN MENAMBAH-NAMBAH REZEKI ORANG YANG TAHU BERSYUKUR!!!
DAN TUNGGULAH AZAB ALLAH YANG MAHA PEDIH BAGI MEREKA YANG TAK RETI NAK BERSYUKUR!!!

No comments: