Sunday, 20 July 2014

ZUMBA ANTARA SUMBER KECERIAAN!!!



Zumba : Senamrobik Untuk Kesihatan

Gambar Sekadar Hiasan
PADA masa ini Zumba semakin menarik minat masyarakat setempat dalam menyumbang kepada kesihatan dan kehidupan yang sihat. Zumba sebagai salah satu jenis pergerakan senaman yang mampu membuatkan pengamalnya  berasa segar dan sihat. 


Zumba mempunyai ciri langkah serta tindakan seakan tarian yang diiringi dengan muzik hasil gabungan antara elemen tarian dan juga gerak senam ataupun aerobik yang membuatkan zumba sebagai senaman yang unik untuk kesihatan. 


Jika disebut senaman, ia adalah bentuk pergerakan badan yang memberi manfaat untuk kesihatan tubuh badan. Sebagai salah satu senaman rutin yang paling mudah serta menyumbang banyak kebaikan untuk kesihatan pengamalnya. Dan kini mula digemari oleh penggemar aerobik. (Di Sini)


Zumba dicipta oleh Alberto Perez, seorang penari dan guru tari dari Colombia pada sekitar tahun 1990-an. Ianya mempunyai gerak tari yang dapat dijadikan sebagai senaman seperti tarian hip-hop, samba, salsa, mambo, gerak seni pertahanan diri, tarian India atau Bollywood dan juga tarian Arab atau lebih dikenali sebagai Belly dancing dan lebih kepada bentuk tarian kontemporari moden yang boleh dilakukan dengan santai. 


Jika diimbas sejarah terciptanya Zumba ia adalah satu sejarah yang ringkas sahaja apabila Alberto Perez, pengasas tarian senamrobik Zumba ini, yang dengan tidak sengaja terlupa menyediakan pita rakaman muzik untuk latihan aerobic kepada muridnya kerana kesuntukkan masa, lalu dieksploitasikan dengan pelbagai adunan muzik dengan pergerakkan lincah dalam kelas senamrobik tersebut.

Rujuk Di Sini
Ekoran dari itu, Zumba yang menghimpunkan pelbagai genre muzik dan variasi rentak lagu digabungkan dengan tarian yang tertentu di antara kombinasi rentak lagu dan tarian yang mampu melahirkan pergerakkan senaman yang cukup efektif untuk membina otot yang kuat. 


Malahan kesihatan yang baik mampu merangsang individu kepada kehidupan yang lebih ceria. Berbanding kelas senamrobik yang lain, Zumba lebih segar dalam membawa keseronokan dan keceriaan dan mudah dipelajari oleh sesiapa saja yang mampu mengeluarkan peluh.


Dan sesuai untuk semua golongan masyarakat yang bukan saja sekadar menggerakkan badan mengikut gerak langkah tertentu malahan ia mampu mengurangi tekanan yang kita alami kerana kita boleh merasa seronok melakukan gerak tari sambil menikmati muzik yang membuatkan kita rasa gembira dan senang melakukannya.


Ini kerana zumba direka khas dengan gerak tari atau koreografi yang sesuai untuk semua peringkat umur dan jantina kerana ia boleh menghilangkan tekanan dengan cara yang amat menggembirakan dan santai tanpa berasa terpaksa melakukannya. (Di Sini)


Ramai yang berpendapat, Zumba merupakan salah satu senaman ringan yang baik untuk mengekalkan kesihatan bagi mereka yang sentiasa sibuk untuk mengekalkan kecergasan fizikal dan mental kerana ia mampu membantu bagi yang mengalami masalah berat badan kerana didalam pergerakkan zumba, memerlukan kita untuk mengerakkan keseluruhan anggota badan.


Oleh kerana itu seseorang yang kerap melakukan pergerakkan senaman zumba, ia akan mendatangkan kebaikan yang membabitkan pergerakkan banyak anggota badan seperti menggalakkan gerakan seluruh anggota badan individu yang melakukannya dengan pengalaman memanaskan badan dalam pergerakkan serta pembakaran lemak dalam badan seseorang sehingga 5,000 kalori dalam masa 45 minit.


Selaras dengan pelbagai genre muzik yang mengiringi pergerakan zumba yang membabitkan banyak anggota badan yang mendatangkan kebaikan kepada sesiapa saja yang melakukannya. 


Penggunaan muzik sebagai latar belakang kepada pergerakan dan koreografi dalam adalah sangat penting bagi gerakan zumba kerana dengan adanya muzik yang pelbagai adalah sebenarnya yang menimbulkan gerakan seluruh anggota badan dengan gerakan yang khusus dan teknik tertentu bergantung kepada koreografi.


Selain daripada itu, Zumba yang menyasarkan bahagian kaki, tangan dan abdomen dapat menguatkan otot, melalui pergerakan senaman yang menggabungkan pengamatan, pendengaran dan otot yang mengawal keseluruhan anggota badan individu yang sentiasa ingin menikmati cara hidup yang sihat dan ceria. 


Oleh itu zumba adalah jawapan yang tepat kerana Zumba dapat meningkatkan tahap keyakinan diri dan menyumbang kepada kesihatan yang lebih baik terhadap penafasan, otot dan yang paling penting kepada kehidupan yang lebih ceria.

No comments: