Kes Awie belasah isteri: Haliza Misbun nafi sebar gambar adiknya!!!
Pelakon Haliza Misbun menafikan tuduhan segelintir pihak bahawa dia adalah orang yang bertanggungjawab menyebarkan gambar-gambar Rozana Misbun dalam keadaan dibelasah teruk kepada pihak media.
"Saya harap saya punya keberanian ke tahap itu! Apapun, adik saya, Rozana dalam kesakitan yang teramat disaat-saat gambar itu dirakamkan.
"Dia sendiri tidak mengingati siapa dan dari mana datangnya kamera telefon yang merakamkan gambar-gambar tersebut," kata Haliza Misbun kepada portal Murai.
Pelakon siri Cinderella (1998), Kiranya Aku Tahu (2001) dan Sumayyah (2005) berkata demikian ketika mengulas tindakan vokalis Awie Wings yang mengaku tidak bersalah atas dakwaan membelasah isterinya, Rozana Misbun hingga mendatangkan kecederaan ketika dakwaan tersebut dibacakan di Mahkamah Majistret Ampang pada Jumaat lalu.
Ditanya apa tindakan selanjutnya susulan daripada perbicaraan tersebut, Haliza berkata, dia tidak meminta apa-apa kecuali meminta semua pihak menghormati undang-undang.
"Hormati juga proses penghakiman yang sedang berlangsung sekarang," katanya lagi.
KD:
Apa yang nak ditakutkan???Tidak kira siapalah,kalau ada bukti berlakunya jenayah kekerasan perlu menyerahkannya kepada pihak yang berkuasa.
Jenayah perlu dikekang tak kira siapa pelakunya! Kalau tidak mahu bekerjasama dengan pihak berkuasa dalam membanteras jenayah bermakna kita telah bersubahat sama dengan penjenayah!!!
No comments:
Post a Comment